22 : DUA PULUH DUA

446 22 5
                                    

Amirul Pov

"Happy first anniversary, sayang. " dahinya aku kucup, terlena pulas dia selepas kami berhubungan.

Ya, ni hadiah ulang tahun pertama kami, tapi lebih kepada misi, misi mengikat dia, misi supaya isteri aku bukan 'janda berhias' macam yang wan cakap.

"Terima kasih dan maaf. " pipinya aku elus lembut. Tangannya melingkari pinggangku mengeratkan pelukan.

"Kamu ni, wan kata bodoh marah! Tapi memang bodoh. Kamu tahu tak isteri kamu tu memang manja! Terlalu dahagakan kasih sayang, sebabtu wan tunjuk sikit saja kasih wan dekat dia, dia dah mula bermanja dengan wan balik."

"Kalau kamu nak dia bermanja dengan kamu, berhenti sakiti dia dan manjakan dia, percaya cakap wan, dia ikhlas menunjukkan kasih sayang. Bukannya macam sekarang, jangan kata nak cakap dengan kamu, nak tengok kamu pun dia takut! "

Ucapan wan berlegar di fikiranku. Macam mana aku nak ubah semuanya. Antara ego aku untuk membenarkan semuanya dan ketakutan dia kepada aku.

Semuanya berperang.

Tetiba terasa batangku dipegang. Dia ni main raba saja. Tengah tidur pun meraba jugak.

Secepatnya aku tolak badannya dan turun dari katil menyarungkan seluar.

Aku kembali pada katil. Tubuhnya aku tarik memelukku kembali. Tapi tangannya aku letakkan didadaku. Risau dia kembali menganggu nafsu aku. Sekejap lagi dah nak magrib.

Ingatkan petang punya pasal aku tak kacau dia lebih-lebih. Cukuplah sekadar menjadikan dia milikku.

Aku yang pertama dan dengan izin Allah, aku yang terakhir untuknya.

Dahinya aku cium sebelum aku beredar ke dalam tandas, mandi wajib baru boleh solat magrib.

Selesai keluar dari tandas, aku ingatkan isteri kesayangan aku masih tidur, rupanya dah bangun pun, siap berbaju. Dia macam lipas kudung memasuki tandas.

Tersengih aku melihat dia, belum masanya untuk dia tahu perasaan aku. Rasa nak main-mainkan dia sekejap, tapi aku akan pastikan dia tak lari.

Aku taknak hilang buat kesekian kalinya. Kehilangan masa dia ke Korea, kehilangan Anis.... Dan aku taknak kehilangan dia kali ni.

'Ya Allah hadirkan cinta dihatinya kepadaku, seperti aku mencintainya kerana Allah. Amin.'

Aku menutup mata. Penat.

"Bangun, dah maghrib." Terus aku membuka mata. Dengar suara saja pun boleh tergoda.

Satu saja yang pelik.

Tubuhnya aku tarik masuk ke dalam pelukan.

Pelik sebab sampai sekarang dia tak pernah mengunakan kata ganti nama, saya awak atau abang dengan aku. Dibuang kata ganti nama tu.

Once Upon A Time : BTS at Malaysia (C) Where stories live. Discover now