Bambam Pov
Hari ni ialah hari sabtu, hari yang aku nanti-nantikan telah tiba. Hari ni aku akan keluar dengan Raejun dan aku akan luahkan perasaan aku dekat Raejun. Aku berharap semuanya akan berjalan lancar hari ni.
Pada waktu tengahari, aku bersiap untuk berjumpa dengan Raejun. Aku tidak tahu mahu pakai apa! Aku nak pakai lawa-lawa supaya Raejun terpikat melihatku. Aku membongkar almari baju aku, habis semua kain yang berlipat bertaburan di lantai. Aku mengambil baju yang berwarna biru yang mempunyai jalur dan baju merah yang bercorak petak, aku pergi ke arah bilik Jungkook. Aku membuka pintu bilik Jungkook, Jungkook pun tengah bersiap-siap untuk berjumpa dengan Haneol.
"Weyh, mana satu lawa? Biru atau merah?" tanyaku sambil melihat baju yang aku pegang.
"Hmm.. Biru lebih lawa dari merah. Jadi kau pakailah baju biru tu." Jawab Jungkook sambil membutang bajunya.
"Ok maseh!" ucapku.
Aku berlari ke bilik aku lalu memakai baju berwarna biru yang berjalur. Aku memandang cermin.
"Handsome juga aku ni! Pandai Jungkook pilih." aku bermonolog sendiri sambil tersenyum
"Abang dah siap ke belum? Cepat la sikit nanti lambat pula!" panggil Jungkook.
Aku terus mengambil beg galasku lalu keluar dari rumahku. Aku menghidupkan enjin kereta, aku memandu ke arah rumah Raejun dulu untuk mengambil mereka, selepas aku mengambil Raejun baru lah aku pergi ambil Haneol. Aku sampai di depan rumah Raejun. Aku ternampak Raejun bersama Haneol menunggu di depan rumah. Rupanya Haneol pergi rumah Raejun untuk menunggu kami. Aku memandang Raejun dari dalam keretaku.
"Cantiknya Raejun!" kataku kepada Jungkook yang berada di tempat duduk belakang.
"Haneol pun cantik juga!" Kata Jungkook sambil tersenyum melihat Haneol.
Haneol dan Raejun menaiki keretaku. Haneol duduk di belakang bersama Jungkook, Raejun duduk di hadapan bersamaku.
"Jom kita pergi shopping mall dulu!" ajakku
"Ok!" kata Raejun sambil tersenyum melihatku.
Aku memandu ke shopping mall. Kami semua sampai di sebuah pusat beli belah. Kami semua turun dari keretaku. Kami berjalan-jalan sekeliling pusat beli belah.
"Bambam! Aku dengan Haneol nak pergi tengok baju jap." kata Raejun sambil menarik tangan Haneol.
"Oo ok pergilah, aku dengan Jungkook jalan-jalan dulu. Nanti dah siap kau call je aku ok." kataku
Raejun dan Haneol masuk ke dalam kedai baju. Aku berjalan di sekeliling pusat membeli belah.
"Jungkook, teman abang jap pergi beli hadiah untuk Raejun." kataku kepada Jungkook.
Jungkook hanya menuruti aku. Kami berdua masuk ke dalam kedai alat solek. Aku dan Jungkook berpusing-pusing di dalam kedai itu.
"Apa aku nak beli ni!! Aku mana reti nak beli barang untuk perempuan ni!" kataku sambil menggaru kepalaku. Tiba-tiba pekerja di kedai itu datang ke arahku.
"Ada apa apa yang saya boleh tolong?" tanya pekerja perempuan itu sambil tersenyum manis ke arahku.
"Em sebenarnya saya nak beli hadiah untuk kawan saya, tapi saya tak reti nak beli barang make up ni. Boleh tak tunjuk yang mana satu patut saya beli." kataku
Pekerja itu menolongku memilih barang yang sesuai untuk Raejun. Selepas 15 minit di dalam kedai, akhirnya dapat juga aku beli hadiah untuk Raejun.
"Eh mana pula si Jungkook ni?!" kataku sambil mencari cari Jungkook.
Jungkook Pov
Sementara Bambam sibuk memilih hadiah untuk Raejun, aku pergi ke kedai cermin mata untuk membeli cermin mata kegemaran Haneol. Aku memilih cermin mata dengan teliti sekali.

YOU ARE READING
[COMPLETE] Arrysha Love Story ft Jackson Wang
FanficArrysha Daniella Chong merupakan seorang pelajar perempuan yang tabah menghadapi cabaran hidup selepas kematian mamanya. Arrysha yang berasal dari Sabah terpaksa berpindah ke Korea setelah ayahnya dinaikan pangkat dan bekerja di Korea. Arrysha menan...