Bab 1
Dua belas tahun kemudian
-Even if the rainbow breaks, the sky is still there with us-
Sebuah quote. Atau dalam bahasa melayunya; walaupun pelangi sudah tiada, langit tetap di sini bersama kita. Dia pernah search google maksud sebenar pelangi dalam bahasa melayu. Dan jawapannya berbunyi begini, pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya hampir selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat atau sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu terlindung oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.
Okey, manakala langit pula merupakan sebahagian atmosfera atau angkasa yang boleh dilihat dari permukaan mana-mana objek astronomi. Adalah sukar untuk mentakrifkan secara terperinci apa itu langit atas beberapa sebab. Pada waktu siang, langit Bumi kelihatan biru tua, permukaannya hasil serakan cahaya matahari oleh udara. Langit kadang-kala ditakrifkan sebagai zon bergas lebih mampat di atmosfera planet. Pada waktu malam, langit kelihatan seperti permukaan atau kawasan hitam yang ditaburi bintang. Dalam bidang astronomi, langit juga dipanggil sfera cakerawala, iaitu sebuah kubah khayal dalam mana matahari, bintang-bintang, planet-planet, dan bulan kelihatan bergerak. Sfera cakerawala terbahagi kepada rantau-rantau dipanggil buruj.
Tepat dan padat maksud yang dia berikan tentang pelangi dan langit. Dia copy paste bulat-bulat je dari Mr google. Dia bukan nak cerita tentang pelangi mahupun langit. Semua pernah tengok pelangi dan tahu pelangi ada tujuh warna. Cara terjadinya pelangi pun dah belajar sejak sekolah rendah lagi. Jadi tak perlu dia sekolahkan sesiapa tentang pelangi. Langit apatah lagi, hari-hari celik tengok dunia dah boleh nampak langit. Langit yang putih. Langit yang biru. Langit yang gelap. Dan langit yang jingga.
Masalah dia bukan berkaitan dengan pelangi atau langit, atau kedua-duanya. Masalah dia ialah keluarganya sendiri. Puncanya daripada dirinya sendiri. Penyelesaiannya ialah sebuah kemaafan.
Tapi mampu ke kata ‘maaf’ itu diterima kalau si pembuatnya ego untuk menuturnya?
“Sekali kita buat silap, selamanya benda itu akan menghantui.”
Tergiang ditelinganya kata-kata atok padanya. Memang benar kesilapan masa lampau itu akan sentiasa menghantui hidup ini. Tambah lagi kalau kesilapan itu sangat memberi impak pada dirinya dan orang sekelilingnya.
Kesalahannya besar. Kesalahannya teruk dan begitu bodoh. Hanya kerana dia sentiasa rasa dia betul dan pentingkan diri. Ditambah pula dengan menangkan ego yang melangit dan panas baran yang akan datang bagai tsunami yang menghentam.
Syaf, kau teruk.
Tiga patah perkataan ditulis. Rasanya itulah perkataan yang paling banyak tertulis didalam bukunya berwarna indingo itu selain qoute kesukaannya.
“Syaf, barang dah kemas ke?” atok menjenguk ke bilik Qasyaf.
Qasyaf tersentak. Teguran atoknya itu buat Qasyaf cepat-cepat menutup buku yang dipanggil sebuah diari. “Dah tok. Jadi ke papa ambil orang hari ni?”
“Kalau ikut apa yang papa kamu bagi tahu atok semalam, jadilah gayanya.”
Qasyaf hanya angguk biasa. Nak ataupun tidak dia kena ikut papanya balik. Haish! Berdebar pula jantung memikirkannya. Mahu ke bundanya terimanya balik? Bundanya dah maafkan dia ke? Nak menghadap tiga orang mangkuk ayun itu lagi. Dia tak mahu naya otak balik. Buat rosak pemikiran yang nak pulih saja.
“Tak payah berangan. Mereka hantar cara baik, mereka nak ambil pun cara baik. Jangan fikir bukan-bukan.” atok melontarkan nasihatnya. Tuan haji Al-Amin memang pandai baca fikiran orang. Hebat betul!
Qasyaf tayang tumbs up pada atok kesayangan. “Atok memang terbaik. Ajar sikit orang cara baca fikiran orang boleh?” sengihan nakal dihadiahkan pada atoknya.
