3

24.2K 1.2K 21
                                    

Nazzif melangkah masuk ke dalam pejabat Tan Sri Nazim. Tan Sri Nazim mengangkat muka memandang Nazzif yang sudah duduk di depannya.

"What are you doing here, Naz?" soal Tan Sri Nazim. Terkejut? Of course. Sebab dia memang jarang berjumpa dengan anak terunanya yang satu ni. Nazzif ni dahlah tinggal berasingan dengan mereka.

"Naz nak cakap sikit dengan dad ni. Pasal Nura." kata Nazzif. Tan Sri Nazim menghelakan nafasnya.

"What is it? Nura datang mengadu kat Naz pula ke?" soal Tan Sri Nazim. Nazzif menggeleng.

"She's not. Tapi Naz tahu something happen between you dengan Nura. Apa jadi sampai Nura lari rumah Naz? With kesan merah kat pipi dia? What is that? You slapped her?" soal Nazzif.

"Yes."

"What?" Nazzif mengerutkan dahinya. "You're hurting her? Why? Apa dia buat sampai dad sakitkan dia?" soal Nazzif, tidak berpuas hati.

Tan Sri Nazim diam. Nazzif mengetap bibirnya. "Sebab Nuha?" soal Nazzif. Tan Sri Nazim diam. Nazzif menghelakan nafasnya.

"Kan Naz dah cakap, jangan paksa Nura. Nura tu dah berpisah dengan Nuha dari umur dia 2 tahun. Wajarlah kalau dia tak suka si Nuha tu. Lagipun, dad and mum tak pernah bawa pun Nuha jumpa Nura. So now dad expect dia terima Nuha macam tu je? Of course, she need some time." kata Nazzif.

"Dahlah Naz. Tak payah nak backup Nura. She's older enough to think what is right, what is wrong." tutur Tan Sri Nazim. Nazzif mengeluh. "Dad ada meeting sekarang ni. Anything else? Kalau ada, datang rumah bincang."

Nazzif diam sebelum bangun. "Nothing else. Naz balik dulu. Ada kelas tengah hari nanti." kata Nazzif.

"Naz. Nanti dinner kat rumah. Lama dah tak balik rumah kan? Ajak si Nura tu sekali." kata Tan Sri Nazim. Nazzif berpaling memandang Tan Sri Nazim.

"Tengoklah macam mana. Kalau Naz tak busy, Naz datang." kata Nazzif dingin sebelum beredar keluar.

Tan Sri Nazim menghelakan nafasnya. Nazzif memang jarang dengar kata-katanya. Ikut kepala sendiri. Tapi nasib baik Nazzif still nak ambil alih syarikat dia. Kalau tak, dia tak tahu nak bagi siapa syarikat dia tu. Nura? Maybe, sebab Nura pun a responsible person. Nuha? No. Dia tak rasa Nuha nak ambil alih syarikat dia.

Tan Sri Nazim bangkit dari duduknya. Dia membutangkan kotnya sebelum melangkah keluar.

•••••••••

Nura dan Anissa melangkah ke arah gelanggang bola keranjang yang sudah dipenuhi dengan kelasnya. Mereka meletakkan botol air dan tuala mukanya di atas bangku sebelum melangkah ke tengah gelanggang.

"Nura!"

Nura berpaling. Dia menyambut bola keranjang yang dibaling oleh Zarif kepadanya. "Kau nak apa?" soal Nura. Zarif tersenyum sinis. Dia mendekati Nura dan badannya ditundukkan sedikit sehingga bibirnya berada di tepi telinga Nura.

"Kalau aku menang, kau kena tolong aku pikat hati Nuha." bisik Zarif. Hanya mereka yang mendengar. Nura mengetap bibirnya geram. Dia menolak badan Zarif menjauhinya.

"Kalau aku menang, kau kena lari bogel satu sekolah for one hour." kata Nura geram. Semua dah ternganga mendengar deal itu. Masing-masing dah risau. Biasanya, kalau Nura dan Zarif berlawan, mesti Nura yang selalu menang. Tak tahulah kenapa. Maybe sebab Zarif selalu tak serius kalau lawan dengan Nura.

