Bab 11

247 13 0
                                    

Arrysha Pov

Aku berjalan masuk ke dalam rumahku. Aku berasa sangat penat hari ni, aku duduk sebentar di sofa.Aku tersenyum memikirkan gelagat Jackson.

"Haih Jackson, Jackson kenapalah kau ni selalu ada di sisi aku? Kau tau tak perangai kau membuatkan aku jadi gila!" aku bermonolog sendiri sambil tersenyum memikirkan tentang Jackson.

Aku bingkas bangun dari sofa, lalu aku mandi. Selepas aku mandi, aku membuat kerja sekolahku. Semasa aku sedang fokus membuat kerja sekolah, telefon aku berbunyi menandakan ada orang menghantar mesej kepadaku. Nama Jackson tertera di skrin telefonku, aku membuka mesej yang dihantar oleh Jackson. Dia menghantar gambar kepadaku, gambar itu ialah gambar masa aku tertidur di keretanya tadi.

"Hoii pandai-pandai je kau tangkap gambar aku!" aku membalas mesej Jackson

"Comel gila muka kau bila kau tidur!"

"Seriously bro?"

"HAHAHAHAHHA"

"Haih dahlah aku malas nak layan kau, aku nak buat kerja sekolah ni pastu aku nak tidur."

"HAHAHA ok jumpa esok!"

Aku mematikan telefonku lalu menyambung membuat kerja sekolah aku. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam, abah masih lagi belum pulang mungkin dia ada banyak kerja kot sebab tulah abah pulang lambat. Aku masih lagi membuat kerja sekolahku, aku berasa sangat mengantuk. Tidak lama kemudian, aku tertidur di atas meja belajarku.

Abah aku pulang jam 12 tengah malam, abah menjenguk ke dalam bilikku, dia cuba untuk membangunkan aku untuk menyuruh aku tidur di atas katil tapi aku tidur mati jadi abah hanya menyelimutkan aku.

Pada keesokannya, aku terjaga dari tidurku aku memandang jam dinding biliku. Mataku menjadi besar, kerana sekarang sudah jam 7.50 pagi! Aku bingkas bangun dari meja tulisku, aku bersiap dengan pantas sekali. Aku mengemas buku aku yang berterabur di atas meja dengan cepat.

"Alamak, aku dah lambat ni!!" kataku sambil memakai kasut sekolahku lalu berlari keluar dari rumahku dengan kelam kabut. Aku berlari menuju ke sekolah. Semasa aku sedang berlari, aku tersadung kerana terlanggar batu di tepi jalan, aku terjatuh di atas permukaan yang kasar, lututku tergeser di atas pemurkaan yang kasar itu. Lututku berdarah dengan banyak, aku terduduk di tepi jalan kerana lutuku berasa pedih.

" Aku dah lambat nak pergi sekolah ni, aku kena teruskan juga, aku kena pergi ke sekolah!" kataku lalu bangun secara perlahan-lahan. Aku berjalan dengan tempang ke sekolah. Selepas 15 minit aku berjalan, akhirnya aku sampai di sekolah. Aku masuk ke kelasku.

"Maafkan saya cikgu sebab saya lewat" ucapku kepada cikgu.

"Hah takpe kamu baru pertama kali lambat kan." kata cikgu aku

Aku menahan sakit di lututku, aku berjalan ke arah tempat duduk tempatku dengan perlahan-lahan.

Jackson memandangku hairan. Aku duduk di kerusi lalu memegang lutuku yang berdarah

"Kenapa dengan lutut kau?! Banyaknya darah!" kata Jackson dengan riak muka yang risau.

" Takde apa apa la sikit je ni, masa dalam perjalanan tadi aku terjatuh" kataku sambil menahan sakit.

"Cikgu! Lutut Arrysha berdarah, boleh saya bawa dia pergi bilik rawatan untuk cuci luka dia?" tanyaku

"Hahh pergilah cepat!" kata cikguku

Haneol dan Raejun ingin membantuku tapi Jackson menghalang mereka dan menyuruh mereka duduk di kelas sahaja. Haneol dan Raejun hanya mengikut arahan Jackson. Jackson memapah aku sehingga ke bilik rawatan. Dia menyuruh aku duduk di atas kerusi lalu dia pergi mengambil ubat di dalam almari. Jackson mencuci lukaku dan menyapu ubat di lukaku.

[COMPLETE] Arrysha Love Story ft Jackson WangWhere stories live. Discover now