CHAPTER 1: Hari Pertama Masuk Sekolah

58 3 0
                                    

Aku dan Kiya sudah bersiap-siap hendak ke sekolah pada hari pertama persekolahan. Kami belum membeli seragam sekolah, karena kehabisan stok. Jadi kami hanya memakai baju sekolah seperti sekolah-sekolah Malaysia yang lain. Kami diberi kebenaran memakai baju sekolah biasa lepas aku berjumpa dengan salah seorang guru disitu. Guru tersebut merupakan guru pertama yang aku tegur, dan merupakan bakal guru kelasku.

Kami pun berangkat bersama ayah dengan menaiki bas.

Sesampainya kami di sekolah, kami mencari kelas masing-masing. Kiya sudah menemukan kelas yang akan didudukinya. Aku pula masih mencari, di mana kah kelas 6 berada. Kebetulan, seorang guru perempuan yang cantik sedang menuju ke kelas untuk memulakan sesi mengajar. Tanpa berfikir panjang, aku bertanya akan kelas yang dicari. Guru itu pun memberikan arah di mana aku harus pergi.

Setelah menemukan kelasnya, seorang guru lelaki sedang mengajar di kelas itu. Aku meminta kepastian kepada guru tersebut tentang kelas itu. Guru itu perasan bahawa aku merupakan pelajar baru kelas itu. Guru itu pun mempersilakan aku masuk dan meminta kepada salah seorang siswa (murid) nya untuk mengambilkanku kerusi. Aku ditempatkan ditempat paling depan, bersebelahan dengan seorang budak lelaki. Aku hanya menuruti.

Saat istirahat (rehat) tiba, di situlah semua siswa kelas 6 mengerumuniku untuk berkenalan. Orang pertama yang aku tegur adalah... Budak lelaki yang duduk di sebelahku.

"Ermm... Namamu siapa?" Tanyaku, memulakan dulu. Memang dari dulu, aku yang memulakan perkenalan karena aku seorang yang banyak cakap.

"Nama ku Muhammad Ryansyah Bin Dianatus. Tapi panggil jak aku Ryan. Yang ni, namanya Hendrick Markus." Jawabnya. Dia juga turut memperkenalkan kawannya yang duduk di sebelah kirinya.

"Dia ni, budak yang paling pandai di kelas kami" Tambahnya lagi. Aku cuma mengangguk. Dari riak muka budak yang bernama Hendrick itu, aku faham bahwa aku dianggap sebagai saingannya yang baru, padahal aku ni tak lah pandai sangat. 

Aku melihat sekeliling. Rupanya, ada dua siswa baru di kelas itu. Aku, dan satu orang yang juga budak perempuan. Kemudian, aku mengalihkan pandangan kearah seorang lagi budak perempuan yang dari tadi main bersama dengan kawan sebelahnya. Aku pun nak bermain macam diorang. Tanpa ragu-ragu, aku pun menegur budak bertudung hitam yang duduk di belakangku itu.

"Hi... Ermm, siapa namamu?" Tanyaku, separuh gugup.

"Oh, hai juga. Namaku Siti Nurhafidah Binti Haeruddin. Tapi kalau kau panggil aku Siti, nanti orang lain pula yang terconnect, sebab ada dua 'Siti' di kelas ni." Jawabnya ringkas. Aku mulai berfikir, apa aku nak panggil budak ni? Hmm, panggil Fidah je lah, gumamku dalam hati. Dan, aku pun cakap kat dia...

"Ermm kalau macam tu aku panggil kau 'Fidah' jak lah boleh?" Tanyaku bagai minta izin.

"Hmm.... Panggil jak lah.." balasnya. 

"Ha! Yang satu ni namanya Erpin Piter. Dia ni tomboy-tomboy orangnya. Hehe..." Tambahnya lagi, mengenalkan kawan mainnya tadi kepada aku. Erpin, namanya, memukul perlahan bahu Fidah. Mereka ketawa. Aku pun ikutlah juga ketawa.

"Dan yang disebelah si Erpin ni, namanya Nelma Daniel" Ujarnya lagi. Aku cuma menggangguk tanda faham.

"Namaku Ain." Jawabku singkat.

"Oh, kami panggil Ain jak lah ni?" Tanya Erpin.

"Ishh kau ni! Kan dia sudah bagitau kau namanya Ain, menanya lagi!" Kata Fidah. Aku dan Nelma hanya tertawa.

"Eh, jomlah kita turun makan. Ermm, Ain mau ikut? Jomlah sama-sama kita!" Ajak Fidah, teruja.

"Aaa... Ermm, okay.." Aku menerima ajakan itu. Gugup.

Kisah Budak Sekolah ImigranWhere stories live. Discover now