Teaser i

187 17 5
                                    

Bab 10 ialah bab terakhir yang Far letak kat wattpad-portal ilham.. tapi Far akan bagi sikit-sikit teaser bab seterusnya. Nak baca sampai habis.. kenalah tunggu novelnya terbit. Doakan ya🤗

oh ya.. perkenalkan hero Qasyaf dalam citer ni.. dia ade je muncul dlm 10 bab awl tu tapi secoet je.. walaupun citer seram tapi kalau tak ada cinta barang sedikit.. citer tu bagai kuburan yang sunyi😂 ceh!

Kaki Qasyaf melangkah ke dalam kelas. Sunyi. Lampu pun hanya dibahagian hadapan sahaja menyala. Dia mendekati suiz lampu dan membuka dua lagi suiz yang tertutup.

Langkahnya dihentikan saat dia melihat ada makhluk kenet yang sedang bermain dirambut pelajar lelaki yang duduk disebelanhnya. Liurnya tertelan untuk memilih sama ada mahu tolong alihkan atau biarkan saja. Makhluk itu kurang menyeramkan kerana fizikalnya persis toyol dan berambut sedikit. Qasyaf memberanikan diri untuk menghalaunya.

“Shuhh.. shh..” Dah macam penghalau hantu aje kerjanya.

Makhluk itu mengerut dahinya. Mukanya ketakutan. Lalu dia menyorok disebalik wajah pelajar lelaki tersebut.

Elok saja dia tidur di dalam kelas. Memang hobinya tidur ke apa? Itu yang bermain difikiran Qasyaf.

Sekali lagi Qasyaf cuba menghalau. “Shh.. pergi main jauh-jauh.”

Suara Qasyaf menyebabkan pelajar lelaki itu menggeliat. Kemudian dia menguap. Kantuknya masih terlihat. Tak semena-mena dia dan Qasyaf bertentangan. Untuk pertama kalinya mereka melihat muka masing-masing. Qasyaf macam kena bius. Terdiam seribu bahasa. Tak sangka pelajar yang suka tidur disebelahnya itu mempunyai wajah yang sedap mata memandang. Manakala pelajar lelaki itu terkejut melihat wajah Qasyaf. Sehingga perbuatannya yang mahu mengeliat untuk kali kedua menyebabkan dia terjatuh ke belakang.

“Ouch!” Rintihnya.

Qasyaf tak tahu nak gelak ke nak tolong. “Err awak okey?” yang dia mampu buat hanya bertanya.

Pelajar lelaki itu tidak membalasnya. Dia lantas bangun dan duduk semula dikerusinya tanpa mempedulikan Qasyaf. Jantungnya berdenyut laju. Malu dan terkejut. Mata biru itu tak akan pernah dia silap tengok. Bila masa pula budak mata biru ni belajar dalam kelas ni? Soalnya dalam hati.

Qasyaf sekadar mengangkat kedua bahunya dengan reaksi jiran sebelahnya itu. Pandangannya dialihkan ke arah Nada yang duduk dihadapannya sambil merenungnya. Seriau rasa hati. Makhluk kenet itu pun menyorok apatah lagi dia. Entah bila kakaknya mahu tenang.

“Bawa belaan masuk sekolah ke?” Seperti sindirin halus berbisik di telinga Qasyaf.

“Belaan?” Hairan Qasyaf dengan pertanyaan itu.

Dia berdecit.

“Awak nampak apa yang saya nampak?”

Dia pandang sekilas Qasyaf dan melentokkan kepalanya di atas meja semula.

Eh sombong terlebih pula mamat sorang ni! Tajam saja jelingan yang Qasyaf lontarkan.

HIJAB QASYAF {Terbitan Jun 2019}Where stories live. Discover now