T.U.W 28

307 32 0
                                    

Tiga hari sebelum majlis tari menari.

Eunji mengetuk kepalanya beberapa kali, keliru dengan apa yang patut dia pakai untuk ke majlis tari menarik. Apabila Eunji melihat biliknya, tidak ubah seperti dilanda ribut taufan. Bajunya di merata tempat. Meja,katil,lantai, kesemuanya.

“…Apa yang terjadi dekat sini? Apa yang kau sedang..lakukan?” Jungkook menyengetkan badanya ke tepi apabila dia melihat Eunji berdiri di tengah-tengah bilik dengan wajah yang hodoh.

Aku perlu mencari sesuatu untuk dipakai, aku keliru!

“Uh..kay. Hanya pakai baju kau yang biasa seperti kau selalu_”

AKU TAK BOLEH!

Jungkook hampir memeluk pintu apabila Eunji menjelingnya. Jungkook mengelipkan matanya dengan keliru ke arah Eunji sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Eunji dan menutup pintu bilik Eunji. Dia menyilangkan tanganya sebaik sahaja dia merenung Eunji dengan muka yang curiga.

“Kau nak pergi mana? Jangan bagitahu aku yang kau-“

Aku akan pergi ke majlis tari menari.

“Okay, jadi kau akan pergi ke- APA? DEKAT MANA?” Jungkook mengoncang badan Eunji. “Kau sakit ke? Gosh, kau sakit! Kira jari aku!” Jungkook menunjukan tiga jari tanganya tapi Eunji hanya memandang Jungkook dengan wajah yang keliru dan juga annoying.

Aku cakap aku akan pergi ke majlis tari menari.

Jungkook berdehem dengan janggalnya sebelum mengosok belakangnya dengan malu. “..Tapi kau bencikan majlis tari menari. Kau tak pernah pergi ke majlis tari menari.” Jungkook memberikan pandangan yang penuh persoalan.

Emm, aku nak pergi sebelum aku habis belajar.

“Berseorangan? Kejap, aku hanya bergurau, kejap-BERGURAU.” Jungkook memeluk badannya apabila Eunji memukulnya dengan bantal.

” Jungkook memeluk badannya apabila Eunji memukulnya dengan bantal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Unspoken Words 무언의 말 ✔Where stories live. Discover now