“Korang semua bodoh! Bodoh! Aku tak percaya yang kau boleh gagal!” Sohyun menengkin beberapa orang lelaki.
Mereka semua menundukkan kepala sambil menyiku orang disebelah. “Ianya kerja yang senang! Oh gosh!” Sohyun menyerabutkan(?) rambutnya yang panjang dalam kebengangan.
“SEKALI” Sohyun menunjukkan jari telunjuknya. “Aku akan berikan kamu semua hanya SEKALI. Peluang. Terakhir. Kau patut lakukannya dengan baik atau tidak.” Dia ketawa besar. “Kamu semua akan merana.”
Kesemua lelaki tersebut hanya menganggukkan kepala perlahan-lahan. Sohyun tersenyum sinis, puas hati. Dia berpaling , baru sahaja ingin meninggalkan tempat itu apabila dia ternampak sebuah figura merenungnya tajam . Dia bersandar di dinding sejuk itu di lorong tersebut dengan tangannya yang disilangkan didada.
“J-J-Jungkook“ terketar-ketar Sohyun memanggil.
Jungkook memandang lelaki –lelaki yang ada disitu dan mereka cepat-cepat melarikan diri. Dan sekarang yang tinggal hanyalah Sohyun.
“Jelaskan?” ujarnya dengan perlahan.
Bibir Sohyun menggigil bagaikan ikan, cuba mencari alasan. “Takpe, biar aku bantu kau.” Jungkook melangkah setapak kehadapan, mendekati Sohyun. “Kau” dia melangkah lagi.
Sohyun melangkah ke belakang tiap kali Jungkook menghampirinya, sehinggalah badan belakangnya di dinding yang sejuk itu, dengan tangan Jungkook yang memerangkapnya. “A-aku boleh jelaskan!”
Jungkook mendengus lalu mendekatkan mukanya ke muka Sohyun. “Mestilah kau boleh.” Dia mengambil beberapa helai rambut Sohyun dan menyelitkannya di telinganya. “Kau sangat cantik, kau tahu itu kan?”
Jungkook mendongakkan muka Sohyun dengan ibu jarinya, “mestilah kau tahu, kerana ianya salah satu sebab kenapa aku jatuh cinta pada kau.” Dia tertawa. “Tapi aku tak tahu yang kau sangatlah berperangai seperti .” Jungkook melepaskan ketawa sinis lagi.
Riak muka Sohyun jatuh. Dia cuba untuk melarikan diri tetapi Jungkook menghentakkan(?) tangannya di dinding tersebut yang membuatkan dia terlompat akibat terkejut.
“Kaulah yang suruh dorang rogol Eunji betul tak?” Jungkook memandang tepat kearah anak mata Sohyun. “A-apa yang kau maksudkan? A-aku tak faham!” Sohyun berpura-pura ketawa.
“Aku kecewa.” Jungkook mengusap lembut pipi Sohyun sambil bibirnya menguntum sebuah senyuman sinis. Perlahan-lahan tangannya mendarat di leher Sohyun. “ kalau kau Buat lagi sekali. Dan aku bersumpah, aku akan balas dengan tangan. AKU. Sendiri.”
Jungkook tersenyum sinis kepuasan apabila dia melihat muka Sohyun yang pucat itu. Dia menarik semula tangannya dan berlalu pergi. Sementara Sohyun masih dalam keadaan terkejut, dia memandang badan belakang Jungkook dengan matanya yang ketakutan.
“Oh, hampir terlupa.” Jungkook menghentikan langkahnya dan berpaling memandang Sohyun. “Kita putus.”
Jungkook tidak memberi Sohyun peluang untuk membalas keputusannya.Dia kembali melangkah pergi lalu melambaikan tangannya untuk kali terakhir sebelum dia hilang dari pandangan.
YOU ARE READING
The Unspoken Words 무언의 말 ✔
Fanfiction°Jungkook berasa malu kerana mempunyai adik yang bisu seperti Eunji. Eunji ialah adik tiri Jungkook. Sekarang Eunji tinggal bersama Jungkook ,yang membenci Eunji. Cover by @choctea- Copyright @ by kookie_kacakgila