T.U.W 31

286 30 0
                                    

Di Sekolah.

Semenjak Jungkook memberitahu tentang biasiswa dia ke US, Eunji tidak mampu untuk berhenti memikirkannya. Dia tidak mampu tidur dengan lena,belajar dengan bersemangat,makan dengan rasa lesu, semuanya kelihatan memenatkan bagi Eunji. Perkara pertama yang dia lakukan setelah bangun ialah mencari Jungkook untuk memastikan dia masih berada di sini.

Ianya sudah seminggu dan ketakutan Eunji semakin memudaratkan.

Apa yang terjadi kalau dia tiada selepas aku pulang? Eunji merenung bukunya dengan renungan kosong sambil mengigit bawah bibirnya.

Aku patut pulang ke rumah.

Dengan keluhan yang besar dilepakan, Eunji mengemas barangnya ke dalam begnya dan menulis sesuatu di atas kertas sebelum banguan dan berjalan ke arah gurunya.

Hwang seosangnim, Saya tak berapa sihat. Boleh saya pulang ke rumah sekarang?

Cikgu Hwang memandang isi kertas tersebut beberapa saat sebelum mengangguk kepalanya, “Ya, awak boleh. Jaga kesihatan kamu,ya.” Gurunya melemparkan senyuman.

Eunji membawa dirinya melalui dewan sekolah hinggalah dia sampai di pintu pagar utama. Mata Eunji berkelip-kelip melihat Taehyung yang sedang bersandar pada sebuah pokok sambil tanganya menyeluk poket seluarnya.

Eunji mengambil beberapa mendekati Taehyung dan Taehyung mengalihkan pandanganya terhadap Eunji. “Hi.” Taehyung tersenyum girang.

Taehyung tertawa melihat wajah Eunji yang kelihatan bingung melihat dia, “Areum sedang sakit. Dia nak sangat jumpa awak.” Kata Taehyung setelah melepaskan keluhannya.

Hati Eunji remuk melihat riak wajah Taehyung. Taehyung ada lelaki yang paling ceria dan ianya sakit melihat wajahnya yang sedih. Eunji mengambil telefonnya lalu menaip sesuatu sebelum menunjukannya kepada dia.

Apa lagi yang awak tunggukan? Jomlah!

Taehyung terkebil-kebil bila Eunji menarik tanganya, Senyuman muncul di wajahnya.

Saat mereka berdua tiba di rumah Taehyung. Taehyung membawa Eunji ke bilik ibunya. Hati Eunji benar-benar remuk melihat Areum terlantar di atas katil dengan lemahnya. Suhu badanya panas dan dia banyak berpeluh.

“Unnie..” Dia memaksa dirinya tersenyum apabila melihat Eunji. Eunji tersenyum dan melutut di sebelah dia, Eunji mengambil tangan kecilnya dan membawanya ke pipinya. “Unni, tunggu sampai saya tidur,okay?”

Eunji mengangguk dan mengusap rambut Areum perlahan-lahan.

Areum menutup matanya perlahan-lahan dan akhirnya lena dibuai mimpi indah bersama senyuman di wajahnya. Dia juga berdengkur secara perlahan. “Mujurlah dia dah tidur sekarang.” Taehyung melutut sebelah Eunji untuk membetulkan selimut di sekeliling badan adiknya.

Eunji dan Taehyung duduk di lantai bersebelahan tanpa berkata apa-apa. Sehinggalah, tiba-tiba telefon bimbir Eunji bergetar menunjukan sebuah mesej masuk. Jimin? Fikir Eunji.

Dari: Jimin
Awak dekat mana? Kami datang ambik awak dekat sekolah!

Kepada: Jimin
Saya pergi ke rumah kawan. Kenapa?

Dari: Jimin
Jungkook, dia akan pergi sekarang.

Dari: JiminJungkook, dia akan pergi sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Unspoken Words 무언의 말 ✔Where stories live. Discover now