9
“Qolbi ada di dalam ke? Anak saya ada datang sini untuk ambil Qolbi?” Encik Fakhri bertanya pada wanita yang bekerja di nursery tempat Qolbi dihantar tiap pagi hari kerja.Wanita itu mengerutkan dahinya. Kemudian dia menggeleng. “Tak ada pulak encik. Encik nak ambil Qolbi ke sekarang? Dia tengah tidur dalam bilik.”
Encik Fakhri beristighfar panjang. Dia memandang ustaz Akram yang berdiri disebelah kanannya.
Ustaz Akram hanya menggelengkan kepalanya.“Petang ni isteri saya akan ambil Qolbi. Saya pergi dulu. Terima kasih.” Encik Fakhri dan ustaz Akram menuju ke arah kereta masing-masing. “Kalau Qolbi ada dekat sini.. kenapa anak saya cakap dia tak ada?” Dia bertanya pada ustaz Akram. “Ustaz rasa ni ada kaitan dengan apa yang saya ceritakan pada ustaz?”
“Cuba encik Fakhri tanya isteri encik sama ada dia ada suruh ambil Qolbi atau tak?”
Terus sahaja encik Fakhri mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor isterinya. “Lia.. awak ada suruh abang ambil Qolbi tak?”
“Tak ada pulak kenapa?”
“Tak ada? Awak pasti?”
Disebalik sana puan Aulia mengerutkan dahinya. “Mestilah saya pasti.”
“Okaylah kalau macam tu.” Encik Fakhri meletakkan panggilan tersebut apabila dia mendapat panggilan daripada orang lain. “Hah abang.. Qolbi ada je di nursery sekarang ni. Papa dah check sendiri.”
Panggilan senyap tanpa suara.
“Abang?”
Panggilan tetap senyap.
“Abang?”
“Haha.. mereka milik aku.. nyawa harus diganti dengan nyawa.. haha..” Suara yang menggerunkan datangnya dari panggilan Qausar.
Automatik encik Fakhri memandang ustaz Akram. Tangannya laju membuka pintu kereta. Hatinya berdebar hanya Allah sahaja yang tahu.
“Ustaz.. anak saya..”Ustaz Akram faham akan apa yang ingin encik Fakhri sampaikan. Dia juga turut membuka pintu kereta dan memandu mengejar kereta encik Fakhri yang sudah memecut laju meninggalkan kawasan perumahan yang mereka jejaki tadi.
Dalam perjalanan ke rumah encik Fakhri, sempat juga ustaz Akram menelefon beberapa rakannya yang pandai dalam bab-bab seperti ini sebagai langkah berjaga-jaga.
Qoyyim dan Qaseh yang baru sahaja tiba dihadapan pintu pagar rumah banglo mereka terkejut dengan berita yang baru saja masuk ke telinga masing-masing. Mereka juga tidak dibenarkan melepasi pintu pagar utama sehingga Qausar pulih dari dirasuk. Suara kasar yang merasuk Qausar sangat jelas kedengaran. Suara itu umpama cuba mempermainkan ustaz Akram yang sedang berusaha mengeluarkan makhluk itu dari tubuh Qausar.
Qoyyim cuba melepasi ustaz yang mengawal pagar. “Saya cuma nak tolong je.” Ujarnya saat ustaz itu menghalang jalannya.
Lelaki yang berjubah putih itu menggelengkan kepalanya. “Maaf dik. Keadaan dalam rumah adik sekarang tak mengizinkan. Lebih baik adik tunggu diluar.”
“Tapi..” Ayatnya terhenti bila sekali lagi suara gerun itu menjerit kasar.
“Ah panas! Panas!”
Qoyyim agak terkejut apabila Qaseh memegang tangannya. Tangan Qaseh sejuk dan menggigil ketakutan. Matanya merah. Lama kelamaan tangisannya terhambur keluar. Dia yang lelaki ni pun takut, apatah lagi Qaseh. Qoyyim mengambil keputusan untuk duduk diluar dan tunggu sehingga keadaan di dalam rumah kembali pulih seperti biasa. Belakang Qaseh digosok perlahan bagi mengurangkan ketakutan adiknya itu.
YOU ARE READING
HIJAB QASYAF {Terbitan Jun 2019}
HorrorKisah yang terinspirasi dari kisah benar yang diolah dan ditokok tambah. BLURB HIJAB QASYAF - RM23/RM26 Hijab Qasyaf bukanlah hadir dengan semula jadi, tapi hijabnya terbuka atas hatinya yang hitam dan dendamnya dengan Nada, kakaknya. Qasyaf Ilmi me...