Pagi isnin
Eunji melangkah ke dalam bas dengan muka yang mengantuk.
Dia berdiri di tempat biasa berdekatan dengan pintu. Terdapat ramai orang di dalam bas pada waktu pagi jadi susah untuk Eunji mencari tempat kosong.
Eunji menutup matanya sambil menunggu bas berhenti di perhentiannya, yang akan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk Eunji tiba di perhentian berhampiran sekolahnya.
Separuh daripada penumpang bas turun di perhentian seterusnya. Sesetengah wajah pelajar perempuan mula merona merah apabila mereka melihat tiga orang lelaki kacak melangkah ke dalam bas.
Eunji yang berasa annoying akan bunyi yang bising membuka matanya untuk memeriksa apa yang berlaku.
Eunji hampir tersedak air liurnya apabila melihat Jungkook bersama dua orang rakannya yang berada dalam bas yang sama dengannya.
Mata Eunji membuka luas ketakutan apabila Eunji melihat Jungkook yang sedang merenungnya.
Eunji pantas menyorokkan wajahnya di belakang penumpang lain.
Tapi terlambat, Jungkook sudah menyedarinya.
Si Bisu tu fikir dia boleh menyembunyikan dirinya dari aku,eh? Jungkook ketawa.
"Aku masih tidak faham..Ianya jarang untuk kau mengunakan bas." Seorang lelaki dengan pipi montel berkata sambil duduk bersahaja dengan kaki bersilang.
"Dan kau banyak tersenyum sejak hari-hari ni, Ia menyeramkan.."
"Diam,Jin." Jungkook mengetuk kepala rakannya itu.
"Aku rasa aku akan selalu mengunakan bas dari sekarang."
Tanpa Jungkook sedari Eunji mendengar perbualan mereka.
Eunji mengitip Jungkook perlahan-lahan.
Eunji melonjak sedikit apabila menyedari bahawa Jungkook masih lagi merenung dia.
Eunji memberikan pandangan yang serius pada Jungkook. "Bisu." Jungkook berkata secara senyap kepada Eunji.
Bas itu berhenti di persinggahan kedua. Satu perhentian lagi dan kau akan bebas Eunji. Hanya satu lagi Eunji menarik nafas panjang dan menghembus nafas melalui mulutnya.
Eunji tidak tahu mengapa tetapi dia berasa agak kecewa apabila melihat teman wanita Jungkook yang muncul secara ajaib di sebelah Jungkook.
Oleh kerana tiada tempat duduk kosong, Sohyun duduk di atas riba Jungkook.
Ew...
Pandangan ini menjadikan Eunji menggeletar dalam rasa yang meluat.
YOU ARE READING
The Unspoken Words 무언의 말 ✔
Fanfiction°Jungkook berasa malu kerana mempunyai adik yang bisu seperti Eunji. Eunji ialah adik tiri Jungkook. Sekarang Eunji tinggal bersama Jungkook ,yang membenci Eunji. Cover by @choctea- Copyright @ by kookie_kacakgila