"Jom kita gerak! " ajakku kepada bangtan.
Lusa diorang dah nak balik Korea. Rasa sedih lah jugak sebab diorang ni ramah dan santun sangat.
Semua bergerak masuk ke dalam Van.
Tetiba ada panggilan masuk.
"Hello" ucapku kepada si pemanggil.
"Ya...ya...saya ke sana sekarang." Aku terus menutup panggilan.
"Mian, saya ada urusan penting, saya kena ke hospital sekarang." Ujarku terus.
"Pasal eomma awak ke?" Soal Seokjin.
"Kitorang ikut." Ujar Namjoon.
"Yalah, jom." Malas berbahas banyak. Baik aku gerak sekarang.
.....skip.....
"Maaf, kami dah lakukan yang terbaik, sekarang Cik boleh bersedia untuk segala kemungkinan." Balas doktor perempuan tersebut dan berlalu pergi.
Aku jatuh terduduk. Air mata memang dah macam air hujan. Esakan demi esakan kedengaran di hadapan wad ibu.
Doktor telefon menyatakan denyutan jantung ibu terberhenti. Nasib diorang sempat selamatkan. Tapi selepas ni, mungkin akan berhenti terus.
Bts datang mengelilingiku. Air mata aku lap kasar. Namun tetap tak berhenti.
"Uljimaaaa..." Ucap Jimin. Diorang memandang sedih kepadaku. Seperti faham dengan apa yang terjadi.
"Jom, aku hantar korang balik, mian hari ni aku tak boleh bawak korang jalan-jalan. Nanti aku suruh budak hotel bawak korang jalan-jalan." Ucapku.
Nak bangun pun aku tak mampu.
"Kitorang teman kau dekat sini." Hoseok berkeras.
Aku memandang tajam kepada mereka.
Korang bukan ahli keluarga aku pun, jadi aku memang taknak ada orang lain dengan aku sekarang. Lagipun aku dah biasa melayan perasaan sendiri.
"Okok, kitorang balik." Si maknae Kookie berkata.
Aku hanya mengangguk, badan aku dirikan.
Tapi malang, aku jatuh terduduk kembali. Kaki tidak terasa menjejak bumi.
Kookie memegang tanganku untuk menolong aku bangun.
"Jangan sentuh!" Tangannya aku tolak jauh. Tidaklah terlalu kasar kerana aku faham maksudnya ingin menolongku.
Tapi haram tetap haram, dosa tetap dosa.
"Kau ok x? Ibu macam mana?" Suara Amirul.
Aku mendongak memandang gerangan dihadapanku.
Dan mata terarah kepada tangannya yang memegang kedua lenganku.
Aku menepis tangannya.
"Ibu....ibu....ibu...." Aku teresak kembali. Aku tak mampu meneruskan ayat kalau ibu dalam keadaan nazak sekarang.
Dada aku pukul kasar. Sakit sangat....sakit yang tak mampu aku bendung.
Amirul memegang lenganku dan diangkat tubuhku untuk duduk di kerusi tepi jalan.
"Kau dah lama hidup! Kenapa pegang aku...." Ucapanku dipotong.
"Ada katil pesakit lalu, kau nak kena gelek ke?" Ujarnya menunjuk kearah katil pesakit yang dibawa oleh jururawat. Mereka nampak tergesa-gesa. Taknaklah aku menjadi penyebab mereka lambat merawat pesakit.
Oklah dimaafkan...
"Mati pun bagus, aku nak ikut ibu...." Lirihku.
"Hei...bertenang...ibu akan selamat, nothing gonna happen." Amirul menyuntik kata semangat kepadaku.
YOU ARE READING
Once Upon A Time : BTS at Malaysia (C)
FanfictionApa yang bakal terjadi apabila BTS curi-curi datang ke Malaysia. 'Ini kisah penuh liku dan pedih aku tapi berubah apabila ada Koreans yang perlu aku tour guidekan' "7 mamalia ni memang kaki tidur! Nak suruh bangun punyalah liat! " aku masih lagi men...