Tournament Day~
Arrysha dan yang lain-lain berbaris di kaunter pendaftaran untuk mendaftar.Selepas sahaja semua peserta selesai mendaftar, Arrysha dan yang lain-lain mula memanaskan badan mereka agar tidak mudah tercedera nanti.
Jackson dan Sungwoon duduk di tempat duduk penonton dan memerhatikan mereka berdua.
"Hanis tau tak kau datang?" tanya Jackson yang duduk di sebelah Sungwoon.
"Tak. Sebenarnya, Hanis tak bagitau aku pun pasal ni sebab mungkin dia takut aku risau lepas tu tak bagi dia ikut. Ni aku tau pun sebab Arrysha yang bagitau aku. Aku datang nak bagi surprise kat dia. Kau jangan bagitau dia aku datang!" bagitahu Sungwoon sambil memegang sejambak bunga di tangannya.
"Oo ok nanti aku bagitau dia!" seloroh Jackson
"Janganlah!" marah Sungwoon lalu memukul lengan Jackson.
Jackson hanya ketawa melihat Sungwoon.
Setelah selesai Arrysha dan yang lain-lain memanaskan badan mereka semua duduk di tepi dewan menunggu giliran masing-masing untuk membuat pattern. *Pattern tu macam teknik taekwondo hm susah nak explain, korang cari la kat youtube or google."
Tidak lama kemudian, lima orang yang bertali pinggang hitam dipanggil untuk membuat pattern di dalam gelanggang. Arrysha, Hanis dan tiga orang bertali pinggang hitam dari team lain keluar dari tempat mereka dan pergi ke dalam gelanggang. Mereka semua mula membuat pattern apabila pengadil menyebut nama pattern. Mereka semua membuat pattern tersebut dengan kemas, juri juga mula menilai kekemasan pattern yang dibuat oleh mereka.
Jackson dan Sungwoon yang berada di tempat duduk penonton sibuk memerhati Arrysha dan Hanis dengan muka yang gementar. Hm orang yang buat pattern diorang pula nervous..
Selepas sahaja mereka selesai membuat pattern di tengah gelanggang, mereka semua kembali ke tempat duduk masing-masing dan menunggu pengadil mengumumkan pemenang.
Arrysha dan Hanis duduk di tempat mereka sambil meneguk air, masing-masing berasa gementar dan jantung berdegup laju sebab tunggu keputusan. Arrysha menggosok kedua-dua tapak tangannya kerana gementar, Hanis pula tidak senang duduk kerana gementar.
Juri telah pun selesai berbincang dan keputusan sekarang berada di tangan pengadil.
"Tempat ketiga bagi pattern dimenangi oleh Park Hyun Soo!!" umum pengadil itu lalu orang yang bernama Park Hyun Soo dan kawan-kawannya bersorak gembira kerana mendapat tempat.
Arrysha dan Hanis saling berpandangan lalu memegang erat tangan masing-masing.
"Bagi tempat kedua ialah Arrysha Daniella Chong!!" umum pengadil itu.
Arrysha dan kawan-kawannya berdiri bersorak gembira kerana Arrysha berjaya mendapat tempat kedua. Begitu juga dengan Jackson dan Sungwoon yang berada di tempat duduk penonton.
"Arrysha menang woooo!!!!" jerit Jackson lalu memeluk erat Sungwoon.
"Ya aku tau!! Dah lepaskan aku!!" marah Sungwoon
Jackson terus meleraikan pelukannya.
Arrysha berjalan ke platform untuk mengambil medal. Dia berdiri di belakang platform untuk tempat kedua dengan teruja.
"Bagi tempat pertama pula ialah Hanis Zulaikha!!" jerit pengadil itu.
Terus Hanis melompat dengan gembira kerana dia berjaya menjadi johan untuk pattern.
Sungwoon yang berada di tempat duduk penonton terus memeluk erat Jackson apabila terdengar nama Hanis, Sungwoon menjerit kegembiraan.
Hanis pergi ke platform dan berdiri di belakang platform tempat pertama.
![](https://img.wattpad.com/cover/141720948-288-k858109.jpg)
YOU ARE READING
[COMPLETE] Arrysha Love Story ft Jackson Wang
Fiksi PenggemarArrysha Daniella Chong merupakan seorang pelajar perempuan yang tabah menghadapi cabaran hidup selepas kematian mamanya. Arrysha yang berasal dari Sabah terpaksa berpindah ke Korea setelah ayahnya dinaikan pangkat dan bekerja di Korea. Arrysha menan...