4
Hari ini hari pertama mereka kembali ke sekolah selepas ponteng selama dua hari atas faktor berpindah ke rumah baharu. Qoyyim dan Qaseh masuk ke sekolah yang sama seperti sebelumnya, cuma mereka sudah tidak layak untuk tinggal di asrama kerana jarak antara sekolah dengan rumah baru mereka hanya empat kilometer. Qasyaf yang sebelum ini bersekolah di Kuantan berpindah ke sekolah yang sama dengan adik-beradiknya yang lain. Manakala Qausar akan mendaftar masuk ke tingkatan enam bawah hari ini. Sepatutnya dua hari lepas lagi pendaftaran tingkatan enam bawah, tetapi dia hanya menunjukkan muka pada hari tersebut tanda dia akan mengambil tingkatan enam di sekolah yang sama.“Siput lah abang ni, nanti kena denda.” Qaseh membebel seperti biasa. Dari sekolah rendah sampai sekarang dia, Qausar dan Qoyyim bersekolah di sekolah yang sama. Maka dia sudah terlampau lali dengan kelambatan siput abang sulungnya itu. Kalau masa zaman balik asrama dulu, pintu pagar dah terkunci baru sampai depan asrama. Itu pun dia diajar ikut laluan fly yang digunakan oleh budak-budak kaki fly. Sabar je lah. Yang hairannya, nama Qausar tetap menjadi perbualan guru-guru. Mentera apatah yang diguna abangnya sampai guru sayang sangat dengan dia.
“Rileks lah. Hidup kena selalu rileks baru cerah masa depan.” Balas Qausar sambil mengunyah mee goreng.
“Ish! Bunda tengok abang ni.. Nonsense gila pepatah dia.” Qaseh mengadu domba seperti biasa. “Kita dah lambatlah siput!”
“Yalah-yalah. Kurang kasih sayang betul budak sorang ni.”
“Abang.. bunda pun dah lambat ni.. cepat habiskan makanan tu. Mana yang lain? Bunda tak nampak pun?”
Qaseh menjelir lidah tanda kemenangan berpihak padanya. Qausar pula sekadar buat tak tahu saja.
“Ayim nak naik basikal. Syaf ikut saya sebab kena daftar sekolah.” Papa yang menjawab.
Bunda menganggukkan kepalanya. Hari ini dia kena pergi hospital semula manakala suaminya masih berbaki sehari cuti. “Nanti bawa Qolbi sekali. Jangan biar dia sorang-sorang di rumah.”
“Hmm..”
“Dah jom gerak!”
Papa dukung Qolbi dan membawanya ke ruang tamu sambil menunggu Qasyaf turun ke bawah. Jam sudah menunjukkan pukul 7.45 pagi tetapi batang hidung Qasyaf langsung tidak kelihatan. Isteri dan anak-anaknya yang lain sudah dua puluh minit meninggalkan rumah.
“Syaf!”
‘Dush!’ Terdengar pintu bilik atas terbuka dan tertutup berselang seli dengan bunyi tapak kaki yang berlari.
“Syaf! Buat apa tu? Dah lambat nak daftar sekolahkan?” Soal papa walau pada mulanya otaknya berfikir kejadian malam tadi. “Qasyaf!” Panggilnya lagi.
Jelas bunyi tapak kaki berlari turun ditangga. “Pa!”
“Allah!” Luluh sesaat jantung papa apabila orang yang memanggilnya bukanlah Qasyaf. “A.. Ayim tak pergi lagi?”
“Eh papa okay tak ni? Pucat je muka.”
Papa beristighfar tiga kali bagi menenangkan hatinya. “Ayim tak pergi sekolah lagi ke? Dah lambatkan sekarang.”
“Orang cari Syaf. Dari pagi tadi lagi orang tak nampak dia. Bunda cakap Syaf dalam bilik air tapi kosong je orang tengok. Bilik dia pun kosong.”
“Ayim dah cari semua tempat ke?” Tanya papa kegelisahan dan di sambut dengan anggukkan dari Qoyyim. “Luar rumah?”Mukanya agak terkejut. “Belum lagi.”
Lantas kaki mereka mengorak untuk keluar rumah sambil mulut mereka menjerit memanggil nama Qasyaf. Betul sangkaan Qoyyim, Qasyaf yang keluar dari bilik papa dan bunda pagi tadi bukan Qasyaf yang sebenar. Sebab dia langsung tidak menjawab setiap orang yang menegurnya. Matanya juga sangat seram untuk dipandang.
YOU ARE READING
HIJAB QASYAF {Terbitan Jun 2019}
HorrorKisah yang terinspirasi dari kisah benar yang diolah dan ditokok tambah. BLURB HIJAB QASYAF - RM23/RM26 Hijab Qasyaf bukanlah hadir dengan semula jadi, tapi hijabnya terbuka atas hatinya yang hitam dan dendamnya dengan Nada, kakaknya. Qasyaf Ilmi me...