T.U.W 1

853 63 2
                                    

Tak! Ibu, Ayah! Jangan tinggalkan Eunji

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tak! Ibu, Ayah! Jangan tinggalkan Eunji

Tolong jangan tinggalkan Eunji bersendirian

Ibu! Ayah!

TIDAKKKKK!!

Eunji membuka matanya dengan keterpaksaan untuk melupakan mimpi yang dimimpinya.

Ianya mimpi ngeri yang sama. Mimpi ngeri ini selalu menghilangkan tenaga Eunji menyebabkan dia mudah terasa penat.

Eunji menghalang sinaran matahari yang datang dari tingkapnya dengan tangannya, menutup matanya yang mengantuk.

(Pukul berapa sekarang ni?) Eunji mencapai telefonnya. Pukul 6.15 pagi. Sekolah akan bermula pada pukul 8 jadi Eunji masih mempunyai banyak masa.

(Aku patut sediakan sarapan untuk abang)

Eunji membawa badannya turun ke dapur. Eunji dan abang tirinya tinggal di sebuah apartmen kecil yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka.

Ia mungkin kecil tapi selesa untuk didiami.

Eunji membuka peti sejuk dan menepuk dahinya. (Ah aku lupa untuk membeli barang dapur. )

Nasib baik dia masih mempunyai beberapa telur dan bacons, Tanpa membuang masa Eunji mula memanaskan kuali yang berisi sedikit minyak dan mengorengnya.

Eunji baru sahaja selesai memasak sarapan dan tepat saat itu Jungkook muncul. Dia memakai pakaian kasual dengan begnya yang tergatung di bahu dia. Dia pergi ke kolej dan kelas dia bermula satu jam lebih awal daripada Eunji.

Memadangkan Eunji bisu, Dia selalu bercakap dengan Jungkook dengan isyarat tangan atau kadang-kadang,
Eunji menulis di dalam nota dan menunjukkan kepada Jungkook.

Eunji telah kehilangan suaranya disebabkan deman panas yang sangat tinggi yang akhirnya suara indahnya pergi untuk selamanya .

"Aku sudah siap membuat sarapan" Balas Eunji dgn isyarat tangan.

"Hmm" Jungkook menjawab tanpa melihat Eunji.

Jungkook mendaratkan punggung dia di kerusi kosong dan meletakkan beg di sampingnya sebelum mula makan sarapanya.

Eunji mengambil satu kertas kecil dari kabinet dan Eunji menulis sesuatu, menunjukkan kertas itu kepada Jungkook.

Boleh tak kau temankan aku untuk membeli barangan dapur hari ni?

"Tak" balas Jungkook

Hati Eunji tenggelam. Eunji tidak terkejut dengan jawapan itu, Jungkook tidak pernah mahu berjalan-jalan dengan Eunji di sekelilingnya.

Jungkook fikir ia akan menyakitkan hatinya dan akan menganggunya apabila Eunji disekelilingnya. Jungkook Sangat membenci Eunji,Dan Eunji tahu itu semua.

Tetapi hanya Jungkook sahaja keluarga yang Eunji ada, Sebab itu Eunji sentiasa cuba memahami Jungkook.

Kenapa? Kelas tambahan?

"Tak,Bola sepak."

Mata Eunji kembali terang. Pernah satu hari apabila Eunji dalam perjalanan pulang dari sekolah dia dan dia ternampak Jungkook sedang bermain bola sepak dengan kawan-kawannya.

Jungkook kelihatan begitu hebat dan Eunji tidak boleh berhenti memandang Jungkook .

Eunji menyembunyikan dirinya di belakang kereta untuk melihat mereka bermain, Eunji tahu bahawa Jungkook tidak mahu kawan-kawannya melihat dia.

Walaupun Eunji sudah dapat tahu jawapan yang akan diberi oleh Jungkook, Dia masih pertanyakan soalan yang sama.

Walaupun Eunji sudah dapat tahu jawapan yang akan diberi oleh Jungkook, Dia masih pertanyakan soalan yang sama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Unspoken Words 무언의 말 ✔Where stories live. Discover now