Selesai melawat ibu, terasa nak tenangkan fikiran dipantai.
Bunyi ombak menyapa telinga saat aku berjalan di pasiran pantai.
"Pasir yang setia menanti Ombak, meskipun hempasannya menyakitkan." Ujarku sambil menghadap laut. Tangan memeluk tubuh.
Bau rokok menusup hidungku. Lantas kepala aku pusing ke kanan.
"Apalah yang kau bermadah malam-malam buta ni!" Bebel Amirul.
"Aku kagum dengan pasir ni...setia dia tunggu ombak, padahal dia yang akan sakit nanti." Ulasku lagi.
"Kau ada gula-gula?" Soalnya.
Gula-gula mentos aku berikan. Pasti dia ingin menghilangkan bau rokok.
"Pandai pun kau nak kesiankan aku yang tak tahan bau rokok, tapi kau tak kesiankan diri kau pulak!" Sinisku.
"Aku bukan merokok setiap hari. Kau pun tahukan." Balasnya sambil mengunyah gula-gula mentos.
"Aku tahu, tapi kau ni perahsia sangat. Ceritalah masalah kau dengan aku. Masalah aku semua kau tau." Ujarku.
"Aku ada dengar doktor cadangkan kau hentikan semua alat bantuan penafasan ibu kau." Soalnya mengubah topik.
"Hmmm...tapi aku taknak....nanti kalau dah sampai masanya mungkin." Balasku tenang.
Selain Anis, Amirul juga kawan baik aku, memang dia mengetahui masalah aku. Walaupun mungkin dari mulut Anis.
"Cau dululah weih...kena tangkap basah kalau, kesian Anis." Ujarku mula melangkah pergi.
Lagipun Amirul pasti mencari ketenangan juga. Malas aku nak kacau.
Dipertengahan jalan, langkahku ditahan.
"Mianhae....jaebal....Mianhaeyoo..." ucap Kookie melutut dihadapanku sambil menghulurkan bunga.
"Wah...kau dapat bunga bagai!" Amirul muncul disebelahku. Sekilas cuma, dia terus berlalu pergi apabila telefonnya berbunyi.
"Kenapa sampai bagi bunga bagai" soalku pelik.
"Jin hyung cakap, perempuan sukakan bunga. " balasnya polos.
"Tapi bukan aku, aku tak suka bunga." Balasku.
"Anyway, aku mintak maaf sebab tampar pipi kau sampai merah, dan jangan sesekali kau sentuh aku lagi faham, dengan atau tanpa sengaja. Araaa!" Ujarku tegas.
"Arasso....mmmm...bunga ni macam mana?" Soal Kookie.
"Kau bagi jelah dekat Jin hyung kau tu." Aku terus melangkah pergi sambil tersenyum.
Kehadiran BTS ibarat vitamin. Apatah lagi perangai Jimin dan Hoseok yang kebudak-budakkan.
Memang senyuman sering menghiasi bibirku, tidak seperti dulu.
Dan aku sedar, ini hanya sementara, mereka hanya kegembiraan sementara, lepasni diorang akan balik dah.
Aku berhenti dihadapan Suga, yang sedang sibuk menulis berhampiran chalet.
"Diari ke?" Soalku sambil duduk dikerusi dihadapan Suga.
Dia sedikit tersentak dengan kehadiranku.
"Aniyyo, tengah cari idea untuk lagu baru." Balasnya tanpa berselindung.
Lagipun aku memang tau BTS kena siapkan lagu dan tarian sebaik saja mereka pulang ke Seoul.
Rambutnya yang serabut menunjukkan bahawa otaknya juga serabut.
"Perlukan bantuan?" Mata aku belum lagi rasa mengantuk.
"Takde idea untuk lagu langsung, semuanya cliche dengan lagu-lagu lain." Kepala Suga tongkat dengan tapak tangan.
![](https://img.wattpad.com/cover/145471885-288-k938651.jpg)
YOU ARE READING
Once Upon A Time : BTS at Malaysia (C)
FanfictionApa yang bakal terjadi apabila BTS curi-curi datang ke Malaysia. 'Ini kisah penuh liku dan pedih aku tapi berubah apabila ada Koreans yang perlu aku tour guidekan' "7 mamalia ni memang kaki tidur! Nak suruh bangun punyalah liat! " aku masih lagi men...