Zarif tersenyum. "I would not let it happen, dear." tutur Zarif sambil terus merampas bola keranjang dari tangan Nura. Nura dah menjerit tak puas hati.

"Syed Zarif Izzhan!"

Nura terus berlari mengejar Zarif yang dah terbahak-bahak melihat muka tidak puas hati Nura. Cikgu Fariz dah menggelengkan kepala. Kalau Nura dan Zarif dah berlawan, memang sampai ke petanglah jawabnya. Zarif lah yang suka sangat mengusik Nura kalau main.

"Nuha."

Nuha memandang Ira.

"Kau tahu tak ramai yang cakap Nura dan Zarif tu couple." kata Ira. Nura menjongketkan keningnya. "Lagi satu, banyak orang ship mereka. Mereka rapat sangat." kata Ira lagi.

Nuha diam menahan kemarahan. Nura disayangi di sekolah dan di rumah. Di rumah, yes. Dia dah buat mum and dad lebih menyayanginya. Di sekolah?

45 minit kemudian..

"Zarif! Kau main kotor! Mana adil!" jerit Nura tak puas hati bila Zarif memperdayakannya untuk menjaringkan bola. Zarif tergelak melihat muka masam Nura.

"Aku tak nak mainlah!" balas Nura sambil melangkah nak keluar dari gelanggang. Zarif dah panik.

"Weyh Nura!!"

Zarif mengejar Nura. Pantas tangan Nura ditariknya. Wajah cemberut Nura dipandang. "Weyh Nura. Sorrylah." pujuk Zarif. Kang kalau Nura tak nak main, tak dapat dia minta pertolongan Nura untuk pikat Nuha.

Nura menjelingnya. Zarif tersengih. "Okay. Mata tadi tak kira. So kita sama 5-5, okay?"

Nura menjelirkan lidahnya. Kau ingat aku terpedaya? Sekali aku tak nak main, memang tak naklah.

"Tak nak dah main dengan kau."

Zarif senyum. "Mainlah. Aku dah lama tak main dengan kau. Aku dah rindu skill kau." kata Zarif lembut membuatkan Nura mencebik.

Zarif memberikan bola kepada Nura. Nura menjelingnya. Belum sempat Nura mengambil bola itu, Zarif lebih pantas melantun-lantun bola itu melepasi Nura.

"ZARIF!"

•••••••••

Sejam kemudian..

Nura kalah kepada Zarif dengan hanya perbezaan 2 mata. Zarif dah tersenyum-senyum saat Nura menjelingnya tajam. "Nura, don't forget our deal." kata Zarif.

"Aku tak ingat. Apa deal kita?" soal Nura selamba, malas nak mengingat permintaan Zarif tadi. Dia bantu Zarif dapatkan Nuha? Weyh, dia sendiri pun tak rapat dengan si Nuha tu.

Zarif mengetap bibir geram. Dia mendekati Nura sampai mereka boleh merasa nafas hangat masing-masing. Matanya menikam mata hazel Nura.

"Make your twin become mine."

Nura menjulingkan matanya. Dia melangkah setapak mendekati Zarif. "Kalau aku tak nak?" cabar Nura. Zarif mengetap bibir. Dia meneliti wajah Nura sebelum tersenyum.

"Then I will make your lips become mine." kata Zarif sambil tersenyum nakal. Nura dah membulatkan matanya. Ringan sahaja tangannya menumbuk perut Zarif sehingga jejaka itu terbongkok-bongkok kerana kesakitan.

"Padan muka! Dasar pervert!"

Nura terus melangkah meninggalkan gelanggang. Sempat dia menyambar botol air dan tuala di bangku tadi. Wajah Nuha yang memandangnya dijeling sekilas.

"Remember that Nura Qistina!"

Nura hanya buat tak dengar sahaja pada jeritan Zarif. Dia melangkah terus ke bilik persalinan.

••••••••••









































Happy Reading

IF I NEVER LOVE YOU ✔Where stories live. Discover now