END

557 42 8
                                    

“JUNGKOOK KAU LAMBAT DUA JAM!” Marah Namjoon sebaik sahaja melihat Jungkook pulang. “dan mana kek aku???” Dia menyilang tangannya dan merengek sementara Jimin dan J-hope hanya tertawa.

Jungkook mengaru kepalanya sambil tersengeh, “Maaf aku terlupa tentang kek..” Jungkook pantas menutup telinganya apabila Namjoon tidak henti-henti merengek akan keknya. Jimin yang geram membaling kacang ke arahnya,

“Senyap!”

“Tapi aku ada kejutan untuk korang.” Jungkook tersenyum sebelum berjalan ke luar. Tiga orang lelaki itu mengelipkan mata mereka sambil berpadangan antara satu sama lain dan menunggu Jungt. Beberapa saat kemudian, Jungkook datang kembali bersama Eunji di atas kerusi rodanya. Mereka semua tergaman, rahang Namjoon jatuh terbuka, J-hope tidak sudah-sudah mengosok matanya untuk pastikan yang apa yang dia lihat betul-betul Eunji dan Jimin hampir tercekik.

“EUNJI??” Jerit mereka bertiga pada masa yang sama.

Eunji tersenyum dan melambai ke arah mereka bertiga. “Omo, apa yang terjadi??” Ketiga-tiga mereka pantas mengelilingi Eunji. “Dia okay. Hanya perlukan sedikit latihan dan dia akan okay.” Jungkook mengusap rambut Eunji.

J-hope menghela nafasnya sambil mengosok dadanya. Begitu juga dengan Jimin dan Namjoon yang melakukan perkara yang sama dan Eunji hanya mampu ketawa melihat telatah mereka.

Keempat-empat mereka meluangkan hari Krismas bersama-sama sehingga subuh hari, tiada parti, hanya bercakap dan berkongsi cerita, ketawa bersama dan sudah semestinya snek tengah malam kerana Namjoon tidak akan berhenti merengek akan sneknya.

“Apa-apapun-“ Jungkook menegakan kedudukannya, “Aku ada berita buruk dan juga berita baik untuk korang bertiga.”

Tiga orang rakannya hanya menunjukan muka yang penuh dengan tanya soal. “Kita dengar yang buruk dulu.” Cadang
J-hope.

“Aku rasa aku patut berpindah dari rumah ini sebab korang tahukan- sekarang aku sudah mempunyai pekerjaan jadi aku tak boleh nak bergantung dengan korang selamanya. Aku akan cari apartment untung tinggal.” Jungkook menerangkan kepada mereka.

Ketiga-tiga mereka kelihatan sedih namun akhirnya mereka menyokong pilihan Jungkook. Itu apa yang kawan lakukan, bukan?

“Aw, tapi kau tahu, kitaorang akan selalu mengalu-alukan kehadiran kau.” Jimin menepuk belakang Jungkook sambil tersengeh.”Begitu juga kau.” Tambah Jimin sambil menunjukkan jarinya kepada Eunji dan mengenyitkan matanya kepada Eunji.

“Hey-hey-hey jangan kenyit-kenyit mata!” Protes Jungkook sambil berdiri dihadapan Jimin. Eunji dan dua yang lain ketawa sambil melihat Jimin dan Jungkook yang sedang bergaduh seperti kanak-kanak.

“Jadi, mari kita dengar berita baik.” Kata Jimin sebelum dia memukul Jungkook.

jungkook merenggus kesakitan sambil mengosok lengannya dan dia masih lagi tertawa. “Berita baiknya ialah..” Dia menundukan kepalanya dengan senyuman yang besar sebelum memandang ke arah Eunji.

Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain, meninggalkan ketiga-tiga jejaka tersebut kebingunan.

“Kami akan..”

-----

Beberapa tahun kemudian…

Semuanya berjalan dengan lancar. Jungkook sudah mempunyai karier yang berjaya dan dia juga sudah dinaikkan pangkat. Eunji pula dengan terapi dan latihannya, dia sudah tidak memerlukan kerusi roda lagi.

Tambahan pula, selepas Suga dan Jin pulang dari US. Mereka menawarkan pertolongan dengan pembedahan yang percuma. Mereka sudah tentu banyak menolong Eunji.

Dan sekarang, di sini Eunji.

Berdiri dalam perasaan yang gentar sambil mengigit bibirnya perlahan-lahan. Gaun putih yang indah tersarung di badannya sementara itu sejambak bunga berada di tanganya. Menunggu seseorang membenarkan dia berjalan masuk.

 Menunggu seseorang membenarkan dia berjalan masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Unspoken Words 무언의 말 ✔Where stories live. Discover now