23 : DUA PULUH TIGA

426 23 0
                                    

Aku terbaring lemah diatas katil.

"I'm sorry.... Sebab... " Mulut Amirul aku tutup dengan tapak tangan. Aku tahu dia nak mintak maaf dengan aku.

"Mintak maaf dengan Anis. " balasku.

Aku terus berdiri untuk ke tandas. Tetapi aku terjatuh terduduk diatas lantai.

Sakit...

Tubuhku diangkat oleh Amirul dan dibaringkan semula diatas katil.

"Sorry sebab buat kau sampai tak boleh jalan. " ujarnya sambil mengusap rambutku.

Aku tak faham sekarang. Kenapa Amirul berubah. Macam mana kalau aku pregnant? Tapi kalau baru 2 kali buat takkan pregnant teruskan... Tapi tadi 3 round..... Ahhh... Lupakan.

Macam mana dengan plan aku nak lepaskan Amirul untuk cari kebahagiaan dia sendiri.

"Kenapa perlu mintak maaf dengan Anis. " suara Amirul memecah kesunyian.

"Sebab awak patut rasa bersalah dengan Anis. Dia yang disini, dan kita kianati dia. " mataku berair sedikit. Dada Amirul aku pegang menunjukkan Anis yang berada disitu.

"Anis bukan disitu.... Tapi orang lain... " balas Amirul perlahan. Seperti pada dirinya. Tapi butir bicaranya jelas dipendengaranku.

"Habistu Anis dimana? " soalku terus.

"Di pancreas. " balasnya sambil tergelak kuat.

Dengan geram aku terus ke tandas tanpa menghiraukannya. Merepek sajalah dia. Pintu aku kunci rapat.

"Bukan sepatutnya kau tanya siapa dihati aku ke? " soal Amirul kuat dari luar tandas.

Aku hanya mendiamkan diri dan mandi. Tak nak tahu. Kau curang dengan Anis.

Aku terus mandi dan mengambil wuduk kerana zohor sudah lama masuk. Baik solat terus.

Keluar saja dari bilik aku lihat Amirul sedap tidur. Kerjakan aku sampai aku rasa senak dan sengal satu badan tapi dia yang sedap tidur.

Solat zohor aku dirikan. Doa aku panjat buat semua. Untuk dunia dan akhirat kami.

Telekung aku buka dan sidai bersama sejadah ditempatnya.

"Lain kali kita datang lagi untuk holiday. " ucap Amirul ditelingaku. Bila masa dia bangun.

Amirul terus masuk ke dalam bilik air. Aku yang masih berdiri hanya kaku dengan perubahan Amirul.

'Siapa dihati kau Amirul? '

Badan aku baringkan diatas katil. Penatnya. Akhirnya aku terlelap.

Aku memerhati Anis yang berada dihadapanku. Dengan pakaian putih, senyuman dibibirnya yang mekar.

"Anis" panggilku. Tetapi Anis hanya senyum tidak membalas panggilanku.

"Anis... " panggilku lagi.

"Anissss! " mataku terbuka luas. Bayangan Anis yang tersenyum manis hilang.

Aku terus teresak apabila tubuhku dipeluk oleh Amirul.

"Kau mimpikan arwah? " soal Amirul lembut.

"Anis masih hidup, dia senyum dekat aku! " bentakku. Pelukan aku leraikan.

"Anis dah meninggal.... " aku memotong ucapan Amirul.

"Tak Anis masih hidupp.... Mirull kau patut tolak wasiat untuk kita berkahwin! " bentakku bersama air mata.

"Itu yang arwah nak, kau kena belajar untuk terima kenyataan tu, redhakan.... "

"Boleh ke pembunuh macam aku redhakan kematian sahabat aku... " balasku terus.

Once Upon A Time : BTS at Malaysia (C) Where stories live. Discover now