T.U.W 11

392 44 0
                                    

Pagi menjelma

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pagi menjelma. Eunji bergolek dengan malas diatas katil lalu membawa dirinya ke bilik air.

Selepas siap mandi, Eunji memakai baju uniform dan mengikat rambutnya dengan kemas. Puas dengan penampilan dirinya, Eunji keluar dari biliknya.

Hidung Eunji terbau sesuatu terbakar dari dapur yang membuatkan matanya tiba-tiba membuntang dalam ketakutan .

API!! fikir Eunji cemas dan mencapai gayung yang berisi air dari dalam bilik air sebelum dia turun kebawah.

Eunji berasa sangat panik untuk berfikir tentang perkara lain jadi Eunji terus menyimbah air itu sebaik sahaja dia sampai ke dapur.

Beberapa saat kemudian, Eunji terlopong apabila dia melihat Jungkook yang sudah basah dihadapannya.

Air menitis daripada rambut basahnya, ke dagu, dan kemudian ke leher. Jungkook mengetuk tanganya di meja dengan mata yang tertutup.

Jungkook mengambil nafas panjang dan menghembusnya melalui mulutnya sebelum dia menggigit bawah bibirnya, cuba mengawal marahnya.

"Jung......Eun.....Ji....!!!!!" Jungkook mengangkat kepalanya kearah Eunji, "Apa yang awak buat ni??!!"

Eunji menutup separuh mukanya dengan gayung tersebut.

MIANHAE MIANHAE MIANHAE MIANHAE. AKU FIKIR DAPUR TERBAKAR! Eunji menunduk berkali-kali kepada Jungkook.

"Well. Terima kasih atas pujian itu." Jungkook berkata dengan sinis lalu dia menghalakan ibu jarinya kearah meja makan. Eunji mengalihkan pandangannya ke bacon dan telur yang sudah hangus itu.

Kau masak sarapan?

"Terima kasih" Jungkook memusingkan bebola matanya. Eunji cepat-cepat mencapai tangan Luhan apabila dia hendak berlalu pergi.

Kau nak pergi mana?

"Tukar baju aku." Jungkook mengambil gayung itu daripada tangan Eunji.

"Damn. Aku benci benda ni." dia menyumpah seranah dekat gayung tersebut sambil naik keatas.

Eunji tersenyum melihat bagaimana Jungkook asyik merajuk dengan gayung itu. Senyuman Eunji melebar apabila dia melihat sarapan yang Jungkook masak untuk Eunji. Eunji tidak dalam terburu-buru jadi dia mengambil keputusan untuk menunggu Jungkook , sarapan bersama.

Beberapa minit kemudian, Jungkook berjalan kebawah dengan tuala disangkutkan dilehernya. Dia duduk diatas kerusi , "Betulkan ni." Jungkook menunjuk kearah rambutnya yang basah.

Eunji terkebil-kebil sebentar sebelum Eunji mula mengeringkan rambut Jungkook dengan tuala perlahan-lahan.

Pipi Eunji berubah pink kerana rambut Jungkook yang lembut itu. Aku tak pernah tahu yang dia ada rambut yang lawa

Jungkook sendiri cuba menyorokkan senyumannya dari awal lagi. "...What." Jungkook tergelak apabila dia dengar perut Eunji berbunyi.

Eunji memukul lembut bahu Jungkook. Jungkook memusingkan badannya diatas kerusi, menghadap Eunji. "Duduk." kata Jungkook dan Eunji hanya melakukan apa yang disuruh.

Jungkook menunjukkan kearah sarapan yang dia masak dengan dagunya, mata Eunji bersinar.

Jungkook menunjukkan kearah sarapan yang dia masak dengan dagunya, mata Eunji bersinar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Unspoken Words 무언의 말 ✔Where stories live. Discover now