Bab 9

251 23 0
                                    

Akhrinya, tiba juga masa yang ditunggu-tunggu iaitu hari pemilihan pemain bola keranjang!!

Aku bangun lebih awal daripada biasa sebab aku semangat nak pegi sekolah hari ni. Aku melipat selimut aku, selepas aku melipat selimut aku, aku pergi ke tandas untuk mandi.

Aku memakai kasut sukan Adidas aku. Aku berjalan kaki ke sekolah macam selalu tapi hari ni aku datang lebih awal dari biasa.

Setelah 20 minit berjalan kaki, aku sampai juga di sekolah. Aku bukan sahaja orang pertama yang sampai dalam kelas tapi aku juga orang yang pertama sampai di sekolah. Aku melihat jam tanganku,

"Wow, baru jam 7.00 pagi, awalnya aku datang" aku bermonolog sendirian

Aku masuk ke kelas lalu duduk di tempat aku.

"HACHOOO" aku bersin dengan tiba-tiba. Aku memeriksa kelas aku, aku mendapati banyak habuk di atas lantai. Aku mengambil keputusan untuk membersihkan kelas. Aku mengambil penyapu dan mula menyapu kelas.

"HACHOOOOO" aku bersin sekali lagi kerana debu memasuki hidungku.

Selepas aku menyapu, aku melap tingkap sehingga bersih. Semasa aku sedang sibuk melap tingkap, Jackson mengusik aku dengan membuat aku terkejut.

"BOOOO" usik Jackson sehingga menyebabkan aku terkejut.

"Oh mak kau!" latahku

"HAHAHAHAHA" Jackson ketawa dengan terbahak-bahak.

"Sikit lagi pelap tingkap ni mendarat kat muka kau!" kataku

"Rajinnya girlfriend aku ni" usik Jackson

"Ehh hello! Sejak bila aku jadi girlfriend kau haa?!" kataku

"Sejak aku sayang kau." ucap Jackson sambil tersengih

"Eeeee" ucapku

Aku masuk ke kelas dan meletakkan pelap tingkap di belakang kelas. Lalu aku duduk di tempat aku.

Jackson pun turut duduk di tempatnya. Dia mengeluarkan telefon pintarnya. Aku hanya buat tak tahu sahaja kerana dia memang selalu bawa telefonnya ke sekolah. Aku mengeluarkan buku novel kegemaranku untuk dibaca. Semasa aku sedang khusyuk membaca buku Jackson mengambarku dengan senyap-senyap. Aku masih tidak sedar dengan perbuatannya itu.

" Arrysha tengok sini" panggil Jackson.

Aku menoleh ke arah Jackson, rupa-rupanya Jackson sedang merakam video. Haih menyesal aku tengok Jackson!!

"Oi apa ni rakam rakam!" rungutku sambil menutup muka aku dengan tangan.

Jackson menonton video yang dia rakam tadi

"Comelnya kau" kata Jackson sambil tersengih lalu menunjukkan video kepada aku.

"Eeee buruknya muka aku, kau kata comel?! Kau jangan post pula video tu kalau kau post jugak kena kau nanti!" kataku

"Dah post dah! Aku post kat story Instagram aku, HAHAHAHHA!" kata Jackson lalu menjelirkan lidah kepada aku.

Aku memukul lengan Jackson dengan kuat lalu aku memijak kasut Jackson.

"Adoii, sakitlah!" rungut Jackson sambil mengosok lengannya.

"Haa kan aku dah kata tadi! Kau jangan cari pasal dengan aku!" kataku

Tidak lama kemudian, semua rakan sekelas aku pun telah sampai.

Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Cikgu Jihun masuk ke kelas kami. Dia menyuruh kami untuk berkumpul di gelanggang bola keranjang. Kami semua berjalan ke gelanggang bola keranjang.

[COMPLETE] Arrysha Love Story ft Jackson WangWhere stories live. Discover now