South Korea
"Semua barang dah siap?! " jerit Hoseok. Semua yang ada menutup telinga.
"Oiii, kau tanya ke buat latihan menjerit! " marah Seokjin.
"Mian... " Hoseok menyengih.
"Dah-dah jom gera.... " ayat Suga dipotong oleh Namjoon.
"Ingat kita semua nak pergi mana? " soal Namjoon.
"Balik kampung! "
"Malaysia "
Jawab semua serentak.
Terus kepala Taehyung diluku oleh Hoseok.
"Kan ketua dah kata yang kita kena menipu yang kita balik kampung masing-masing dan kita tutup telefon sebab taknak diganggu! " marah Suga panjang lebar.
Jungkook dan Jimin hanya tersenyum, faham sangat dengan kelurusan Taehyung tu.
"Dah-dah jom gerak sekarang " dapat juga Suga menghabiskan ayatnya kali ini.
"Aku, Hoseok, Taehyung dan Jungkook naik satu teksi, Namjoon, Suga dan Jimin satu teksi. " arah Seokjin.
Mereka hanya mengikut, Seokjin kan Hyung tertua sekali.
Tetapi, Jimin menayangkan muka tidak puas hati!
Taehyung yang perasan akan hal itu hanya menjelirkan lidah kepada Jimin. Lantas leher Jungkook dipeluk kasar.
Jimin hanya mampu mengenggam tangannya. Dia jealous Taehyung dapat duduk sekali dengan Jungkook.
Siapalah tak sukakan Jungkook tukan.
Semua Hyung-hyung dia adores Jungkook.
...............
"Hyung ada nampak passport aku tak? " soal Namjoon.
Bukan seokjin saja yang terkejut bahkan semua ahli bts yang lain turut tercengang.
"Yahhh, kau letak kat mana? " marah suga.
Orang nak sampai ke balai ketibaan, boleh pulak dia hilangkan passport dia. Mau jadi pendatang asing kat Malaysia.
"Dah jom kita cari kat dalam flight yang kita naik tadi " ajak Hoseok.
Ingatkan Namjoon pegang benda, benda pecah. Kali ni pegang passport, tak pulak koyak, ni hilang terus, hebat sungguh kuasa Namjoon.
"Takde pun hyung " ujar Jungkook sambil mengelap peluh.
Dah sejam mereka cari tapi tak jumpa. Dengan bantuan krew kapal tu sekali.
"Sir, here your passport " hulur salah seorang kakitangan yang membantu mereka mencari passport Namjoon.
"Thank god, where you found it? " soal Namjoon.
"Under your seat " jawabnya ringkas.
"Thank you so much, we shall go now " ujar Namjoon lantas mengajak yang lain pergi.
Ahli bts yang lain hanya menunduk hormat dan berlalu pergi.
"Hyung... " ujar Jimin menahan geram. Dahlah penat naik kapal terbang.
Boleh pulak kena layan kerenah hyung dia yang berkuasa ajaib ni.
Bts terus menuju ke chalet yang bakal mereka tinggal selama sebulan.
Namjoon sebilik dengan suga. Jimin sebilik dengan jungkook. Hoseok, Seokjin dan Taehyung sebilik kerana chalet tersebut hanya mempunyai 3 bilik dan dua tandas.
Nasib dua tandas, kalau satu tandas. Tak dapat mereka bayangkan apa yang bakal terjadi.
Petang itu mereka semua keluar berjalan-jalan sekaligus untuk mengisi perut.
Bts bergerak ke pasar malam yang menjadi tarikan pelancong. Cadangan daripada penduduk tempatan, kerana mereka mencari makanan tempatan pada waktu malam, pastilah cari di pasar malam.
"Hyung, apalagi yang hyung nak beli? " soal Jungkook.
"Tak de dah" balas mereka yang lain serentak.
"Jomlah kita balik chalet, kita makan kat tepi pantai depan chalet tu" ajak Hoseok bersemangat.
"Tapi kan, macam mana kita nak balik? Kita di mana pun tak tahu... "Ujar Namjoon risau.
Ok. Mereka mengaku kebodohan memasing.
"Kau tanya lah dekat sesiapa, kita dekat mana sekarang ni" arah Seokjin kepada Namjoon.
Almaklum Namjoon saja yang IQ tinggi. Dan fasih berbahasa inggeris.
"Yah, nak tanya dekat sape? " tanya Suga kepada Namjoon.
Namjoon mencari-cari kelibat orang yang boleh membantu mereka. Yang lain semua sudah duduk sambil pasrah kalau mereka terpaksa tidur di situ.
"Argghhh...." Jerit seorang wanita.
Mulutnya ditekup oleh seseorang dari belakang.
Tbc.
I hate Oren!
![](https://img.wattpad.com/cover/145471885-288-k938651.jpg)
YOU ARE READING
Once Upon A Time : BTS at Malaysia (C)
FanficApa yang bakal terjadi apabila BTS curi-curi datang ke Malaysia. 'Ini kisah penuh liku dan pedih aku tapi berubah apabila ada Koreans yang perlu aku tour guidekan' "7 mamalia ni memang kaki tidur! Nak suruh bangun punyalah liat! " aku masih lagi men...