Datuk rebah ke bumi. Batang tubuh ketua pukau terlepas dari pelukannya. Mat Jali menghampiri ketua pukau yang sudah kaku itu. Dari lubang hidung dan telinga keluar darah yang merah kental. Saya menghampiri datuk. Tubuhnya masih berwarna biru. Muntah darahnya sudah berhenti. Datuk membuka tangannya perlahan-Iahan. Tengkorak yang dipegangnya menjadi hitam, macam arang dan akhimya bertukar menjadi serbuk halus macam amang bijih yang dibuang.
"Campakkan ke air", kata Datuk.
Saya mengambil serbuk hitam itu. Bila berada di atas tapak tangan saya, seluruh badan terasa panas. Cepat-cepat saya humbankan ke dalam air sungai. Datuk cuba bangun. Dia tidak berdaya. Setiap kali dia bangun, dia akan rebah. Bagaikan sendi tulang di kepala lurutnya sudah hancur. Saya jadi kelam-kabut. Mat Jali masih lagi memeriksa tubuh badan ketua pukau. Cara kebetulan sebuah jeep tentera lalu di situ. Mat Jali menahan jeep tersebut. Setelah berunding, pemandu jeep itu bersetuju membawa mayat ketua pukau ke Balai Polis Kampar."Biar saya uruskan datuk saya di sini, kalau boleh encik sampai ke sana, cuba ikhtiarkan sebuah ambulan untuk datuk saya".
"Saya cuba," itu janji yang diberikan oleh Mat Jali pada saya. Mereka pun berlepas ke Kampar. Saya merawat datuk mengikut arahan-arahan yang dikeluarkannya. Walaupun ada orang yang lalu Ialang dijalanraya, mereka tidak menghiraukan kami. Pada sangkaan mereka saya dan datuk pencari rotan yang sedang melepaskan penat di situ.
"Carikan aku daun serunai laut, pucuk daun semuka dan campurkan dengan air sikit. Ramas daun-daun itu hingga hancur dan sapukan pada kepala lutut aku", perintah Datuk yang terpaksa saya lakukan. Hasilnya amat mengejutkan, bila disapu ke kepala lutut dengan iringan jampi tertentu dari Datuk, saya lihat dia boleh bangun.
Walaupun begitu, warna biru di tubuhnya tidak juga mahu hilang. Malah wajah datuk kelihatan lebam macam di pukul sesuatu. Saya bagaikan mahu menangis bila datuk tidak berdaya melangkah. Dia bagaikan terlupa macam mana mahu berjalan. Datuk sandarkan badannya pada sebatang pokok dekat situ."Badan aku terasa bisa-bisa, kepala terasa kosong", datuk mengadu pada saya sambil meraba batang pokok di belakangnya.
"Apa yang mesti saya buat tok?"
"Tak ada satu pun yang dapat kau buat. Kalau janji aku sudah sampai untuk menemui Allah"
"Tapi kita harus berikhtiar"
"Aku tahu, tetapi kau bukan orangnya untuk membantu aku dalam hal ini"
"Kalau bukan saya, siapakah orangnya tok?"
Datuk terdiam. Badannya jatuh perlahan ke atas bumi. Dia jatuhkan kedua belah kakinya. Saya pun urut kaki datuk.
"Dalam dunia ini tidak ada sesiapa pun yang boleh mengaku handal dalam apa juga bidang. Kalau dia merasa dirinya handal, itu hanya perasaan. Sedangkan ada orang yang lebih handal darinya dan kehandalan diri orang itu pula tertakluk di bawah kekuasan Allah"
Sesungguhnya saya tidak tahu, apakah cakap itu ditujukan pada saya oleh datuk.
Saya perhatikan dalam saat-saat begitu, datuk bercakap ikut suka hati saja. Inilah yang membimbangkan hati dan perasaan saya. Sedang saya diamok keresahan, Mat Jali dan ambulan pun tiba. Datuk diusung ke dalam perut kereta ambulan untuk dibawa ke rumah sakit Kampar.
Datuk pun diberi rawatan segera. Bagi menghilangkan warna biru dan lebam, datuk terpaksa diberi suntikan ubat. Datuk tidak mahu menerimanya Menurut Datuk suntikan itu akan memberikan kesan yang kurang baik dalam lubuhnya. Mat Jali dan saya terpaksa memujuknya. Datuk tidak berganjak dari keputusannya. Saya memujuknya dengan sedaya upaya yang boleh."Tok, suntikan itu untuk memberi kerehatan pada datuk", kata saya.
"Maksudnya?"
"Bila datuk dicucuk, datuk akan tidur. Tok dapat tenaga", tambah saya sambiI merenung muka Mat Jali supaya dia mengakui kebenaran cakap saya itu. Setelah termenung lebih dari sepuluh minit, datuk pun setuju untuk melakukan suntikan. Saya terkejut bila seorang juru rawat yang bertugas memberitahu saya, sudah tiga batang jarum patah ketika doktor melakukan suntikan di bahu datuk. Dan doktor tidak mahu meneruskan kerjanya.