31 : SPECIAL PART 1

364 18 3
                                    

"Assalammualaikum wan" kedengaran suara Amirul bercakap secara video call, laju telekung dan sejadah aku sangkut ditempatnya.

"Wan ke?" aku menghampiri Amirul. Amirul mengangguk.

"Wannnnnn...rindu wan...." panggilku meleret, mungkin disebabkan dah lama aku tak merasa kasih seorang nenek, melihat wan rasa kasih aku mengalir macam air.

"Manjaaa!!" balas wan. Telefon aku rampas dari pegangan Amirul. Amirul hanya membiarkan.

"Wan sihat?" soalku.

"Wan sentiasa sihat, haa...dengar dari mummy kata ada berita gembira untuk wan?" wan terus menyoal.

"A..ada wan." suara aku dipotong...

"Wan akan dapat cicit!" Amirul menarik T-shirt yang aku pakai lalu telefon dihalakan ke perutku.

"Alhamdulillah, betullah cakap mummy kamu, ingatkan dia nak gembirakan wan semata..."

"Dah berapa bulan, nampak besar je.." Wan mula menggaru kepala.

"17 minggu wan" ujarku sengaja menggunakan minggu.

"Em..pat bulan...empat bulan dah!" jerit wan saat dia selesai menggira...

"Wan, janganlah buat opera!" marah Amirul. Aku hanya mampu terkekek gelak.

"Cepatnya korang ambil tindakan, laju kamu ya Mirul, haa...lepasni boleh balik kampung tengok wan, lagipun wan tak marah kamu dahh..." wan tersengih, aku ingat lagi wan memang tak bagi Amirul balik kampung langsung selepas kejadian dulu.

"Cehh, wan pentingkan cucu menantu dan cicit dia je, masa Mirul tak sedar diri wan bukan datang pun." ujar Amirul berjauh hati.

"Ehh, kamu jangan nak marah wan, salahkan mummy dan daddy kamu tu yang berahsia dengan wan!" Wan berang.

"Yalah wan, nak bermanja pun tak boleh, wan pilih kasih.." terjuih bibir Amirul, marujuk betul dengan wan.

"Wan nak pesan ni, jaga diri dekat sana, kalau nak wan boleh pergi sana jaga kamu." tumpuan wan teralih kepadaku.

"Ehh, tak perlu wan, saya pandai jaga diri..." balasku terus.

"Kalau macam tu jaga diri, wan nak ke dusun kejap ni..."ujar wan.

"Ok wan..." balas Amirul menutup video call.

"Sayang ok ke ni?" soal Amirul pelik.

Aku hanya mengangguk lemah.

"Sedapkan buah dekat dusun wan..." gumamku perlahan. Kedengaran Amirul mengeluh.

Pasti Amirul geram dengan wan yang buat aku mengidam...

"Kalau macam tu kita balik Malaysia.."

"Ehh, mana boleh, bagilah saya habis study dulu..." balasku terus.

"Yalah study tukan boyfriend dia..." Aik bunyi macam cemburu.

"Haah, kekasih gelap." Aku tersengih. Amirul terus mengambil tuala dan berlalu ke dalam tandas.

"Abang..."belum sempat pintu ditutup, aku memboloskan diri masuk ke dalam tandas.

"Abang..."panggilku.

"Hmm..." balas Amirul. Marah sungguh ni.

"Saya minta maaf." ujarku sayu.

"Sayang tak salah pun, memang betul pun apa yang sayang cakap tu, siapalah kita..."

"Abang....."air mata mengalir laju dipipi.

"Sayang tunggu luar, abang nak mandi." tangisanku dihiraukan oleh Amirul.

Once Upon A Time : BTS at Malaysia (C) Where stories live. Discover now