Bab 25

123 10 2
                                    

Aku baru sahaja balik dari sekolah, aku ternampak dua buah lori besar parking di hadapan sebelah rumahku yang sudah lama kosong itu. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.

"Eh, ada orang baru pindah la"  bisikku dalam hati. 

Aku berjalan ke arah rumahku, aku terlihat seorang gadis yang sebaya dengan aku. Aku memandang dia lalu melemparkan senyuman manis ke arahnya, dia menundukkan badannya sebanyak 90°, dia tersenyum manis ke arahku. Aku juga menudukkan badanku.

"Comelnya." bisikku dalam hati.

"Annyeonghaseyyo! I just moved here today" sapa gadis itu.

"Ouh hi!" aku membalas.

"My name is Hanis Zulaikha, i'm 18 years old. It was really nice to meet you!" beritahu gadis itu.

"My name is Arrysha Daniella, i'm 18 years old too. Nice to meet you too! Em can I ask you something? " tanyaku

"What?" tanya Hanis

"Where are you from?" tanyaku

"I'm from Sabah, Malaysia. I'm here because my dad have work here." jawabnya sambil tersenyum

"Sabah?!!!" jeritku terkejut 

"Yes, why? Is there something wrong with Sabah?" tanyanya hairan 

"Ya ampun! Rupanya awak pun dari Sabah juga, samalah kita! Saya pun terpaksa pindah sini sebab ayah saya dinaikkan pangkat." kataku sambil tersenyum gembira.

"Serius ahh?! Awak pun dari Sabah juga?!" dia juga terkejut.

"Macam tak percaya yang saya ada kawan dari Sabah juga dekat Korea ni!" kataku

Aku macam tak percaya je yang aku akan ada kawan dari Sabah kat korea ni! Yeayyyyy!!

Dia ketawa melihat aku. 

"Mari saya tolong angkat barang!" kataku lalu aku meletak beg sekolah aku di depan pintu rumah dan berlari ke arah halaman rumahnya.

Aku menundukkan badanku sebaik sahaja nampak seorang wanita yang hampir serupa dengan Hanis.

"Ma, ni Arrysha! Dia ni jiran kita. Dia pun dari Sabah juga!" Hanis memperkenalkan aku kepada ibunya.

"Lah ye ke! Macam tak percaya pula yang kita akan ada jiran dari Sabah juga!" kata ibunya sambil tersenyum melihatku.

"Mari saya tolong korang angkat barang!" kataku 

"Eh tak payah la.. Susah susah je!" kata ibunya

"Takpe aunty! Tak susah pun. Biarlah saya tolong. Lagipun saya tengah lapang ni sekarang." kataku lalu menangkat kotak yang ada di dalam lori besar itu.

Setelah kami selesai mengangkat barang dari lori besar itu, ibu Hanis menjemput aku untuk minum. Dia mengucapkan terima kasih kepadaku beberapa kali kerana aku telah menolong mereka. 

"Nanti kau sekolah kat mana?" tanyaku kepada Hanis

"Tak tau lagi la.." jawabnya 

"Eh sorry saya tercakap 'kau' pula... Hehehe"  ucapku sambil ketawa kekok.

"Takpe, kita kan kawan! Guna je kau aku, aku tak kesah pun." katanya sambil ketawa

"Ok! Nanti kalau kau ada apa-apa nak tanya atau minta tolong, panggil je aku. Kalau aku boleh tolong, aku tolong. Kalau kau tengah bersedih dan perlukan seseorang untuk meluah, aku sudi mendengar luahan kau. Kalau kau ada masalah, cakap je kat aku ok." kataku sambil tersenyum.

"Thanks. Kau memang baik hati. Aku bersyukur sebab aku jumpa kawan macam kau kat sini walaupun ni hari pertama aku di sini." ucapnya.

"Ok, aku balik dulu ya!" beritahuku

[COMPLETE] Arrysha Love Story ft Jackson WangWhere stories live. Discover now