“Syaf-Syaf. Dah mandi ke belum ni? Ni mesti tak solat lagikan? Papa kamu tu datang nak ambil kamu je, dia nak cepat. Lusa keluarga kamu nak pindah rumah baru.”
Qasyaf garu kepala. Hampir lupa yang dirinya masih berbau masam. Solat pun selalu diwaktu gajah. Okey lagilah dari dulu. Dulu dia memang liat nak mendirikan solat, jenuh papa dan bundanya bebel dan paksa solat tapi dia tak pernah turutkan. Kalau baik sikit anginnya, dia akan ambil wudud cincai-cincai, tutup pintu bilik dan selerakkan sikit sejadah tanda dia sudah solat. Bila mereka tanya, dia akan jawab ‘orang dah solatlah.’ Begitulah perangai dia sampai sebelum dihantar tinggal dengan atok dikampung. Atok tak garang tapi tegas. Ketegasan atok menyebabkan dia tak berani buat perangai. Ditambah pula kalau dia alpa dengan solat dia akan senang dirasuk dan disampuk. Itu kelemahannya selepas berani bermain dengan alam lain.
Pertama kali dia perasan yang dia sudah terjebak dengan dunia lain atau dunia jin yang sepatutnya manusia tak boleh dekati, dia takut. Takut melihat kehodohan makhluk yang bernama jin. Dan takut dengan pandangan dan sergahan mereka yang muncul tiba-tiba. Kalaulah dia diberi peluang untuk patah balik dimasa lampau, sudah pasti dia tak teringin pun terjebak dengan dunia asing itu.
Ini merupakan kali kedua hijabnya terbuka. Sebelum ini atok berjaya tutupkan tapi untuk kali kedua ini hijab dimatanya seakan sudah tiada hijab atau lebih tepat matanya memang tiada lagi penghalang yang menghalang pandangan antara dunia mata kasar dan dunia yang hanya mata halus sahaja boleh melihatnya. Kali pertama tiada siapa yang boleh salahkan sesiapa tetapi untuk kali yang kedua ini, puncanya daripada diri dia sendiri.
Syaf, kau memang teruk.
Bisikan pada mindanya menyentap hatinya. Dia tahu dia teruk. Sebab itu dia cuba berubah. Berubah jadi baik. Tapi kadang-kadang dia rasa berubah jadi baik itu macam dia sedang berlakon di atas teater lakonannya sendiri dan penontonnya ialah orang disekelilingnya. Nak jadi jahat memang senang tapi nak ubah dari jahat ke baik, bagai mengelar kulit dengan pisau yang tajam.
“Syaf, kenapa tak gerak lagi ni? papa dah nak sampai tu.” sekali lagi atok menjengah bilik. Mata tuanya menangkap wajah suram milik cucunya itu. Dia melangkah ke katil Qasyaf dan meletakkan punggungnya di tilam. “Tak apa kalau kita pernah buat salah, yang penting ada keinginan nak berubah. Bukan masa dah akui diri ini salah tapi masih tidak mahu berubah. Orang yang berusaha untuk berubah, jalannya berliku-liku. Kadang terjunam, kadang tertusuk duri dan kadang-kadang dapat sebaliknya. Macam orang putih cakap ‘what you give you will get back’, yang penting ada tekad dan nekad nak berubah. Buang semua sikap panas baran, ego dan pentingkan diri sendiri. Insya-Allah, atok yakin mereka dah maafkan Syaf.”
Qasyaf tarik senyum pahit. “Semudah itu aje atok? Orang teruk. Orang lebih teruk dari apa yang atok lihat pada orang sekarang.”
Tangan tua atok mendarat di atas bahu Qasyaf. “Kita bukan malaikat yang imannya sentiasa mendatar. Bukan juga nabi dan para rasul yang imannya sentiasa naik. Kita hanya manusia biasa yang imannya naik dan turun. Selalu buat salah dan dosa. Semalam sudah bertaubat mungkin hari ini ulang balik dosa kemarin. Tak ada manusia yang benar-benar bersih dan suci. Sebab itu Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang memberi peluang pada hamba-hamba-Nya untuk selalu membersihkan dosa-dosa dan salah mereka dengan cara bertaubat. Bukan hanya pada lisan tetapi pada hati yang benar menyesal atas apa yang telah dilakukan sebelum ini.”
