Dikejar Mayat

799 23 0
                                    

Dalam pergelutan yang hebat itu, ternyata datuk tidak dapat menandingi tubuh lembaga yang berbulu lebat itu. Datuk sering saja tercampak. Dan memang perangai datuk tidak mudah mengaku kalah. Dia terus bergelut.Saya dan ketua kampung didakap rasa kecemasan. Di langit saya lihat tidak ada sebiji bintang bersinar. Pokok-pokok di kiri kanan bagaikan dilanda taufan. Suara burung hantu bagaikan orang berlagu mengiringi petarungan datuk dengan lembaga itu.
Tiba-tiba,saya lihat berpuluh-puluh ekor burung gagak hinggap di ranting pokok. Berbunyi bersahut-sahutan. Kemudain burung-burung gagak itu terus turun ke tanah lapang. Tanah itu jadi gelap dengan burung gagak. Saya benar-benar berada dalam keadaan cemas.Lembaga yang berbulu lebat terus mencampakkan tubuh datuk kepangkal pokok pisang.
"Bacalah ayat al-Qurshi," bisik ketua kampung pada saya. Saya terdiam, dalam saat-saat cemas begitu, saya jadi terlupa untuk mengingati ayat tersebut. Bila saya cuba, pembacaan saya banyak yang silap. Saya menggelabah tidak tentu arah. Datuk tidak juga bangun dari perdu pokok pisang.
Saya teringat pesan datuk, bahawa ayat al-Fatihah adalah ibu segala ayat dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jadi, kalau kita berhadapan dengan musuh dan sudah tidak ada cara lain untuk mempertahankan diri, bacalah ayat tersebut sambil berusaha melepaskan diri dari musuh dengan bertawakal pasa Allah yang maha besar.
Jadi, al-Fatihah pun saya baca dengan teliti supaya tidak silap. Bila sudah selesai dibaca saya mula terasa semacam ada semangat baru dalam diri saya. Fahamlah saya, bahawa tidak ada kuasa yng lebih gagah dan kuat dari kuasa Allah. Saya perhatikan ketua kampung masih terus membaca ayat al-Qurshi.
Di tanah lapang lembaga hidup yang berbulu, berdiri gagah dikelilingi oleh berjuta-juta burung gagak. Saya renung ke langit. Saya lihat ada benda terbang separas pucuk pokok kekabu, berkilau-kilau. Benda itu seakan-akan bentuk batang buruk, di bahagian bawahnya keluar sejenis benda semacam tali, berwarna merah. Benda itu berlegar-legar atas bumbung rumah Timah dan akhirnya hilang lalu diganti oleh suara perempuan ketawa manja.
Saya raba telinga, hidung dan mata bagi mempastikan apakah perkara yang saya alami, satu khayalan saya sendiri. Saya meraba bumi dan rumput. Ternyata saya tidak berhhayal, saya berhadapan dengan satu dunia yang cukup ganjil dan aneh sekali.
Dalam samar-samar malam itu , cara kebetulan di langit bulan mula bersinar. Saya lihat datuk bangun menuju ke arah kami. Di tangannya masih tergenggam batan serai dan bulu burung gagak.
"Hebat," sepatah perkataan kelaur dari mulut datuk. Dia terus duduk, kemudian mencangkung, macam orang mahu memulakan perlumbaan lari. Lepas itu bergerak lagi. Kedua belah tangannya diletakkan ke daepan, kaki diluruskan ke belakang. Dengan perintah datuk, ketua kampung mencacakkan bulu burung gagak dan batang serai di depannya.
Datuk merenung ke arah lembaga yang berbulu hitam, saya lihat datuk bagaikan harimau yang mahu menerkam mangsanya. Sepuluh jarinya mencakar-cakar tanah. Dia pejamkan matanya lalu mulutnya bergerak-gerak. Saya terdengan datuk memebaca sepotong ayat dari al-Quran. Saya amati pembacaannya, memang datuk membaca ayat yang pernah dibaca oleh nabi Allah Yunus ketika ia berada dalam perut ikan.
