Keesokkannya, aku terus ke kelas selepas dihantar oleh Amirul.
Amirul pula ke hotel untuk menyelesaikan beberapa urusan sebelum flight tengaharini.
Kami hanya berpisah dan bersalam dirumah. Lagipun Amirul kata keuntungan hotel dekat sini merosot teruk, jadi mungkin setiap 3 minggu atau sebulan sekali memang dia akan turun padang.
Pada aku semuanya ada hikmah, jika aku buat keputusan untuk beri peluang pada Amirul lagi. Peluang untuk kami bahagia, walaupun aku sendiri tak yakin berapa lama kami akan kekal sebagai suami isteri.
Pensyarah memasuki dewan kuliah menyebabkan semua duduk diam ditempat masing-masing.
Pensyarah mula mengajar, buku aku buka tapi fikiran jauh ke Malaysia.
Terfikirkan mama, papa, Anis, arwah ibu dan ayah..... Kenangan lalu juga mula merasuk ke dalam fikiran aku. Berlayar seperti mesin pengimbas.
Selesai sahaja kelas pertama, semua pelajar mula bergerak keluar selepas pensyarah keluar.
Aku juga melangkah keluar. Tetapi ke pintu utama university. Subway aku masuki. Nasib subway ke airport tiba tepat pada waktu aku sampai.
Aku dudukkan diri diatas kerusi.
Nombor Amirul aku dail, tapi panggilan terhenti.
Aku terus berputus asa mendail nombor dia apabila telefon aku menghembuskan tenaga terakhirnya sebelum mati.
Aku mengeluh. Akibat lupa cas, pagi tadi baru aku mintak nombor Amirul.
Takpa, pergi dan cari dulu, siapa tahu aku dapat jumpa dengan Amirul sebelum dia balik.
Sejam 30 minit, aku menjejakkan kaki ke dalam Incheon Airport.
Merata mataku tertangkap pada kelibat orang yang lalu lalang. Setiap kedai aku susuli, setiap tempat menunggu dan semua tempat aku mencari. Dari tingkat 1 ke tingkat 2, kelibat Amirul tidak kelihatan.
Aku yakin, aku dah terlepas Amirul. Terpaksalah aku tunggu Amirul datang lagi. Aku mengeluh kasar sambil melihat kapal terbang yang baru berlepas seolah Amirul di dalam tu.
Aku berpaling dan melangkah pergi. Kepala aku tundukkan kerana air mata yang sudah lebat mengalir.
Tetiba aku masuk dalam pelukan seseorang. Aku cuba menolak badan dia dengan kuat sambil menangis teresak. Harap sangat aku tak diapa-apakan. Sebaliknya, tubuhku didakap erat.
Bau Amirul. Bau dibadan dia dah sebati dengan deria aku walaupun Amirul tak memakai sebarang wangian mahal.
Pelukan dilepaskan.
"Sayang cari abang? " soal Amirul.
Aku mengangguk. Takkanlah aku ada disini, siap menangis lagi kalau bukan sebab cari dia.
"Saya ada perkara nak cakap. " ujarku.
"Ok, kita pergi makan sekali. " ajak Amirul sambil menarik tanganku mengikut langkahnya.
Tapi kakiku kaku saat terlihat dua orang yang aku kenal bersama Amirul.
"They are you're bodyguard sayang. " balas Amirul sambil menarik paksa aku mengikut langkahnya.
Aku turut melangkah bersama.
"Saya xde upah bodyguard... " balasku.
"Abang yang upah. " kami memasuki ruangan kedai makan dan duduk ditempat yang sedikit terpencil.
"Untuk apa? " Menu yang diberi oleh pelayan aku ambil.
"Untuk keselamatan sayang. " balas Amirul.
YOU ARE READING
Once Upon A Time : BTS at Malaysia (C)
Fiksi PenggemarApa yang bakal terjadi apabila BTS curi-curi datang ke Malaysia. 'Ini kisah penuh liku dan pedih aku tapi berubah apabila ada Koreans yang perlu aku tour guidekan' "7 mamalia ni memang kaki tidur! Nak suruh bangun punyalah liat! " aku masih lagi men...