7
Qasyaf hanya mengikut adik-beradiknya mengayuh basikal menuju ke sekolah mereka. Sekolah baru untuk Qasyaf. Sekolah ini agak di atas bukit, jadi sampai sahaja di jalan yang menuju ke sekolah, mereka berempat turun dari basikal dan berjalan sambil menolaknya naik ke atas.“Abang macam biasa!” Qaseh terus mengambil beg sandangnya dalam raga dan berlari menaiki tangga menuju ke tapak perhimpunan.
“Macam biasa jugak.” Qoyyim sengih sambil turut mengikut jejak langkah adiknya.
“Kurang asam!” Qausar mengetap bibir. Geram dengan perangai dua orang adiknya itu. Setiap kali hari isnin semenjak mereka tidak tinggal di asrama, pasti dia dibuli untuk meletakkan basikal ditempat khasnya. Dan mengunci basikal dua orang adiknya itu. Alasan mereka, dah lambat. Pengawas kena datang awal ke tapak perhimpunan.
Telinga Qausar terdengar gelakkan orang yang berada di belakangnya.
“Tak sangka abang kena buli dengan budak berdua tu. Kesian-kesian. Orang sangat bersimpati.” Perli Qasyaf dengan mimik muka kesian untuk menyakat abangnya. “Teruskan usaha. Tolong yang ni sekali ya? Sayang abang.” Dia melangkah menaiki tangga yang dinaiki dua orang adiknya itu.
“Syaf!” Nasib badan. Malas nak menjerit memanggil Qasyaf lagi, Qausar terus menyusun satu-persatu basikal adiknya dan mengunci tayar basikal pada tiang yang dikhaskan.
Langkahan Qasyaf mati saat dia terpandang empat bangunan yang agak lusuh di sebelah kanannya. Dua di hadapan dan dua dibelakang. Bangunan didepan tertulis ‘Aspura’ dan bangunan dibelakang tertulis ‘Aspuri’. Pemisah antara dua bangunan hadapan dan belakang ialah sebuah bangunan panjang setingkat. Mungkin dewan makan asrama.
Matanya menangkap makhluk berbulu yang bertaring dan besar dibelakang asrama Aspuri. Makhluk itu bermata merah. Di atas bumbung dewan makan pula, ada satu makhluk yang bertenggek tanpa kepala dan kaki. Setiap aras bangunan Aspura dan Aspuri pula, ada pocong yang tergantung dengan kepala terkeluar dari kain kapan. Umpama pocong-pocong itu penjaga di setiap aras asrama.
“Gila!” Itu saja yang mampu dia lafazkan sekarang.
Kakinya terpaku dengan apa yang berada dihadapannya. Kalau semua makhluk itu berada dekat dengannya sekarang, pasti dia sudah berlari macam orang tak betul. Macam manalah pelajar sekolah ni boleh bertahan tinggal di asrama yang terlampau banyak penghuni. Penghuni yang sangat menyeramkan. Patutlah sebelum ni Qaseh bersungguh-sungguh minta pada papa dan bunda tak nak duduk asrama.
“Oi! Sekolah atas lagi.” Qausar menyergah Qasyaf yang terpaku memandang bangunan asrama sekolah mereka.
Dek kerana terkejut dengan sergahan Qausar, dia memukul lengan abangnya. “Ish! Abang ni… terkejut lah.”
Qausar sengih tak bersalah. “Kenapa? Ada nampak hantu ke dekat asrama tu?”
“Ada. Sebelah abang pun ada hantu bertenggek dekat tiang.” Sakatnya.
“Betul ke?” Qausar tidak berani berpaling.
Qasyaf melepaskan tawanya apabila menyedari kepucatan muka Qausar. Kalaulah ada hantu dekat tiang itu, pasti dia sudah lama larikan diri. “Main-main je lah. Penakut!”
Pantas tangan Qausar menyekih kepala adiknya itu. Sejak matanya menjadi saksi betapa hodohnya makhluk yang dipanggil hantu itu, dia sangat takut kalau dia terserempak dengan makhluk itu lagi. Seram. Buat tak lena tidur saja.
“Abang! Mati lemas orang macam ni.” Rungut Qasyaf yang sedaya upaya berusaha melepaskan dirinya.
Bunyi loceng sekolah memberhentikan perbuatan Qausar. Dia melihat jam ditangannya. “Syaf, perhimpunan dah nak mula. Kalau tak nak tayang muka dekat astaka sekolah, silalah berangan di sini lagi.” Qausar melangkah meninggalkan Qasyaf.
YOU ARE READING
HIJAB QASYAF {Terbitan Jun 2019}
HorrorKisah yang terinspirasi dari kisah benar yang diolah dan ditokok tambah. BLURB HIJAB QASYAF - RM23/RM26 Hijab Qasyaf bukanlah hadir dengan semula jadi, tapi hijabnya terbuka atas hatinya yang hitam dan dendamnya dengan Nada, kakaknya. Qasyaf Ilmi me...