Hari yang Eunji nantikan telah tiba akhirnya.
Eunji sudah memakain gaunya yang cantik dan rambut cantiknya yang berwarna coklat gelap. Dia kini sedang berjalan berulang kali di dalam biliknya, setiap kali dia sampai dekat dengan tombol pintu, dia kemudian mengundur semula.
"Wo hen ai ni."
Kata-kata Jungkook tidak berhenti menghantui minda Eunji. Sejak saat itu, Eunji sering berasa gugup setiap kali ternampak Jungkook atau dia berdekatan.
Mata Eunji terbeliak luas dan mengigit bawah bibirnya dengan geramnya selepas melihat jam digital di skrin telefonya.
Aku akan terlambat untuk ke majlis tari menari! Fikir Eunji sambi masih lagi mengigit bawah bibirnya.
Emm..
Eunji mencapai tombol pintu dan menarik nafas yang dalam.
Inilah dia.
Selepas menghembus nafas melalui mulutnya, Eunji memusingkan tombol pintu dan melangkah keluar dari biliknya. Eunji melihat sekeliling dan senyuman licik tertampal pada wajah Eunji apabila mendapati Jungkook tiada di sekitar.
Perlahan-lahan tapi pasti, Eunji berjalan menuruni anak tangga. Tolong jangan bagitahu aku yang dia berada di bawah please please please- Dan pada saat itu, Eunji melihat Jungkook yang bersandar di dinding di hadapan tanggan sambil menyilang tangannya.
“Apa yang buat kau mengambil masa yang terlalu lama?” Tanya Jungkook menyebabkan Eunji berkerut dahi. Kepala Eunji disengetkan ke tepi dan matanya berkelip.
Apa maksud kau?
“Aku akan temankan kau ke majlis tari menari, semestinya. Ianya sudah gelap.” Jungkook meletakan topi di kepalanya dan sebelum Eunji sempat untuk protes, dia sudah menarik lengan Eunji.
Dia membiarkan jaketnya membalut badan Eunji sepanjang perjalanan ke sekolah. Jungkook juga tidak berkata apa-apa menyebabkan suasana menjadi sunyi dan amat menjanggalkan.
Apabila Eunji mengerling ke arah Jungkook secara rahsia, Kata-kata Jungkook muncul di kepala Eunji lagi sekali. Wo hen ai ni. Eunji pantas menundukan kepalanya untuk menyembunyikan wajahnya yang sudah merona kemerahan. Jungkook memandang Eunji dengan wajah yang keliru, “Kenapa?”
YOU ARE READING
The Unspoken Words 무언의 말 ✔
Fanfic°Jungkook berasa malu kerana mempunyai adik yang bisu seperti Eunji. Eunji ialah adik tiri Jungkook. Sekarang Eunji tinggal bersama Jungkook ,yang membenci Eunji. Cover by @choctea- Copyright @ by kookie_kacakgila