Eunji begitu berharap agar dia dapat tidur lebih lama pada hujung minggu yang indah ini. Ini masih pukul lima pagi namun Jungkook asyik membuat bunyi yang telah membuatkan Eunji terjaga. Eunji beralih dengan malas di atas katilnya dan mendapati bahawa Jungkook sudah berada di dalam biliknya.
Kau buat apa...? Eunji menatapnya dengan wajahnya yang mengantuk. Macam mana dia masih nampak tampan dengan rambut ba-tak, hentikan. TAK. Eunji memicit pipinya sendiri.
"Bangunlah, si kepala berat. Kita nak pergi lawatan." Ujarnya.
Kejap, siapa-Lawatan? KITA? Mata Eunji yang layu terbeliak luas kurang dari sesaat. Jungkook melepaskan ketawanya yang menyindir sambil menyilangkan tangannya. "Ya, kita berdua je."
Jungkook tertawa kecil apabila dia melihat wajah Eunji yang kosong. "Bukanlah, bodoh. Kita pergi dengan kawan aku-" ujarnya sambil berjalan ke muka pintu, "-Dan mungkin kawan aku punya kawan...? Lantaklah, bersiap jelah. Dorang dah ada dekat bawah dah."
Eunji memandang ke siling dengan jari telunjuknya di bahagian hujung bibirnya, masih memikirkan tentang apa yang Jungkook katakan.
Jadi kami akan pergi lawatan dengan kawan dia dan kawan dia punya kawan-kejap, kawan-kawannya?! Eunji terlopong apabila dia mengingati Jimin. Jungkook kau bodoh, dorang tak tahu tentang KITA. Eunji berguling-guling di atas katil seperti kerbau dan mendarat di atas lantai.
THUD!
Kejap! Dia menarik selimut dari wajahnya, mendedahkan rambutnya yang kusut masai. Adakah ini bermakna dia sudah mula menerima aku dengan kawan dia? Eunji memeluk bantal busuknya bersama sengihan pada wajahnya.
"...Apa kau buat...?" Jungkook membuka muka sambil bersandar pada bingkai pintu. "...Seram..." gumamnya sendiri sambil berjalan turun ke bawah.
Eunji mencebik dan mencampakkan bantal busuknya ke arah Jungkook sebelum dia menghempas pintunya tutup.
Jungkook ketawa kecil sambil melambai ke arah kawannya yang mana sudah menunggu di luar. "Kau patut bagi tahu aku awal-awal, bodoh." Dia mencampakkan begnya ke arah salah seorang kawannya. "Tapi kami nak buat kejutan untuk kau." Jin tertawa.
"Jadi kau kata ada orang akan ikut kita?" soal Suga dari tempat duduk pemandu. "Perempuan atau lelaki?" tambah Jimin. "Perempuan." Jawab Jungkook dan wajah Jimin berubah cerah serta merta, "Yohoo~!" siulnya.
"Jaga perangai." Jungkook menjeling ke arah Jimin. Jimin terus tenggelam di tempat duduknya seperti seekor anak anjing.
"HAHAHAH- okay..: Jin yang tertawa terbahak-bahak juga tenggelam di tempat duduknya apabila Jimin menjelingnya.
"Yo."
"Hey." Jungkook tersenyum ke arah Nomjoon dan Suga sebelum mereka ber-hi-five di antara satu sama lain."Dah lama dah!" Nomjoon menumbuk lembut lengan Jungkook. "Yeah, gembira kita boleh pergi lawatan bersama sekarang."
Kemudian Jungkook tertangkap kelibat seorang lelaki yang tinggi. Bingo...
Taehyung juga kelihatan terkejut apabila dia melihat Jungkook. Mereka menjeling di antara satu sama lain dengan muka apa hal kau buat dekat sini.
YOU ARE READING
The Unspoken Words 무언의 말 ✔
Fanfiction°Jungkook berasa malu kerana mempunyai adik yang bisu seperti Eunji. Eunji ialah adik tiri Jungkook. Sekarang Eunji tinggal bersama Jungkook ,yang membenci Eunji. Cover by @choctea- Copyright @ by kookie_kacakgila