Harini peguam Anis membuat pembacaan wasiat, katanya Anis wasiatkan supaya wasiatnya dibaca dalam masa seminggu selepas kematiannya. Aku masih disini, setiap hari menenangkan Datin Humairah dan mengunjungi kubur Anis.
Hebatnya dugaan Allah. Banyak kali aku berzikir, setiap kali mengenangkan Anis.
"Apa? " aku terkejut beruk.
Semua harta Anis, diserahkan kepada aku. Aku!
Aku menarik wasiat yang dibaca oleh peguam tersebut.
Lantas wasiat tersebut aku koyak sampai hancur. Peguam tersebut tersenyum saja.
"Wasiat ni tak wujud, agihkan semuanya mengikut sistem faraid Islam. " ujarku menahan sedu.
Tisu sungguh hati aku sekarang.
"Memang betul arahan Cik Anis. Dia suruh saya buat 10 salinan, katanya pasti akan dikoyak. " peguam tersebut mengeluarkan sehelai lagi wasiat yang sama seperti yang aku koyak.
Semua mata hanya memerhati. Mana mungkin aku orang luar boleh mengambil harta ni.
"Saya bukan sedara atau ada hubungan dengan dia, kami hanya kenalan sahaja. " bohongku.
Datin Humairah, Dato Akif dan Amirul terkejut dengan penyataan aku.
"Ini adalah surat pengambilan Cik sebagai anak angkat kepada Dato Akif dan Datin Humairah setahun yang lalu menjadikan cik, adik kepada Cik Nuranisah Raisara.
Dan ini surat perjanjian mulut yang cik buat bersama Cik Anis untuk menggantikan Cik Anis pada malam sehari sebelum kemalangan. " dia menghulurkan 2 surat kepadaku.
"Datin... Dato... " panggilku saat selesai membaca surat pengambilan anak angkat.
"Anis yang uruskan, kami hanya mengikut. Dan soal harta kami tak marah pun Anis bagi pada siapa, lagipun Anis bagi pada adik dia. " ujar Dato Akif.
Aku menangis tersedu sedan.
"Ni semua tak betul. Anis tak mati... " mulut aku tekup apabila mulut terlalu lancang menyatakan kata hati.
Iya sampai harini aku masih belum menerima ketentuan Allah yang satu ni.
"Kalau macam tu, tuliskan wasiat saya, saya pulangkan semua harta ni pada Dato Akif dan Datin Humairah tanpa syarat. " ujarku, air mata aku sapu habis.
"Mengikut syarat Cik Anis, semua harta hanya boleh diwasiatkan selepas Cik meninggal. " balasnya.
Aku melopong besar.
'Anis... Anis... '
"Terpulanglah, saya tak perlukan semua harta ni. " aku terus bangun untuk keatas. Seperti kurang ajar. Tapi aku taknak esakan aku menjadi lebih hebat lagi.
"Ada lagi Cik, perjanjian Cik untuk menggantikan Cik Anis, menguruskan semua urusan kerja dan menggantikan tempat dia untuk berkahwin dengan tunangnya bagi perkahwinan yang akan berlangsung 3 hari lagi. " sambung peguam.
"Apa? " soalku.
Baru aku ingin melangkah kearah peguam tersebut kembali, aku jatuh terduduk. Lemah rasa lutut.
"Itu perkahwinan Anis, bukan saya. " balasku. Datin Humairah menolong aku untuk bangun semula.
Dibawanya aku duduk diatas sofa semula.
"Tapi Cik dah janji nak gantikan tempat dia. " balasnya bersahaja.
"Tugas saya sudah selesai. Saya pulang dulu, dan ada 4 salinan wasiat untuk setiap seorang saya tinggalkan atas meja. " ujar peguam tersebut dan berlalu pergi.
YOU ARE READING
Once Upon A Time : BTS at Malaysia (C)
Fiksi PenggemarApa yang bakal terjadi apabila BTS curi-curi datang ke Malaysia. 'Ini kisah penuh liku dan pedih aku tapi berubah apabila ada Koreans yang perlu aku tour guidekan' "7 mamalia ni memang kaki tidur! Nak suruh bangun punyalah liat! " aku masih lagi men...