Insya-Allah cerita ni bakal diterbitkan.. bila? tu Far xpasti lagi.. mungkin awal atau tengah atau akhir tahun dpn..😊 tajuknya berbeza dan ada sedikit penambahan dlm naskah bakal terbit yg tiada dlm ni..
Far sajikan sekali dgn lagu Misteri... lirik dia mcm ada kaitan dgn cerita Qasyaf ni🙄 apa kaitannya? kena tunggu lah😎
....
Bab 10
Suasana ruang tamu rumah banglo agam itu menjadi agak kecoh. Ustaz Akram dan tiga orang rakannya membaca ayatul kursi berulang-ulang kali. Mereka juga menyuruh yang lain membacanya. Baca dengan kuat dan yakin. Makhluk yang merasuki Qasyaf bukanlah makhluk yang sama merasuki Qausar. Makhluk itu jauh lebih kuat dan degil.
“Apa yang kau mahukan dari budak ini?” Jelas dan tegas suara ustaz Akram bertanya.
Disambut dengan suara mengilai yang amat menyeramkan. “Nyawa budak ini. Haha!”“Jangan harap! Sekali pun aku tak akan izinkan. Siapa yang hantar kau ke mari?”
Makhluk itu hanya mengilai. Sesekali lidah Qasyaf terjelir keluar.
“Siapa yang hantar kau ke mari?”
“Kau ingat senang macam tu je ke aku akan jawab?”
“Apa yang kau inginkan?”
“Hahaha! Nyawa budak Ini! Memang hobi manusia ke suka bertanya soalan yang sama banyak kali?” Makhluk seperti itu pun pandai bersarkastik.
Ustaz Akram sedaya upaya menahan amarahnya. Itu memang kerja syaitan. Suka sangat mempermainkan manusia. “Aku masih berlembut dengan kau. Sebelum aku bertindak menyakiti kau, beritahu siapa tuan kau?”
“Inderawan! Tapi atas persetujuan budak ini dan Inderawan sendiri.”
Perjanjian apa pula kali ini? Syaf masih tidak serik lagi ke atas apa yang sudah berlaku dulu? Encik Fakhri bertanya pada dirinya sendiri.
“Tipu! Syaf tahu mana yang betul dan mana yang salah. Keluar dari tubuh anak aku sekarang syaitan terkutuk!”
Qasyaf tersengih mendengar amarah papanya. Kemudian dia menggilai dengan kuat. Kedudukannya yang berada di siling rumah tiba-tiba sahaja dengan pantas berada di sebelah encik Fakhri. Dia yang sedang bercangkung disebelah papanya, menyeringai.
“Kau tak kenal lagi siapa sebenarnya puteri kau ni, Al-Fakhri! Dia mampu buat jauh lebih teruk dari ini, seperti mana dia hapuskan saudara kandungnya sendiri. Atau kau nak aku buktikan dengan cara dia hapuskan ayah kandung dia? Hahaha!” Tangan runcing Qasyaf mencekik encik Fakhri. Tenaga encik Fakhri yang sepatutnya jauh lebih kuat dari tenaga Qasyaf langsung tidak dapat melawannya. Qausar dan Qoyyim yang berada disebelah encik Fakhri berusaha melepaskan papa mereka dari cengkaman Qasyaf.
“Jangan kacau aku!” Marah Qasyaf apabila ustaz Akram memegang ubunnya sambil membaca ayat ruqyah. Cengkaman dileher papanya dilepaskan dan dia terus mencakar muka ustaz Akram sehingga meninggalkan kesan calar. Puas hatinya.Tidak sedikit pun apa yang diusahakan ustaz Akram terkesan pada mahkluk yang berada dalam tubuh Qasyaf. Dia kemudiannya menyuruh tiga orang rakannya duduk mengelilingi Qasyaf. Seorang di depan, kiri dan kanan Qasyaf. Manakala ustaz Akram berada dibelakang Qasyaf.
Mata Qasyaf tetap bulat umpama hampir terkeluar biji matanya. Sebelum ustaz Akram memulakan bacaan ruqyah syar'iyyah, ustaz Akram meminta izin encik Fakhri untuk memegang belakang Qasyaf. Dia angguk tanda membenarkan.“Aku jauh lebih berkuasa daripada kalian! Persetujuan harus ditunaikan, dia sudah berjanji. Aku hanya menuntut janjinya!”
Ustaz Akram dan yang lain tidak membalas apa yang makhluk itu katakan. Mereka masih tetap membaca ayat ruqyah tanpa henti dan berulang-ulang kali.
YOU ARE READING
HIJAB QASYAF {Terbitan Jun 2019}
HorrorKisah yang terinspirasi dari kisah benar yang diolah dan ditokok tambah. BLURB HIJAB QASYAF - RM23/RM26 Hijab Qasyaf bukanlah hadir dengan semula jadi, tapi hijabnya terbuka atas hatinya yang hitam dan dendamnya dengan Nada, kakaknya. Qasyaf Ilmi me...