Qasyaf tunduk merenung pehanya. Jarinya sibuk bermain dengan hujung T shirt biru muda berlengan panjang. Sentap menusuk qalbu. Atok tak pernah putus asa baginya nasihat dan semangat.
“Allah berfirman dalam surah Al-An’am ayat ke 54 ‘Tuhanmu menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barang siapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’.”
“Terima kasih atok. Lepas ni mesti orang akan rindu atok dan Daiyan.” Qasyaf peluk lengan atok dan melentokkan kepalanya ke bahu atoknya, Tuan Haji Al-Amin. Ayah kepada papanya, Al-Fakhri. Dia tak pernah bermanja dengan sesiapa. Hatinya keras. Manja-memanja bukan gayanya. Tapi atok bisa mencairkan hati batunya. Dia tak perasan sejak bila, sedar-sedar dia dah jadi Qasyaf Ilmi yang lain sejak dua menjak ini.
“Kalau kau tak rindu aku siap kau Syaf!” Entah sejak bila sepupunya Daiyan muncul didepan mereka. Muka Daiyan dimasamkan. Merajuklah kononnya.
Sebelum dia dihantar ke kampung, rumah atok, dia tak pernah pedulikan Daiyan. Bagi dia, Daiyan hanya manusia yang menghuni dan menghiasi rumah kampung atok tiap kali dia dan keluarganya pulang ke sini. Rasanya seumur hidup dia dan Daiyan menjadi sepupu, mereka tak pernah bercakap. Langsung. Daiyan pendiam yang dia gelarkan pembisu yang tak reti bercakap. Dia pula, ego dan ignorant. Memang tak bergaul lah gamaknya mereka berdua.
Dululah, sebelum semuanya berubah. Sebelum dia jadi dia yang sekarang. Dari tak bertegur sapa terus menjadi best friend forever.
“Berdrama pula kau. Tak sempat aku nak lupa kau, aku dah kena balik kampung balik.” Qasyaf berseloroh.
Daiyan ubah riak diwajah. Rasa serba salah. “Sorry aku bukan mendoakan kau kena hantar sini balik. Aku..”
Daiyan memang macam ini, hatinya selembut dan semanis gula-gula kapas. Ramai yang tak nampak, termasuklah Qasyaf sebelum ini.
“Eh kau! Inikan kampung aku juga. Memanglah aku kena balik sini lagi.”
“Kau ni kan Syaf.” Daiyan datang dan mencubit lengan Qasyaf. “Syaf, perlu ke kau balik?”
Qasyaf senyum. Agak kelat. “Aku masih ada family. Aku rindu mereka. Sangat-sangat.”
Daiyan balas dengan senyuman. Dia juga tahu Qasyaf Ilmi sangat merindui keluarganya walau dia tak pernah tunjuk. Tapi kalau dah asyik meracau dalam tidur, siapa saja akan sedar yang Qasyaf sangat rindukan keluarganya.
Hon!
“Hah! Sampai dah papa kamu tu Syaf. Pergi mandi, masam sangat baunya.” Seloroh atok yang menjadi penonton dari tadi.
“Atok!”
Dibingitkan lagi dengan gelakan daripada Daiyan.
Sepi. Sejak sejam yang lepas Qasyaf dan papanya masing-masing membisukan diri. Qasyaf sekadar mendongakkan sedikit kepalanya memandang langit yang biru. Fikirannya penuh dengan kata maaf tapi sangat sukar dia nak keluarkan. Encik Fakhri pula seakan menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya. ‘Seakan’ sahaja bukan lah hakikatnya. Hakikatnya dia cuba mengorek idea untuk memecahkan kesunyian antara dia dan anaknya.
“Atok cerita Syaf rapat dengan Daiyan?” Akhirnya encik Fakhri berjaya memecahkan kesunyian mereka.
Qasyaf respon dengan anggukan.
“Kenapa diam je dari tadi? Tak nak kongsi apa-apa dengan papa ke? Lama dah kita tak jumpa.” Bukan dia tak terima perubahan anaknya itu tetapi biarpun dia mahu Qasyaf ubah perangainya tapi dia tetap rindukan Qasyaf yang dulu. Qasyaf yang selalu ada sahaja benda yang dia persoalkan.
