Author Pov
Pada waktu sebelum masuk ke kelas, Jackson pergi ke lockernya untuk mengambil beberapa buah buku.
"Hi!" tegur seseorang dari sebelah lockernya.
Jackson terus menolak sedikit pintu lockernya untuk melihat siapakah yang menegurnya tadi.
"Kenapa?" tanya Jackson sambil memandang pelik ke arah Jessica.
"Awak dah ada teman untuk pergi ke prom ke?" tanya Jessica lalu menyelihatkan rambut ke belakang telinganya.
"Ada. Kenapa kau tanya?" tanya Jackson sambil menjongketkan keningnya.
"Arrysha ke?" tanya Jessica lagi.
"Ya." jawab Jackson ringkas lalu memasukkan buku yang diambilnya dari locker ke dalam beg.
"Arrysha! Arrysha! Arrysha! Sikit-sikit Arrysha! Kenapa kau pilih dia bukan aku? Aku ni lagi cantik dari dia dan lagi secocok dengan kau! Mesti perempuan jahanam tu dah hasut kauu kan?! Mesti dia ada ilmu hitam sebab tulah semua orang suka kat dia! Tak guna punya perempuan! Aku dah bosan la dengar nama Arrysha ni! Semua orang asyik cakap pasal dia! Aku ni apa kurangnya?! Aku lagi baik la dari dia! Bodoh betul!" marah Jessica sambil menghentak kakinya.
Jackson terus menutup lockernya dengan kuat, perbuatan itu menyebabkan bahu Jessica terjongket kerana terkejut. Dia memandang Jessica dengan pandangan yang tajam.
"Eh kau pahal? Arrysha tak cari pasal dengan kau kan? Kau jangan nak tuduh Arrysha bukan-bukan! Kau sedar sikit diri kau tu! Dahlah gedik nak mampos, memanglah semua orang tak suka kawan dengan kau! Kau tu depan lain belakang lain, TALAM DUA MUKA! Takde orang suka kawan dengan orang yang bertalam dua muka ni! KAU JANGAN BERANI-BERANI PANGGIL ARRYSHA PEREMPUAN JAHANAM LAGI! FAHAM?!" marah Jackson lalu berjalan meninggalkan Jessica.
Jessica berasa sakit hati dengan apa yang dikatakan oleh Jackson. Dia menangis lalu berlari ke tandas.
"BODOH PUNYA PEREMPUAN! SEBAB KAU LAH JACKSON MARAH AKU! TAK GUNAAAA!" marah Jessica sambil menangis teresak-esak.
Tiba-tiba terlintas satu idea jahat di fikiran Jessica. Dia berhenti menangis dan dia tersenyum. Dia mebuka papi air lalu membasuh mukanya.
"Siap kau Arrysha! Kali ni kau akan merana!" kata Jessica lalu ketawa.
Jackson berjalan masuk ke kelas dengan perasaan yang marah. Dia duduk di sebelah Arrysha. Arrysha yang sedang membaca buku terus memandang Jackson.
"Yah gwencahana??" tanya Arrysha
"Takde apa apa la.." jawabnya sambil mengelenggkan kepalanya.
"Kau ni! Kalau kau ada masalah bagitau je aku. Selalunya kalau aku ada masalah aku akan bagitau kau kan so kali ni kau mesti bagitau aku apa masalah kau." kata Arrysha
"Jessica." jawab Jackson
"Kenapa dengan dia?" tanya Arrysha sambil menjongketkan keningnya.
"Dia ajak aku pergi prom, tapi aku tolak aku kata nak pergi dengan kau lepastu dia marah then cakap kau ni tak guna dan yang paling aku panas ialah dia panggil kau perempuan jahanam!" adu Jackson
"Tsk, biarlah dia tu! Orang tak matang memang macam tu." kata Arrysha sambil tersenyum sinis.
"Kau tak marah ke bila dia panggil kau perempuan jahanam?" tanya Jackson
"Tak. Dia kan tak matang. Lepas ni kalau dia tanya apa apa pasal kau aku takkan badmood dah sebab dia tu sengaja cari pasal dengan aku. Memang tak senang duduk kalau nampak aku bahagia dengan kau. Orang kata senyum je dengan haters ni, biar dia yang sakit hati bukannya kita. So biarlah dia." jawab Arrysha sambil tersenyum.
YOU ARE READING
[COMPLETE] Arrysha Love Story ft Jackson Wang
FanfictionArrysha Daniella Chong merupakan seorang pelajar perempuan yang tabah menghadapi cabaran hidup selepas kematian mamanya. Arrysha yang berasal dari Sabah terpaksa berpindah ke Korea setelah ayahnya dinaikan pangkat dan bekerja di Korea. Arrysha menan...