Net

664 32 5
                                    

Masa graduasi baru aku tahu dia sebenarnya anak kepada pemilik hotel yang berjaya di Malaysia dan satu-satunya pewaris yang ada.

Nuranisah Raisara, nama yang sedapkan. Tapi dia seorang yang merendah diri.

Aku dapat sambung belajar dengan dia dibahagian kewangan pun sebab dapat biasiswa. Kami mengambil jurusan kewangan. Tapi aku melompat bidang.

Ehh...

Dipaksa melompat ke bidang masakan. Anis kata dia nak aku sentiasa ada dengan dia, tak sibuk sangat. Selepas diploma, aku dapat tawaran untuk sambung belajar ke luar negara. Tapi aku terpaksa tolak. Sebab ibu masuk hospital, dia koma sampai sekarang. Ayah pula meninggal dalam kemalangan. Dan dia tinggalkan hutang yang banyak.

Kami bukan dari keluarga susah. Tapi kenapa ayah berhutang pun aku tak tahu. Lagipun ayah dah meninggal menyebabkan aku tak tahu sebabnya.

Anis lah yang banyak menolong aku dari segi kewangan. Dan aku taknak berhutang budi banyak sangat dengan dia, jadi aku buat kontrak dengan dia. Kontrak untuk bekerja sebagai chef di hotel milik Anis sehingga hutang aku selesai. Itu saja jawatan yang dia kata sesuai dengan aku. Padahal aku ni budak pandai tau, IQ aku tinggi jugak.

Aku tahu Anis nak selalu kacau aku di dapur dan kerja chef yang senang sikit di hotel ni, dia boleh bagi gaji sesuka hati dia pada aku, dengan alasan, chef utama hotel. Memang banyaklah gaji yang dia bayar.

Semua hutang ayah dekat ahlong menghampiri 300k dan 3 pembedahan besar yang harus ibu jalani, semuanya Anis yang tolong bayar.

Dan aku membayar secara bulanan kepada dia. Bila akan habis hutang aku pun aku tak pasti.

Anis ni baik sangat, dan dia dapat teman lelaki yang baik jugak, betul-betul secocok diorang berdua ni. Senyuman terukir nipis dibibirku.

.......skip......

Dah 3 jam rupanya aku berperang dengan kuali dan pembantu chef yang ada.

Aku ke ruang makan utama yang menempatkan buffet. Rata-rata pengunjung baru saja datang menjamu selera.

"Shah! Nak bawak kemana sebekas cili tu! " jerkahku kepada pelayan yang baru keluar dari dapur.

Banyak nya cili hijau yang dia bawa.

Dia menghampiriku.

"Ada pelanggan yang mintak. " bisiknya.

"Kata pada pelanggan tersebut, makanan kita dah cukup rasa, tak perlu dia tambah pedas lagi, kalau keracunan makanan, hotel juga yang kena saman. " balasku.

"Saya dah cakap tapi diorang kata kalau saya tak bagi cili ni diorang akan saman hotel ni betul-betul. Lagipun diorang tu VVIP hotel ni, di jemput khas oleh Cik Anis. " balasnya.

VIP ke VVIP ke, aku dah panas ni.

"Jom tunjuk kat saya! " arahku.

Syah dah mula takut. Tapi dia berjalan juga ke sebuah bilik yang memang dikhaskan buat VVIP makan.
Mari aku nak tengok siapa insan yang boleh makan cili banyak sangat ni atau dia nak sabotaj hotel ni.

Terus pintu aku tolak kasar tanpa mengetuk terlebih dahulu. Mataku mencerlung memandang semua insan yang ada dihadapan aku.

Aku terpandangkan Anis yang ada di dalam bilik tersebut.

Wah... Sampai CEO pun turun padang.

"Anis... " panggilku dengan suara yang tegas.

Syah membisikkan sesuatu di telinga Anis.

Terus Anis datang mendekati aku.

"Beb, relaks! " Anis gelabah.

"Mana satu mangkuk yang nak sangat makan cili ni banyak-banyak. Mari aku tolong suap " soalku sambil memandang 7 orang yang berada dihadapan aku.

Kejap! Ini manusia manusia ke penyapu.

Ada rambut warna koko, pink, oren, Putih(?) ke blonde?, dan hijau (?) .

"Sorry madam, is there any problem. " soal salah seorang dari tujuh orang tadi.

Dia berdiri menghampiri aku.

"Owh, madam! You're the one that send us to police station yesterday! " salah seorang dari mereka yang berambut koko datang menghampiri aku.

Tbc.

Disbbkn part net ni 200+++ Kali author publish still Si Oren Ni unpublished blik....author terpaksa unpublished the whole story...

Nak kena Oren Ni....!

Once Upon A Time : BTS at Malaysia (C) Where stories live. Discover now