Bab 8

178 19 0
                                    

8
Qasyaf menongkatkan kepalanya dengan tangan kanan. Dia melontarkan pandangan dipadang dihadapannya. Gazebo itu hanya dihuni olehnya. Fikirannya masih terbayang wajah manis milik Nada yang tersenyum padanya tadi. Dia mengeluh perlahan. Sudah penat dia bermain dengan teka-teki ini lagi. Ke mana sahaja dia lari, bayangan Nada tetap bersamanya. Nada kali ini hanya bayangan atau realiti?

“Oi! jauh termenung?” Qausar yang baru sampai di gazebo bertanya. Dia duduk dihadapan Qasyaf.

“Ish abang ni! Suka sangat terkejutkan orang.” Qasyaf merungut. “Jom balik.” Dia bangun dan menyandang beg.

Qausar tersenyum senget. Dia membuntuti adiknya yang sudah dahulu berjalan  ke hadapan. Selesai membuka kunci basikal yang bernombor itu, mereka menolak basikal sehingga ke kawasan yang tidak berapa berbukit.

“Kejap. Ada orang call abang.” Qausar mengeluarkan smartphonenya yang bergetar di dalam kocek seluar.

Cis! Bawa handfone. Omel Qasyaf apabila melihat abangnya mengeluarkan smartphone dihadapannya.

“Tolong bunda ambil Qolbi kat nursery. Bunda ada hal tiba-tiba sekarang.” Suara bunda disebalik sana.

“Bunda hantar wassap alamat nursery Qolbi.”

“Okay. Nanti bunda hantar. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Belum sempat Qausar mematikan telefonnya. Dia bersuara ingin tahu. “Eh! mana bunda tahu abang bawa handfone?” Rasanya dia berusaha untuk merahsiakan perbuatannya bawa telefon ke sekolah sejak dirampas tahun lepas. Teruk juga dia kena leter dengan papa dan bundanya.

“Macamlah bunda tak kenal kamu, Qausar. Bawa handfone ke sekolahkan tabiat abang sejak form 1 lagi. Bunda berleter panjang pun abang tetap bawak jugakan?”

Qausar garu kepala sambil bibir tersengih.

“Okaylah. Jangan lupa ambil Qolbi.”


Perjalanan yang memakan masa hampir lima belas minit itu berakhir apabila mereka sampai disimpang masuk ke lorong rumah nursery. Kayuhan basikal dua beradik itu terhenti dihadapan rumah teras berwarna kuning dan oren. Riuh suara kanak-kanak kedengaran sampai ke luar.

Qausar dan Qasyaf meletakkan basikal mereka di tepi pagar sebelum Qausar menekan loceng yang disediakan. Selang beberapa saat, kelihatan seorang wanita yang mungkin dipertengahan tiga puluhan keluar. Dia melontarkan senyuman kepada dua beradik itu.

“Ya, cari siapa?” Soalnya kepada Qausar dan Qasyaf.

“Saya Qausar. Abang kepada Qolbi. Bunda kami ada hal tiba-tiba, so bunda suruh kami ambil Qolbi.” Terang Qausar.

Wanita itu mengerutkan dahinya. “Qolbi? Pagi tadi memang encik Fakhri datang, tapi dia hanya hantar beg besar. Sekejap saya pergi ambil beg tu.” Wanita itu terus masuk ke dalam rumah. Kemudian dia keluar dengan menjinjing beg yang dimaksudkannya.

Qausar dan Qasyaf sudah tak sedap hati mendengarnya. Mereka sendiri nampak papa masukkan Qolbi ke dalam kereta pagi tadi. Bila masa pula papa mereka bawa beg besar yang ditunjukkan wanita dihadapan mereka sekarang ini.

“Encik Fakhri hantar beg besar ni pagi tadi. Tapi Qolbinya tak ada. Tu yang saya pelik. Saya tengok dia kelam kabut nak pergi kerja, tak sempat saya nak tanya pada dia.”

“Abang..?” Qasyaf bersuara bimbang. Tak akanlah apa yang mereka nampak pagi tadi itu sebenarnya makhluk yang menyerupai adik mereka.
Maknanya sekarang Qolbi berada di dalam rumah banglo itu seorang diri. Dari pagi tadi lagi!

Pantas mereka berlari mendapatkan basikal yang berada dipagar tanpa sempat mengucapkan terima kasih kepada wanita itu. Wanita itu hanya mengerutkan dahinya melihat tingkah laku dua beradik itu.

HIJAB QASYAF {Terbitan Jun 2019}Where stories live. Discover now