CHAPTER 4: Juara 3

18 3 0
                                    


Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun... Eh, dah lebih ni!

Baru masuk bulan Disember, Ujian Semester 1 tinggal SEMINGGU LAGI??? Apa ni? Baru habis UTS kut (memanglah sebab tu part lepas). Apa-apapun, telah ditetapkan dah pun.

Aku paling benci kalau setiap kali nak masuk kelas kena berbaris depan kelas dulu kemudian masuk dengan tertib, itu satu, yang kedua asyik-asyik disuruh pakai tanda nama yang digantung di leher. Korang pun tau kan, aku budak baru kat situ. Aku mana ada nametag semua ni! Diorang yang budak lama tu ada lah, Cuma salah diorang je lah siapa suruh malas pakai? Kan dah kena sebatan kat punggung, tapi sebatan tu bukannya macam sebat guru besar, yang teramat sakit minta ampun tu. Ni sebatan lembut je, sebab kesalahan kecik je pun nak sebat kalah guru besar tu buat ape? Tak logik kan kalau macam tu?

Yang masalahnya, aku pun kena sekali!

"Pak, aku budak baru pak, macam mana mau dapat nametag baru, Pak?" Tanyaku setelah ditanya.

"Kalau begitu, kamu harus membawa foto ukuran passport kamu dan berikan kepada guru kelas kamu, nanti akan dibuatkan nametag baru kamu" Balas Pak Yohanes, guru yang selalu memperhatikan kedisiplinan kami. Aku pun menggangguk.

Tapi, salah aku juga lah. Sebab? Selalu lupa bawa gambar! XD! Sebab tu jugaklah aku selalu kena...

Persiapan aku nak hadapi UAS 1 ni telah ku siapkan weiseh! Btw, aku nak usaha lah, tak nak lah gagal. Lagipun aku budak baru kat situ, jadi aku kena lah tunjukkan yang aku ni pun boleh berjaya macam orang lain.

***

UAS kali ini lebih susah! Namanya UAS, memang lah tahap kesulitannya naik 1 langkah dari UTS. Belum lagi US, naik 5 kali ganda susahnya, mungkin lebih dari itu. Kami diberi info tentang hari pengambilan raport card, dan libur (cuti) semester 1 ni. Walaupun cuti, namun kami tak dapat menikmati cuti 100%, mungkin. Iyalah, fikirkan pasal keputusan kitorang. Banyak diantara kami yang tertanya-tanya, nombor berapa aku? Berapa aku dapat Matematika (Matematik)? English pula macam mana? Aku jawab banyak salah dalam IPA (Sains), jadi aku dapat berapa? Gagal kah aku ya atau lulus? Begitulah apa yang kami fikirkan senantiasa selagi tangan kami belum menyentuh kad rekod keputusan kami.

Tiba-tiba, Syikin, kawan aku, datang memberikan kabar burung (khabar yang tak jelas kebenarannya).

"Wei, aku tengok di office ada nama-nama yang ranking 1-3!" Kata Syikin sebaik saja masuk ke kelas.

"Yang aku tengok, ranking 1 of course lah Hendrick. kedua Herniwaty, ketiga Ain!" Lanjutnya kembali.

Semua merungut. Bukan pasal mereka cemburu atau kecewa, tetapi kalau dah diberitahu secara demikian, tak surpise lah kan. Bagiku sudah cukup mengejutkan. Aku dapat nombor 3? Biar betul? Fikir ku. Tapi bagi sesetengah orang lain kat kelas pun merasa terkejut. Mungkin sebab aku budak baru kut, belum tahu apa-apa, tapi berjaya merampas kedudukan orang lain, kata diorang lah. Aku sendiri tak tahu apa-apa memang, siapa yang dulu selalu nombor 3 dalam kelas aku mana ambil peduli. Yang penting, belajar je!

Balik sekolah, aku pun bagitahu ibu. Ibu pun rasa macam tak percaya, apalagi aku. Hmm, dah memang rezeki aku lah nampaknya...


*Memang author kalau buat cerita setiap part tu pendek aje. So, jangan hairan lah ye...

Kisah Budak Sekolah ImigranWhere stories live. Discover now