Keesokkannya aku dapat keluar dari hospital. Siap dibekalkan ubat asma dan puff sementara. Tabah jelah tengok ubat ni semua.
Amirul pula terus menghilangkan diri selepas menghantar aku ke rumah mama dan papa.
Dia ada datang setiap hari tapi hanya untuk berjumpa mama dan papa, kalau terjumpa aku pasti kata-kata hina yang akan dihamburnya kat aku.
Dua hari berehat dengan menemani mama dan papa, mujur mereka ada juga tersenyum sedikit mungkin kerana kasihankan aku.
Harini flight aku ke Seoul. Mama papa nak hantar tapi aku menolak tegas. Sebab taknak tinggalkan mama dalam keadaan dia menangis.
Aku dihantar oleh pemandu papa, uncle Saif. Kami singgah dikubur Anis dan ibu sekejap.
Aku membaca yassin buat mereka dan bersembang sekejap dengan ibu.
Aku beralih pada kubur Anis pula.
"Anis, aku rindu kau. Rindu yang teramat, sampai semua rasa sakit dan perit dah jadi tawar pada aku.
Aku nak kau tenang disana, tapi aku mintak maaf Anis, aku tak mampu nak redha dengan kepergian kau. Its too sudden.
Aku mintak maaf Anis. Sebab aku punca kematian kau. Aku tahu aku jahat, aku sahabat yang teruk. Tapi percayalah Anis kalau aku sebahagian nyawa kau, kau pula sebahagian jiwa aku.
Dan jiwa tu dah mati Anis. Mati untuk kembali hidup. Kau jahat Anis. Kau tinggal aku, mama, papa, tunang kau....diorang perlukan kau Anis." Dada aku kembali perit.
"Anis... Aku terpaksa tinggal mama dan papa kau buat sementara. Aku janji, aku tamat saja study dekat Korea, aku balik sini jaga diorang sampai akhir nyawa aku. Aku akan jaga diorang macam nyawa aku sendiri.
Anis... Aku terpaksa pergi lagi. Tak lama Anis sekejap saja, kau doakan aku, selalu kuat dan tabah k.
Anis, I know its too late, but better late than never. Aku sayang kau sangat-sangat. Sampai Jannah Anis.
By the way aku tringin sangat sebenarnya nak tengok kau bahagia dengan Amirul. Ada anak yang comel dengan dia. He hurt so much Anis. Tapi dia diam saja, memendam rasa.
Oklah Anis. Kalau aku sembang lagi dengan kau, karang aku terlepas flight.
Assalammualaikum sahabatku Nuranisah Raisara. " aku mencium batu nisan dibahagian kepala.
Tak dapat orang, Batu nisan pun jadilah....
Aku melangkah berat meninggalkan pusara ibu dan Anis.
'Amirul'
Dia sedang elok duduk sedikit jauh dari kubur Anis.
Dia tak dengarkan perbualan aku tadi. Aishh... Memalukan.
Aku hanya menunduk melintasinya.
Taknak aku makan amukkan dia lagi.
"Aku tak benarkan kau datang kubur tunang aku lagi lepas ni. " ujarnya sudah berdiri.
Aku berpaling menghadap dia.
"Aku melawat kubur ibu dan sahabat aku. Takkan tak boleh. " balasku geram.
Aku terus berjalan meninggalkan Amirul. Karang banyak yang dia hina aku.
Tubuhku ditolak kasar kepangkal pokok.
"Auuwwww... " aku mengerang. Bodohlah dia ni pegi tolak aku. Cakap elok-elok tak boleh.
"Aku suami kau! Kau kena dengar arahan aku, faham. " matanya mencerlung ke anak mataku.
![](https://img.wattpad.com/cover/145471885-288-k938651.jpg)
YOU ARE READING
Once Upon A Time : BTS at Malaysia (C)
FanfictionApa yang bakal terjadi apabila BTS curi-curi datang ke Malaysia. 'Ini kisah penuh liku dan pedih aku tapi berubah apabila ada Koreans yang perlu aku tour guidekan' "7 mamalia ni memang kaki tidur! Nak suruh bangun punyalah liat! " aku masih lagi men...