Datuk menyerahkan hati dan perasaannya pada Allah yang maha besar. Memang semua kepandaian yang ada padanya tidak terdaya melawan hantu raya jelmaan syaitan itu. datuk terus berdiri. Bulu gagak diangaktnya. Serentak dengan itu dia menyuruh saya membakar kertas. Bila api sudah menyala. Ketua kampung lalu menghimpunkan daun-daun kering atas api yang membara itu.
Entah dari mana datuk mendapat kemenyan, dalam tempoh beberapa saat sja kawasan kami penuh dengan bau kemenyan. Makin kuat bau kemenyan masuk lubang hidung, kian kuat bunyi pokok-pokok di sekeliling kami dirempuh angin, dahan-dahan bagaikan jatuh mahu menimpa kami, tetapi bili dilihat ke atas pokok pun tidak bergoyang. Suara gagak tetap bersahut-sahutan.
Datuk membongkok dan terus menumbuk tanah. Semua burung gagak di tanah. Semua burung gagak di tanah lapang berterbangan. Hilang dengan sekelip mata. Deru angin tidak sekuat tadi. Semuanya terasa menyepi. Saya lihat lembaga hitam hilang. Lebih kurang antara lima hingga tujuh minit kami dipeluk sepi. Datuk meletakkan bulu gagak atas lengan. Ditiup tiga kali berturut-turut.
"Kau," tempik ketua kampung, bila di depan kami wujud batang tubuh suami Timah. Bila datuk mahu menerpa ke arahnya. Batang tubuh suami Timah segera hilang. Tempatnya digantikan dengan kain putih. Kain itu bergerak dan mengelembung. Saya, ketua kampung dan datuk terus melihatnya dengan penuh teliti.
"Mayat," kata saya
"Ya," memang dalam kain itu mayat," jawab datuk.
"Mayat siapa?" tanya ketua kampung.
"Mayat suami Timah ," pendek datuk menjawab, sambil menyinsing lengan baju.
Mayat yang terbujur itu begerak lalu mengoyakkan kain kapannya. Mayat itu terus duduk. Kain kapan berkumpul di bahagian pinggang. Ketua kampung memberitahu saya, bahawa itulah mayat suami Timah yang telah ditanam oleh orang-orang kampung saya dulu. Mayat itu memusingkan badannya sambil duduk. Merenung ke arah datuk dengan pandangan yang cukup tajam. Bau busuk mula menguasai kawasan tempat kami bernaung. Saya bagaikan mahu terkeluar isi perut.
Angin malan terus bertiup. Macam-macam bunyi yang kami dengan. Dalam suasana yang begitu, saya terdengar bunyi suara orang lelaki merintih menahan kesakitan. Saya tidak tahu dari mana suara itu datang.
"Kau orang jangan bercakap walau sepatah apapun," datuk mengingatkan kami. Dia maju selangkah ke depan. Saya perhatikan mata mayat itu lama-lama. Saya terkejut, memang di bahagian mata itu terdapat lubang yang boleh mengeluarkan cahaya, kalau seimbas pandang lubang itu tidak mudah kelihatan terpelohong, kelihatan macam mata manusia yang sempurna.
Datuk undur ke belakang. Dia membuka baju dan mengenakan ke tubuhnya kembali dalam keadaan terbalik. Dari rusuk baju sebelah kirinya datuk mengambil sebatang jarum panjang. Mayat yang sudah berbau itu berpusing-pusing di atas tanah. Datuk membaca mentera dan menepuk bumi tiga kali. Batang serai dibuang ke arah kanan manakala bulu burung gagak dipijaknya dengan kaki kiri. Datuk melangkah dua tapak ke depan.

Siri Bercakap Dengan Jin ( JILID 1 )Where stories live. Discover now