Bab 41

89 10 4
                                    

Arrysha turun ke ruang tamu lalu melabuhkan punggungnya di sebelah abahnya.

"Abah" panggilnya lalu memeluk bantal sofa.

"Apa dia?" tanya abah sambil matanya fokus menonton tv

"Eh kejap!" kata Arrysha lalu bergegas ke biliknya dan mengambil sehelai kertas.

Setelah dia mengambil kertas tersebut dia  memberi kertas tersebut kepada abahnya.

"Apa ni?" tanya abah lalu meletakkan remote yang dipegangnya di meja kopi.

Arrysha hanya diam dan tersenyum lebar.

"MWO?! Jinjja?" jerit abah sambil melihat kertas itu

"Ehehehe"

"Betul ke kamu nak ikut tournament ni? Kamu kan kata kamu takde semangat sebab takde eomma.. Kamu ok ke? tanya abah dengan muka yang risau

"Gwenchana.. Arrysha rasa eomma mesti bangga kalau Arrysha ikut pertandingan ni. Kalau Arrysha kata Arrysha takde semangat nak join sebab eomma dah takde eomma mesti rasa sedih kan. Jadi Arrysha ambil keputusan Arrysha nak join." jawab Arrysha sambil tersenyum.

"Bagusla kalau macam tu Arrysha. Abah dengan eomma bangga dengan kamu. Abah tahu kamu sedih pasal pemergian eomma, abah pun sama juga. Tapi Arrysha tak boleh putus asa, abah nak kamu buat betul betul ok! Buat abah dengan eomma bangga!" ucap abah lalu mengusap lembut rambut Arrysha.

"Abah tandatangan lah borang tu nanti Arrysha nak hantar." beritahu Arrysha

"Ok nanti abah tandatangan." kata abah

"Em abah.." panggil Arrysha

"Ye apa dia?"

"Nanti abah datang tengok Arrysha ke?" tanya Arrysha.

"Em bila pertandingan Arrysha?" tanya abah

"Hujung bulan ni.." jawabnya

"Em rasanya abah outstation masa tu. Mianhae Arrysha. Abah rasa abah tak dapat datang.." ucap abah

"Takpe la abah kan nak cari rezeki untuk sara Arrysha. Arrysha faham." kata Arrysha sambil tersenyum lemah. Sebenarnya, Arrysha berasa kecewa kerana abah tidak dapat hadir dan lihat dia bertanding nanti sebab kerja. Sejak dulu lagi abah memang jarang melihat anaknya bertanding.. Sudah tentulah Arrysha kecewa.

"Maafkan abah ya.." ucap abah lagi

"Takpe Arrysha faham. Em Arrysha naik la dulu." kata Arrysha lalu naik ke atas dan masuk ke biliknya.

Abahnya hanya melihat Arrysha berjalan pergi meninggalkanya lalu dia mengeluh berat kerana rasa bersalah.

Arrysha menghempaskan badannya dia atas katilnya itu. Dia mengeluh lalu memejamkan matanya. Dia mengenggam loketnya lalu membuka loketnya.

"Eomma.. Arrysha rindu eomma. Dah nak dekat setahun Arrysha tak jumpa eomma.." ucap Arrysha lalu mencium loketnya.

Arrysha mencapai telefonnya dan membuka whatsappnya. Dia menekan nama Jackson dan mula menaip.

Jackson❣

Weyh..

Aimee dah balik ke?
Kau kat mana?

Aimee dah balik, flight dia jam 3 pagi tadi.
Aku kat rumah. Kenapa?

Aku belum bagitau kau kan yang aku ada tournament nanti.

Belum. Tournament apa?

Hujung bulan ni aku ada tournament Taekwondo.

[COMPLETE] Arrysha Love Story ft Jackson WangWhere stories live. Discover now