Bab 6

183 19 0
                                    

6
Qasyaf membaringkan dirinya di atas katil. Anak matanya berlari seiring dengan kipas yang berpusing. Satu keluhan berat dia lepaskan. Selalunya bila dia berhadapan dengan makhluk halus yang hodoh itu, imaginasinya penuh dengan rupa mereka. Tetapi malam ini telinganya pula sibuk bermain kata-kata bunda tadi. Marah benar bunda dengannya.

“Syaf, ini amaran terakhir bunda. Kalau tidak, bunda hantar kamu tinggal dengan atok di kampung. Degil sangat!” Bagus juga kalau tinggal dikampung dari tinggal di sini dengan makhluk-makhluk yang menakutkan tu. Itu yang bermain difikiran Qasyaf setiap kali dia teringat amaran bundanya tadi.

Qasyaf bangun dari pembaringannya dan menghala ke meja belajar. Dia mengeluarkan pembalut buku di dalam laci sebelah kiri dan mengambil gunting dan sellotape yang berada di atas meja. Kemudian dia meletakkan semua buku-buku teksnya di atas permaidani untuk dibalutnya.

“Buku pinjaman kena jaga betul-betul. Ini bukan hak individu.” Ayat yang selalu kak Nada ungkapkan.

‘Tok! Tok!’ Pintu bilik diketuk sebelum dikuak perlahan.

“Syaf, boleh papa masuk?” 

“Masuklah pa.”

Papa duduk di atas kerusi belajar Qasyaf. “Kenapa tak tidur lagi? Esokkan cuti. Boleh balut buku-buku teks ni.”

Qasyaf sengih. “Saja. Terlebih rajin pulak malam ni.”

Papa menggosok ubun Qasyaf seperti selalu. Dia masih rasa serba salah pada Qasyaf atas apa yang berlaku dulu dan tadi. Dulu dia tidak ambil apa-apa tindakan apabila isterinya selalu melepaskan amarah pada Qasyaf sehingga dia lupa anaknya itu juga perlukan perhatian dan kasih sayang.

“Jangan ambil hati dengan apa yang bunda katakan. Syaf tahulah bunda tu, dia mana suka benda-benda yang berkait dengan makhluk halus ni. Cuba Syaf pujuk bunda dan rapat dengan bunda, mungkin dia akan percaya kata-kata Syaf suatu hari nanti.”

Tangan Qasyaf yang sedang menggunting pembalut buku terhenti. “Orang tak pandai bab-bab memujuk ni pa. Mau bunda terkejut beruk bila orang buat macam tu nanti.” Betul, dia bukan Qausar dan Qoyyim yang pandai ambil hati bunda mereka.

“Pergi berguru dengan abang dan Ayim. Budak berdua tu juara dalam pertandingan menyejukkan hati puan Raden Aulia.” Gurau papa bila teringatkan tingkah laku dua anak bujangnya yang banyak akal itu.

Qasyaf tergelak geli hati. “Papa ni... pa lah pergi belajar dulu, dah mahir baru pa ajar orang pulak.”

“Aik! Papa pulak yang kena.” Hinggar suasana di dalam bilik Qasyaf dengan gelakkan dua beranak itu. “Okaylah Syaf, papa nak masuk tidur dulu. Jangan tidur lewat sangat. Kalau tak habis balut, sambung esok.”

“Okay. Malam.”

Encik Fakhri melangkah menuruni tangga dengan perasaan lega. Lega hatinya dapat menghiburkan Qasyaf. Dia tidak mahu lagi meninggalkan Qasyaf sendirian. Kata ayahnya, syaitan sangat suka dengan manusia yang menyendiri. Mereka akan cuba berkawan dengannya.

“Pa.. Pa..”

Langkahan encik Fakhri terhenti saat dia terdengar suara memanggilnya. Suara itu datangnya dari atas. Dia berlari semula ke atas. Matanya tercari-cari suara yang memanggil dalam nada ketakutan itu.

“Pa.. tolang Qolbi.. pa…”

Qolbi? “Qolbi kat mana?” Dia memanggil sambil berlari ke loteng bila menyedari suara itu datangnya dari loteng. “Apa Qolbi buat kat atas tu? Lotengkan tak siap kemas lagi.”

“Pa.. gelap sangat.. takut.”

Encik Fakhri yang baru sampai dipintu loteng, memulas tombol pintu. Pintu terkunci dari dalam. “Qolbi, cuba buka pintu dari dalam. Pintu ni terkunci.” Tiada suara yang menyahut. “Qolbi, dengar tak papa suruh ni?” Dia bertanya sambil mengetuk pintu loteng. “Qolbi…”

HIJAB QASYAF {Terbitan Jun 2019}Where stories live. Discover now