“Pintu mana pula yang terbuka malam ni? Lama benar bunyi alarm menyalak.” Soal Qaseh.
“Pintu yang tertera nombor 15, guess where? Pintu balkoni bilik Qolbi. Rasanya dah lama tak masuk bilik tu sebab Qolbi tidur bilik bunda dan papa sejak kes hari tu,” Terdengar suara Qausar menjawab.
Qaseh dah mula mendekati Qoyyim yang duduk disebelahnya. Telinganya terngiang suara Qasyaf yang pernah cakap bilik Qolbi ada makhluk yang menghuni.
“Ish jauh sikitlah! Panas! Ketiak dah lah bau masham!” Qoyyim menyakat sambil tangan menutup hidung.
“Ee orang pakai Nivea ok!”
Qoyyim buat muka jengkel.
“Korang perasan tak sejak akhir-akhir ni pintu akan terbuka tiba-tiba dan mesti lebih pukul 10 sebab kita pasang alarm before tu.”
“Orang dah perasan sejak mula lagi. Masa tu just ingat kita yang terlepas pandang. Tapi bila difikirkan balik, mustahil untuk pasang alarm kalau ada pintu yang tak ditutup.” Qoyyim buat gaya seorang detektif. “Mengikut kajian orang, masanya mesti lepas pukul 10 dan sebelum pukul 10 setengah.”
Qaseh buat muka mendengar ayat Qoyyim yang ‘mengikut kajian orang konon’.
“Jadi selama ini pintu tu terbuka lepas pasang alarm?” Qausar cuba mendapatkan kepastian. Rupanya selama ini bukan hanya dia saja yang merasa pelik tentang alarm yang berbunyi tiba-tiba selepas dipasang.
“Orang perasan macam tu lah. Yalah, kalau pintu terbuka sebelum pasang alarm tak akan lah alarm boleh menyalak pulakan?”
Qausar mencebik mendengar perlian adiknya itu.
Qaseh teringatkan sesuatu. “Korang ingat tak kejadian orang menjerit kat dapur minggu lepas sebelum kejadian Syaf black out? Orang ada cakap yang pintu dapur terbuka dengan sendiri depan mata orang dan Qolbi. Memang tak ada tangan. Serius orang tak tipu masa tu.”
“Entah-entah benda tu yang buka pintu rumah kita. Tapi apa motif dia?”
“Kan? Dah kenapa nak main buka pintu rumah pula? Dan lagi satu, korang ingat tak yang Syaf pernah bagi warning jangan dekat dengan batu yang diteduhi pokok tua tu?” Qausar pula menambah.
“Korang tak rasa ke semua benda ni ada kaitan dengan Syaf?” Qaseh dah mula bersekap jarang dengan kakaknya itu. “Sejak dia kembali dalam keluarga kita, macam-macam berlaku. Macam-macam gangguan yang kita terima.”
“Oi! Boleh tak jangan tuduh Syaf macam tu? Dia tak bersalah pun dalam hal ini. Dia pun alami apa yang kita semua alami. Mungkin lebih dari itu.” Qoyyim bersuara membela kakaknya....
Situasi pintu terbuka sendiri ini terinspirasi dari kisah saya dan kekuarga saya yang pada masa itu baru berpindah ke rumah baru..
seriuss .. hantu pintu benar benar wujud😎
YOU ARE READING
HIJAB QASYAF {Terbitan Jun 2019}
HorrorKisah yang terinspirasi dari kisah benar yang diolah dan ditokok tambah. BLURB HIJAB QASYAF - RM23/RM26 Hijab Qasyaf bukanlah hadir dengan semula jadi, tapi hijabnya terbuka atas hatinya yang hitam dan dendamnya dengan Nada, kakaknya. Qasyaf Ilmi me...