Qasyaf menguis hujung T shirt labuh bawah punggung yang berwarna kelabu gelap. Lama dia diam membiarkan dirinya kuat untuk melafazkan kalimah maaf. Walaupun dia cuba untuk berubah, dia tetap tak buang perangai menangkan egonya.
“Syaf, say something please!”
“Atok suruh orang berubah jadi lebih baik.” Tutur Qasyaf sambil senyuman kelat dia hadiahkan pada papanya.
“Berubah jadi lebih baik bukan berubah jadi pendiamkan?”
Qasyaf terdiam. Dia bukan pendiam tapi dia malu dengan apa yang pernah dia lakukan dulu. Dia malu dengan dosa lalunya.
“I’m sorry pa.. sorry..”
Dahi encik Fakhri berkerut. Sekilas dia berpaling ke kiri melihat Qasyaf yang masih tunduk dan jarinya bermain dengan hujung bajunya. “About what?”
“About everything yang orang dah buat dulu. Expecially pasal..”
“Syaf.. benda dah lepaskan? Dah lama pun berlalu. Papa nak Syaf lupakan semuanya. Papa, bunda, abang dan yang lain sudah lama lupakan. Mereka pun dah maafkan Syaf.” Sekilas encik Fakhri memandang anaknya itu. Qasyaf masih tunduk dan menguis hujung T shirt-nya. Itu memang tabiat Qasyaf sejak dari kecil. Tiap kali dia takut atau serba salah, dia akan tunduk dan bermain-main dengan hujung bajunya.
“Yang penting sekarang ni semua orang sangat rindukan Syaf. Semua orang nak Syaf balik rumah. Ya?” senyum ikhlas dia hadiahkan.
Qasyaf senyum. Dia rasa tenang dan bahagia. Dia juga lega mendengar kata-kata papanya. Papa yang suatu ketika dahulu pernah hampir membuang dirinya dalam hidup mereka sekeluarga. Papa yang berada disebelahnya sekarang papanya yang dulu. ‘Dulu’ yang sebelum kejadian ngeri itu muncul dalam hidup mereka sekeluarga.
Tuhan, terima kasih untuk rasa bahagia ini. Aku teruk tapi Kau tak pernah tinggalkan aku sendiri. Kau sentiasa bawa aku ke jalan yang benar. Kau bagi semula keluarga yang aku pernah sakiti dulu. Tuhan, Kau benar wujud. Kau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Dia Qasyaf. Qasyaf Ilmi Al-Fakhri. Nama yang sepatutnya di eja dengan huruf ‘K’. Dan ditukar ke huruf ‘Q’ atas sebab papanya seorang pencinta huruf ‘Q’. Sama macam nama abangnya ‘Qausar’ yang selalunya di eja ‘Kauthar’ atau nama adiknya ‘Qaseh’ yang sepatutnya ditulis ‘Kasih’. Bagi encik Fakhri, huruf ‘K’ masih boleh ditukar ke huruf ‘Q’ sebab tidak akan mengubah maksud nama itu sendiri tapi kalau ‘Q’ yang ditukar menjadi ‘K’, ia mampu mengubah maksud sebuah nama. Contoh nama anak bongsu encik Fakhri, ‘Qolbi’ bila ditukar ke ‘Kolbi’ dan diganti ‘O’ ke ‘A’ yang selalunya orang eja Qalbi ke Kalbi diubah pula ke tulisan arab akan menghasilkan maksud yang sangat berbeza.
Ini kisah Qasyaf. Dia merupakan sang pratagonis yang juga antagonis dalam kisah hidupnya. Dia nak berubah. Dia tak mahu jadi antagonis lagi. Tapi dia dihantui dosa lalu. Dia tahu, sekali dia buat silap, selamanya benda itu akan menghantuinya.
YOU ARE READING
HIJAB QASYAF {Terbitan Jun 2019}
HorrorKisah yang terinspirasi dari kisah benar yang diolah dan ditokok tambah. BLURB HIJAB QASYAF - RM23/RM26 Hijab Qasyaf bukanlah hadir dengan semula jadi, tapi hijabnya terbuka atas hatinya yang hitam dan dendamnya dengan Nada, kakaknya. Qasyaf Ilmi me...