"Wan.... Wann... " aku memanggil wan.
Kelibat wan didapur menarik perhatianku.
"Kaki dah ok? " soal wan.
"Dah wan, terima kasih wan. " aku memeluk wan tanda berterima kasih.
"Dah duduk makan, wan masak nasi lemak untuk sarapan. "
"Patutlah bau sedap wan. Errr... Sory wan tak tolong masak, tengahari saya masak sedap-sedap ya wan. " ujarku.
Masih tubuh wan dalam dakapan aku. Rasa sayang dengan wan.
"Dah, kamu dah lulus ujian, nanti biar wan je masak. Kalau kamu masak lagi, gemuk Amirul tu. " wan menjuih bibir kearah Amirul yang duduk dimeja makan.
Aku dan wan menghampiri meja makan. Macam biasa, aku hidangkan pada semua dan diri aku. Kami mula makan dengan senyap selepas itu.
"Wan nak ke sawah, korang duduk rumah diam-diam tau! " Ujar wan nakal.
Jahatlah wan ni.
"Sawah wan! Nak ikut. " ujarku teruja. Taknak lah aku duduk berdua dengan Amirul. Amirul menakutkan.
Semalam aku terjaga, ingatkan aku masih tidur diruang tamu. Rupanya aku tidur dalam bilik sambil dipeluk Amirul. Entah nak kata macam mana.
Amirul pula makin benci dengan aku. Tengok layanan dia pun aku tahu.
"Amirul, kamu nak tangkap ikan tak buat lauk. " tanya wan.
"Boleh jugak wan. " balas Amirul.
"Dah makan cepat, kita gerak terus. " ucap wan.
Aku terus menyudahkan makan. Terus aku meluru ke dalam bilik. Menukar pakaian daripada kain batik kepada seluar dan baju lengan panjang.
Terus aku menunggu diluar.
Aku dan wan bergerak ke sawah. Amirul pula entah kemana. Aku tak berani cakap dengan dia langsung.
"Lipat sikit seluar tu, bukan ada orang pun, ni sawah wan. " Ujar wan.
Aku menurut saja.
Terus kaki melangkah masuk ke dalam sawah. Peliknya sawah ni ok je, kenapa orang bandar tak suka sawah.
Tapi seketika, wan suruh aku duduk ditebing sawah taknak luka dikaki kena bisa air.
Ikut sajalah.
Tetiba ada haiwan berwarna hitam melekat di kakiku.
"Wannnnn... Ni binatang apa? " aku berdiri menunjukkan binatang tersebut aku dengan tangan.
"Lintah tu! " jerit wan dari jauh.
"Owhhh.... Lembutnya. " aku bermain dengan lintah tersebut. Menggelikan....
"Wan darah!" Jeritku saat terpandang darah pekat yang mengalir tanpa henti dari betisku. Kepala terasa berpusing.
Aku jatuh terduduk. Tetapi tidak memasuki air sawah. Badanku sudah dicempung.
Badanku mengeletar hebat.
"Shhhh.... Dah... Dahh.... " Amirul mendekatkan badannya pada badanku.
Terus saja aku diam statik dalam pelukannya.
"Ya Allah.... Ya Allah.... " bicaraku perlahan.
Aku diletakkan di pondok.
Amirul terus mengikat kain di bahagian betis yang ada darah tadi.
"Its over! Kau tak payah nak drama sangat! " balas Amirul dan duduk disebelahku.
Terkocoh wan datang kearahku.
YOU ARE READING
Once Upon A Time : BTS at Malaysia (C)
FanficApa yang bakal terjadi apabila BTS curi-curi datang ke Malaysia. 'Ini kisah penuh liku dan pedih aku tapi berubah apabila ada Koreans yang perlu aku tour guidekan' "7 mamalia ni memang kaki tidur! Nak suruh bangun punyalah liat! " aku masih lagi men...