T.U.W 30

297 32 0
                                    

“Bagaimana dengan majlis tari menari?” Toleh Jungkook. Tangan kanannya memegang payung manakala tangan kirinya pula di dalam poketnya.

Eunji hanya menjawab dengan mengangguk dan tersenyum. “Adakah kau mahu ke sini?” Jungkook menawarkan tangannya sambi tersenyum.

Tapi Jimin-

“Sekejap sahaja. Aku janji.” Kata Jungkook. Eunji berfikir sejenak sebelum mengangguk dan berjalan ke tingkat bawah.

Jungkook dengan segera melindungi Eunji dengan payung dari hujan yang turung dengan renyai-renyai sebaik sahaja Eunji tiba ke situ. Mereka kini berdua di bawah payung yang sama. Walaupun ianya agak gelap di luar tetapi Eunji masih boleh melihat wajah Jungkook dengan jelas.

Aku ingatkan kau sudah pulang ke rumah?

“Yeah, tapi aku lari ke sini balik. Wajah kau tidak boleh berhenti menghantui minda aku dan ianya menganggu.” Jungkook menjulingkan matanya main-main.

Kurang asam! Eunji menolak Jungkook pergi dan Jungkook berpura-pura pergi. Sebuah jeritan lembut terlepas dari mulut Eunji apabila Jungkook menarik dia sehingga belakangnya berlanggar dengan dada Jungkook.

Sambil tangan kanannya masih lagi memegang payung. Tangan kirinya kini membaluti bahu Eunji dan dagunya kini di atas kepala Eunji. “Aku tak boleh berhenti memikirkan tentang kau.” Bisik Jungkook dengan perlahan.

Eunji baru sahaja ingin memusingkan kepalanya untuk berhadapan dengan Jungkook tapi Jungkook menghentikan Eunji, “ Jangan tengok aku. Ianya memalukan.” Tawa Jungkook pada dirinya sendiri. Eunji juga tersenyum kecil.

“Hei.” Jungkook akhirnya memanggil Eunji setelah saat janggal berlepas. “Sebenarnya aku datang ke sini semula untuk memberitahu sesuatu.” Gelak Jungkook, “Aku mendapat biasiswa bersama dengan Suga dan Jin.”

Eunji pantas memalingkan kepalanya setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Jungkook.

Biasiswa sekolah perubatan? Betul ni? Wow! Anak mata Eunji bagaikan bersinar seperti anak kecil dan Jungkook tertawa kecil melihat reaksi Eunji.

Biasiswa sekolah perubatan? Betul ni? Wow! Anak mata Eunji bagaikan bersinar seperti anak kecil dan Jungkook tertawa kecil melihat reaksi Eunji

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Unspoken Words 무언의 말 ✔Where stories live. Discover now