Selepas beberapa hari di hospital, mereka bertiga dibenarkan pulang oleh doktor kerana keadaan mereka sudah semakin pulih.
Haneol dan Raejun sudah pulang pada awal pagi tadi. Ibu dan bapa mereka berdua sudah membawa mereka pulang lebih awal.
Hanis dan Jackson sibuk menolong Arrysha mengemas barang untuk pulang. Arrysha pula hanya duduk di atas katil kerana tidak mampu berbuat apa-apa, tangannya dua dua terseliuh macam mana nak buat kerja kan.. Ayah Arrysha pula sibuk membebel Arrysha.
"Bertuah punya anak! Kamu ni bukannya nak bagitau abah kalau kamu ni dalam masalah! Kalau apa apa terjadi dengan kamu macam mana hah?! Kamu ni tak pernah la nak ubah perangai kamu asyik nak buat abah risau je!" marah abah
"Alaa abah ni.. Arrysha bukan tak nak bagitau tapi Arrysha cuma tak nak abah risau dan Arrysha cuma nak selamatkan kawan kawan Arrysha. Tu je abah, Arrysha takde niat pun nak risaukan hati abah. Maafkan lah Arrysha abah.. Arrysha tau lah Arrysha ni bukan anak yang baik tapi Arrysha cuba untuk banggakan abah. Arrysha nak abah gembira je.." ucap Arrysha
"Haih dah lah, abah bersyukur sangat kamu tak apa-apa." kata abah lalu memeluk Arrysha
Arrysha cuma tersenyum lemah.
"Dah jom balik." ajak Jackson
Arrysha mengangguk sambil tersenyum. Abah dan Jackson membantu Arrysha untuk turun dari katil kerana kaki Arrysha masih bengkak. Cara dia berjalan pun tempang huhuhu..
Sampai sahaja di rumah, Jackson dan Hanis membantu Arrysha untuk mengangkat barang-barangnya dan diletakkan di dalam biliknya.
"Uncle boleh tak kalau saya tidur kat sini? Saya nak jaga Arrysha, dia kan tak boleh buat apa apa sebab tangan dia terseliuh." tanya Jackson.
"Ah bol-"
"Eh tak perlu! Aku ok, aku tak nak menyusahkan kau." potong Arrysha
"Apa salahnya, aku cuma nak jaga kau je. Aku risau kat kau sebab tangan kau tu terseliuh macam mana kau nak buat kerja.. Boleh la.." rayu Jackson
"Takpe la Jackson.. Kan ada aku,biar aku yang jaga dia. Bukannya jauh pun rumah aku dengan dia, sebelah je. Senang sikit nak ulang alik." kata Hanis
"Betul ni? Kau boleh tolong aku jaga dia?" tanya Jackson
"Ya.."
"Hah Hanis, kamu tidur lah sini. Boleh teman Arrysha atau tolong dia." suruh abah
"Boleh ja uncle, takde masalah. Saya balik la dulu saya nak bagitau appa dengan eomma saya dulu. Minta diri dulu ya!" kata Hanis lalu menundukkan badannya.
Abah cuma mengangguk dan tersenyum.
"Uncle kalau saya nak lawat Arrysha nanti boleh tak?" tanya Jackson lagi
"Kamu memang dialu-alukan untuk datang Jackson. Pintu rumah ni memang sentiasa terbuka untuk kamu." jawab abah sambil menepuk-nepuk bahu Jackson.
"Terima kasih uncle!" ucap Jackson lalu memeluk abah
Abah hanya ketawa dengan perlakuan Jackson.
"Ok lah, uncle nak keluar jap ada hal dekat office. Nanti kalau ada apa apa call uncle ya.. Jangan lagi macam hari tu, arraseo?" beritahu abah
"Ya la abah.." jawab Arrysha sambil tersenyum
Abah mengambil kunci keretanya lalu keluar dari rumah untuk ke pejabatnya.
Arrysha dengan Jackson duduk di ruang tamu.
"Jackson.." panggil Arrysha lembut
"Nae?"

YOU ARE READING
[COMPLETE] Arrysha Love Story ft Jackson Wang
FanfictionArrysha Daniella Chong merupakan seorang pelajar perempuan yang tabah menghadapi cabaran hidup selepas kematian mamanya. Arrysha yang berasal dari Sabah terpaksa berpindah ke Korea setelah ayahnya dinaikan pangkat dan bekerja di Korea. Arrysha menan...