Eunji berasa agak kagum dengan rumah di tepi pantai milik keluarga Jin yang besar dan lawa itu.
Eunji baru sahaja selesai mandi tatkala yang lain sibuk dengan parti kecil BBQ mereka yang diadakan di luar. Bau daging yang sedap itu membuatkan perutnya berkeroncong kuat.Oh, hentikan. Dia memeluk tubuh.
Apabila Eunji baru sahaja hendak keluar daripada biliknya, dia ternampak Suga yang sedang basah untuk kali ke dua. Dia juga baru selesai mandi, dan dia hanya mengenakan seluar berserta tuala di leher.
Eunji menelan air liur perlahan seraya dia menutup matanya. Suga memandang Eunji seraya tangannya sibuk mengeringkan rambutnya dengan tuala.
"Yo." sapa Suga.
Perlahan-lahan Eunji beredar pergi jauh daripadanya dengan tapak tangan yang masih menutup mata. "Kau boleh bukak mata." ujarnya berserta tawa halus di hujung ucapannya.
Adakah ianya selamat sekarang? Eunji mengintai sedikit melalui celah jarinya.
Eunji menghela nafas lega apabila dia melihat Suga sudahpun memakai bajunya. "Mana yang lain?" tanya Suga dan Eunji menunjukkan ibu jarinya ke luar. "Ah, BBQ parti " dia mengangguk sebelum berjalan pergi ke arah yang bertentangan.
Dia tak ikut serta? Eunji menyoal dirinya sambil mengekori Suga.
Apa dia buat dekat sini? Eunji mengintai belakang Suga daripada belakang pintu. Suga sedang menghabiskan masanya bersendirian dekat balkoni. "Keluarlah sekarang." dia yang tiba-tiba bersuara membuatkan Eunji terlompat sedikit.
Dia memaling ke belakang dan matanya bertembung mata Eunji. Dengan senyuman manis dia menghulurkan tangannya kepada Eunji. Eunji memandang tangannya untuk beberapa saat sebelum dia menyambut huluran tangan Suga itu. Kedua mereka berdiri bersebelahan, menikmati permandangan bulan penuh.
"Bukan ke kau lapar? Kenapa kau datang sini?" dia mengalihkan pandangannya kepada Eunji. Eunji menepuk dahi apabila dia tersedar bahawa dia tidak membawa sketchbook atau telefon bersamanya.
Suga mengambil tangan Eunji lalu meletakkan telefonnya di atas telapak tangan itu. "Kau boleh gunakan ni." Eunji tersenyum lega dan dia segera menulis sesuatu lalu ditunjukkan kepada Suga.
Sebab kau ada kat sini. Keseorangan.
Suga tertawa kecil. "Tapi aku tak keseorangan sekarang. Kau ada kat sini." senyumannya membuatkan jantung Eunji berdegup laju.
Jadi apa yang kau lakukan di sini? Bukan ke kau tengah lapar?
Dia duduk di atas pagar (?) beranda dengan tangannya disilangkan ke dada. "Sebab bulan penuh." dia memandang ke langit dan Eunji melakukan apa yang dibuat Suga, dia turut memandang ke arah bulan tersebut. "Ianya cantik, betul tak?"
YOU ARE READING
The Unspoken Words 무언의 말 ✔
Fanfic°Jungkook berasa malu kerana mempunyai adik yang bisu seperti Eunji. Eunji ialah adik tiri Jungkook. Sekarang Eunji tinggal bersama Jungkook ,yang membenci Eunji. Cover by @choctea- Copyright @ by kookie_kacakgila