Aku tak patut minum kopi tadi
Eunji mengeluh sebaik sahaja dia mengeliat diatas katilnya. Ianya sudah subuh tapi dia masih lagi berjaga. Dia penat tapi dia tidak boleh tidur.
Dengan rambutnya yang kusut, dia keluar dari biliknya. Dia ingin mencari minuman di dapur sehinggalah dia terdengar suara yang sedap menarik perhatiannya.
Perlahan-lahan, dia mengekori arah dari manakah bunyi itu. Eunji bersembunyi di sebalik muka pintu sambil meningtai Jungkook. Dia sedang menyanyi bersendirian, berseorangan, sambil merenung langit.
Eunji bersandar di pintu sambil menutup matanya. Bibirnya membentuk sebuah senyuman sambil mendengar suara Jungkook yang merdu itu. Suara Jungkook yang sedap itu menenangkan hati Eunji.Tolong jangan berhenti. Fikir Eunji dengan senyuman di wajahnya.
Tapi dahinya berkerut apabila Jungkook berhenti menyanyi. Eunji membuka matanya dan melihat Jungkook yang sudah berdiri di hadapanya. Mereka berdua saling berpandangan.
“Kau buat apa dekat sini?” Tanya Jungkook dengan suaranya yang lembut.
A-aku tak boleh tidur
“Sama lah.” Cakap Jungkook.
Eunji yang mula merasakan suasana janggal, berjalan menjauhi Jungkook. Sebelum Eunji boleh melangkah setapak lagi ke hadapan, Jungkook menarik tangannya perlahan-lahan. Untuk kali kedua, Eunji merenung mata Jungkook.
“Teman aku.”
Eunji tidak dapat memikirkan jawapan lain kecuai bersetuju.
Mereka berdua meluangkan masa bersama pada malam itu dengan tangan Jungkook yang memegang lengan Eunji. Eunji mengalihkan pandangannya ke arah Jungkook. Pipi Eunji mula berona merah apabila melihat Jungkook juga sedang memandangnya.
Yah.
“Mm?”
Nyanyikan satu lagu untuk aku.
Jungkook senyap seketika sebelum mula menyanyi sambil matanya masih lagi merenung mata Eunji.
“Memories are playing in my dull mind
I hate this part paper hearts And I'll hold a piece of yours Don't think I would just forget about it Hoping that you won't forget about it Everything is gray under these skies Wet mascara Hiding every cloud under a smile When there's cameras And I just can't reach out to tell you
That I always wonder what you're up to Pictures I'm living through for now Trying to remember all the good times Our life was cutting through so loud Memories are playing in my dull mind I hate this part paper hearts And I'll hold a piece of yours Don't think I would just forget about it."
Eunji terasa tenang apabila terdengar Jungkook menyanyi dengar lembutnya.
YOU ARE READING
The Unspoken Words 무언의 말 ✔
Fanfiction°Jungkook berasa malu kerana mempunyai adik yang bisu seperti Eunji. Eunji ialah adik tiri Jungkook. Sekarang Eunji tinggal bersama Jungkook ,yang membenci Eunji. Cover by @choctea- Copyright @ by kookie_kacakgila