Aku bangun lebih awal dari Arrysha. Aku bangun lalu melipat selimut aku. Aku mengangkat selimut dan bantal aku ke dalam bilik aku. Aku keluar dari bilik untuk membangunkan Arrysha yang sedang nyenyak tidur.
"Arrysha bangun" panggilku dengan lembut sambil mengusap kepala Arrysha.
Arrysha terjaga dari tidurnya. Dia duduk di atas sofa yang dia tidur, dia menggeliat lalu menggosok matanya. Aku duduk di sebelahnya, dia tersenyum melihatku, tiba-tiba dia mengusap kepalaku. Dia bangun mengangkat bantal dan selimutnya ke bilik ayahnya. Aku pula pergi ke tandas untuk mandi. Selepas aku mandi, giliran Arrysha pula yang mandi.
Selepas Arrysha mandi, dia pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk kami, aku pergi menolong Arrysha menyediakan sarapan. Setelah selesai kami menyediakan sarapan, aku pergi memanggil ayah Arrysha dan Danish untuk bersarapan. Makcik Arrysha telah pergi ke sawah pagi tadi.
"Mmm sedapnya! Siapa masak ni?" tanya Danish.
"Arrysha yang masak." jawab Arrysha sambil tersenyum.
"Jaranglah kau masak untuk kitorang." usik Danish.
"Heh kau tak tau lagi, kat korea aku yang masak untuk abah tau!" kata Arrysha.
Kami semua makan sehingga piring kami licin. Aku dan Arrysha mengemas meja dan dapur. Setelah kami selesai mengemas dapur, kami berdua duduk di ruang tamu. Ayah Arrysha duduk di sofa yang bersebelahan dengan kami.
"Arrysha, esok abah kena balik ke Korea sebab ada kerja nak kena buat."kata ayah Arrysha.
"Awalnya abah balik! Tak best la macam ni.." rungut Arrysha sambil memuncungkan mulutnya.
"Abah ada kerja.. Kalau kamu nak tinggal sini sampai habis cuti, abah tak kesah. Nanti dua hari sebelum habis cuti abah balik la sini ambil korang." kata ayah Arrysha.
"Emm Arrysha nak tinggal sini la" kata Arrysha sambil tersenyum.
"Jackson? Kamu nak ikut uncle balik korea, atau kamu nak tinggal sini dengan Arrysha?" tanya ayah Arrysha.
"Jackson nak tinggal sini dengan Arrysha, sebab Jackson belum puas main lagi!" jawabku lalu tersenyum.
"Ok. Tapi ingat korang berdua kena jaga diri! Kalau ada apa apa korang call je abah" kata ayah Arrysha.
"Ok! Abah kitorang nak keluar dulu." kata Arrysha.
"Pergi mana?" tanya ayah Arrysha
"Nak panjat pokok kelapaa pastu nak pergi main!" jawab Arrysha sambil tersenyum
"Panjat pokok?! Arrysha, Arrysha.. Perangai kau ni macam lelaki!" kata ayah Arrysha
"Hekeleh biar la sekurang-kurangnya Arrysha pandai jaga diri, pandai buat kerja,daripada Arrysha duduk kat rumah hadap handphone baik Arrysha pergi main!" jawab Arrysha
"Haah ye la.. Pergi la tapi hati-hati tau!" kata ayah Arrysha
Danish sudah pun menunggu di luar rumah. Arrysha menarik tangan aku keluar dari rumah. Kami semua berjalan ke arah pokok kelapa yang hanya terletak di belakang rumah. Arrysha memanjat pokok kelapa yang tinggi itu dengan pantas.
"Korang nak berapa biji?!" jerit Arrysha.
"5 biji!!" jerit Danish
Arrysha membaling 5 biji buah kelapa ke bawah. Dia turun dari pokok kelapa yang tinggi itu.
"Bila kau nak ajar aku panjat pokok ni?" tanya aku
"Mari la cepat!" panggil Arrysha.
Aku pergi ke arah Arrysha.
YOU ARE READING
[COMPLETE] Arrysha Love Story ft Jackson Wang
FanficArrysha Daniella Chong merupakan seorang pelajar perempuan yang tabah menghadapi cabaran hidup selepas kematian mamanya. Arrysha yang berasal dari Sabah terpaksa berpindah ke Korea setelah ayahnya dinaikan pangkat dan bekerja di Korea. Arrysha menan...