Qasyaf terjaga apabila kereta yang dipandu papa berhenti dihadapan rumah banglo yang baru dibina. Rumah banglo dua tingkat setengah ini baru dua minggu siap dibina. Dan hari ini keluarganya secara rasmi merasmi rumah ini. Mata yang mula segar bertambah segar apabila dihujani pemandangan yang hanya dia sahaja yang boleh melihatnya. Bulu romanya bagaikan berlumba-lumba untuk merinding ketakutan.Rumah apakah ini? Tanah apa yang mereka jejaki? Itu yang berlegar difikiran Qasyaf saat anak matanya berlari memandang hadapan.
“Okay! Jangan lupa tolong papa angkut keluar barang-barang ya. Papa tak nak tengok ada yang lengang kangkong.” pesan Papa.
Tanpa sedar Qasyaf melepaskan keluhan berat tapi dia cuba untuk sembunyikannya. Baru kemarin dia pulang ke pangkuan keluarganya setelah hampir enam bulan tinggal bersama atok dikampung. Dia tak mahu ada lagi sengketa antara mereka dan dia. Sejak kemarin secara pandangan purata mata manusianya, mereka sekeluarga menerima baik kepulangannya. Perlu ke dia beritahu mereka apa yang terhidang di depan matanya saat ini? Banglo agam ini bukan banglo biasa. Penghuninya juga bukan untuk manusia!
“Pa..”
Qausar, abang kepada Qasyaf membuka pintu kereta. Dia turun dan menggeliat. Perjalanan tiga jam setengah dari rumah lama mereka agak memenatkan sendi dan otot badan.
“Kenapa Syaf?”
“Tak ada apa.” bunyi pintu yang dibuka Qausar membuatkan Qasyaf tidak jadi bertanya dari mana papanya beli tanah untuk buat rumah banglo ini.
“Macam mimpi je kita pindah masuk rumah besar macam ni,” Qausar bersuara sambil mengangkat beg galas ke bahunya. “Abang nak bilik depan, pa dah janjikan?”
“Asalkan abang tolong papa angkat beg-beg dalam kereta tu.”
Qausar angkat tabik tanda dia akan menurut arahan papa. Tak susah manapun nak angkat barang-barang dalam bonet itu tapi yang susahnya bila ada orang yang senang lenang berdengkur tanpa mempedulikan kepenatan orang lain. Mata Qausar mula tidak puas hati melihat adik perempuannya enak berdengkur dikerusi hujung belah kiri kereta. Mulutnya didekatkan ke telinga Qaseh.
“Oi bangun lah!”
Terus terjaga adiknya itu. “Abang!”
“Ingat tuan puteri ke hah? Bangun tolong abang dan yang lain angkat beg kat belakang.” bebel Qausar sambil bercekak pinggang. “Qaseh sayang! Amboi sesedap je kau angkat patung kau lepas tu tinggal beg kau kat belakang macam tu je!”
Qaseh menjelir lidahnya dan berlari masuk ke dalam rumah banglo mereka tanpa mempedulikan arahan Qausar yang suka sangat tambah sayang.
“Tak patut. Abang ingat dengan cara abang jerit kat telinga Qaseh tu dia akan dengar cakap abang. Tet! Memang tak lah.”
Lantas beg yang berat itu diletakkan ke atas tangan Qasyaf. “Korang berdua ni sama saja.”
Terkebil-kebil Qasyaf mengangkat beg tersebut. “Abang!” Kurang asam punya abang!
Qasyaf hanya mampu merungut. Selesai menghantar tubuh Qausar dengan ekor matanya, dia alihkan pula pandangan ke garaj kereta. Kepala digeleng laju bila budak lelaki tak berbaju tersengih padanya. Budak lelaki itu mungkin dalam lingkungan umur tujuh ke lapan tahun. Tubuhnya kurus tetapi perutnya agak boncet.
“Jangan cakap dia nak..” cepat-cepat Qasyaf membuka langkah seribu bila budak lelaki itu berlari ke arahnya. “Gila ke apa budak tu?” bebelnya sendirian bila kakinya berjaya mendarat ke dalam rumah.
“Siapa yang gila ni Syaf?” soal papa yang muncul tiba-tiba.
“Pa… terkejut orang!”
“Ada-ada saja lah kamu ni Syaf.” Papa melangkah ke kereta semula.
YOU ARE READING
HIJAB QASYAF {Terbitan Jun 2019}
HorrorKisah yang terinspirasi dari kisah benar yang diolah dan ditokok tambah. BLURB HIJAB QASYAF - RM23/RM26 Hijab Qasyaf bukanlah hadir dengan semula jadi, tapi hijabnya terbuka atas hatinya yang hitam dan dendamnya dengan Nada, kakaknya. Qasyaf Ilmi me...