Kelas sejarah adalah kelas yang amat membosankan.
Eunji melukis sesuatu secara random di buku notanya sambil menunggu loceng untuk berbunyi. Jimin yang berada di hadapan Eunji masih lagi lena tertidur sejak dari kelas bermula. Eunji menaikkan pandanganya ke arah belakang Jimin sambil merehatkan dagunya di atas tanganya.
Dia sangat Comel. Walaupun dia rehatkan dagunya dia lagi Comel dari aku. Pandangan Eunji mati dan matanya berkelip-kelip.
“Selamat tengah hari, semua.” Sebuah suara bersuara melalui speaker di dalam kelas Eunji. Semua orang mula menumpukan perhatian kepada pengumuman tersebut, kecuali Jimin yang masih lagi lena dibuai mimpi.
“Memandangkan majlis tari menarik sekolah akan diadakan pada minggu depan, saya ingin ingatkan kepada para pelajar untuk tidak terlupa untuk membawa pasangan masing-masing. Jika sudah mempunyai pasangan, tolong tuliskan nama anda dan pasanganya anda di dalam kotak yang berdekatan dengan dewan untuk memilih raja dan pemaisuri.”
Pelajar perempuan yang lain mulas berbisik antara satu sama lain dengan senyuman yang amat girang dan Eunji hampir buta kerana gigi mereka yang bersinar. Dengan keluhan, Eunji menjulingkan matanya. Aku benci majlis tari menari.
Pada saat itu loceng berbunyi dan kesemua pelajar keluar dari kelas meninggalkan Eunji dan Jimin di dalam kelas.
Patutkah aku minta dia jadi pasangan aku? Eunji memuncungkan bibirnya keatas. Nah, tak mungkin lelaki yang hebat sepertinya akan pergi ke majlis tari menari dengan seseorang seperti aku.
Eunji mengangkat bahunya sebelum bangun dari tempat duduknya, meninggalkan kelas. Eunji berjalan melepasi satu langkah dari tempat duduk Jimin apabila dia tiba-tiba bangun dan mengeliatkan lengannya.
“Ahhhhh- ianya tidur yang amat lena.” Jimin merengangkan badanya, “Oh,hi.” Jimin tersenyum apabila ternampak Eunji.
“..Err, ya?” Jimin mengelipkan matanya dengan rasa curiga apabila Eunji tetap memandangnya. Minda Eunji penuh dengan majlis tari menari. Patutkan aku pergi? Tak? Ya? Mungkin? Perlukah?
“Hey, jom-“
Eunji mengigit bawah bibirnya dengan tidak sabar. Jom pergi ke majlis tari menari dengan aku? Jimin, kau akan tanya soalan itu,bukan? Tak?
“Jom pergi dapatkan makanan. Aku lapar.”
Belum sempat untuk Eunji berkata apa-apa, Jimin sudah menarik lengan Eunji dan menbawa Eunji ke kantin. Eunji hanya memuncungkan mulutnya memandang belakang badan Jimin.
_________
Jungkook akhirnya temui pasangannya yang pabo. Ejek Eunji di dalam fikirannya.
Eunji melihat kotak untuk tari menari apabila dia berjalan melalui dewan. Sudah beribu pelajar sudah meletakan nama mereka dengan gemiranya, Eunji hanya merengus. Adakah ianya amat mengembirakan? Aku tertanya-tanya jika aku boleh pergi ke majlis tari menari itu sebelum tamat pangajian.
“Ianya pelik.” Kata Jimin sebelum menghirup bubble tea-nya. “Kenapa suasana di sekeliling terasa amat loved dovey ni?”
YOU ARE READING
The Unspoken Words 무언의 말 ✔
Fanfiction°Jungkook berasa malu kerana mempunyai adik yang bisu seperti Eunji. Eunji ialah adik tiri Jungkook. Sekarang Eunji tinggal bersama Jungkook ,yang membenci Eunji. Cover by @choctea- Copyright @ by kookie_kacakgila