23

23.6K 1.1K 158
                                    

"Adrian!"

Adrian yang baru masuk ke dalam perkarangan sekolah berpaling apabila namanya dipanggil. Dia memandang Nura yang sudah berdiri di depannya. Adrian senyum kecil.

Nura merenung wajah kacak Adrian. Kenapa eh golongan yang rapat dengan HarSha ni semua handsome and cantik? Eh? Merepeklah kau Nura!

"Kenapa ni?" soal Adrian apabila melihat Nura yang menggeleng-gelengkan kepalanya. Nura hanya senyum.

"Takde apa. Kau ni? Kenapa tak bagitau aku kau pergi Sweden?" soal Nura. Adrian senyum kecil.

"Kalau aku bagitau, kau nak ikut ke?" tanya Adrian. Nura menjelingnya.

"Takdelah nak ikut. At least, bagitaulah aku. Takdelah aku cari kau." kata Nura. Adrian tersenyum.

"Kau cari aku ke?" soal Adrian. Nura menjongketkan keningnya.

"Dah kau tiba-tiba hilang. Mestilah cari. Takde mesej, call. Kau rasa?"

Adrian tersengih. "Risau juga kau kat aku?" soal Adrian. Nura mencebik. "Dah, tak payah cebik. Aku ada bawa ole-ole dari Sweden untuk kau ni." kata Adrian. Nura mengerutkan dahinya.

"Apa?"

Adrian memberikan beg kertas yang bewarna biru kepada Nura. "Apa ni?" soal Nura. Adrian hanya senyum.

"Tengoklah sendiri." kata Adrian. Nura hanya memandang beg kertas itu. Adrian yang melihat mengerutkan keningnya. "Kenapa tengok je? Ambiklah." kata Adrian. Dia memegang lengan Nura dan beg kertas itu disangkutkan pada pergelangan tangan Nura.

"Anyway, Arrian kirim salam kat kau." kata Adrian sebelum melangkah meninggalkan Nura. Nura memandang langkah Adrian dengan wajah blurnya.

Beg kertas di tangannya dipandang. Rasa bersalah menguasai dirinya. Zarif pernah cakap dia tak nak Nura terima apa-apa dari lelaki lain, dan sekarang? Nura tidak menerima tetapi Adrian yang memberi.

Nura menghelakan nafasnya. Biarlah!

••••••||••••••

Zarif melangkah masuk ke dalam rumah. Dia baru sahaja balik dari menguruskan kerjanya yang lagi satu. Pintu dikuncinya sebelum kakinya melangkah naik ke bilik.

Daun pintu ditolaknya. Lampu dipasangnya. Berkerut dahinya bila tidak melihat kelibat Nura di mana-mana. Zarif melangkah mendekati katil. Matanya jatuh pada beg kertas yang terdapat di atas meja belajar. Zarif mengambil beg kertas tersebut. Isi di dalamnya dikeluarkan. Kotak jam. Penutup kotak itu dibukanya.

Sebuah jam yang bewarna putih, rekaan Sweden dipandangnya. Kad di dalam kotak itu dibacanya.

Hope you like it. Kalau suka, pakai esok.

-Your Hero-

Zarif mengetap bibir geram.

"Zarif?"

Zarif berpaling. Dia memandang Nura yang memandangnya. "Bila kau balik?" soal Nura. Zarif mendekati Nura.

"Apa hubungan kau dengan Adrian?" soal Zarif. Nura memandangnya bersama kerutan di dahinya.

"What do you mean?"

"Aku tanya, apa hubungan kau dengan Adrian?! Answer me in once Nura Qistina!" jerkah Zarif sehingga terhinjut bahu Nura. Nura memandang Zarif dengan pandangan tajamnya.

IF I NEVER LOVE YOU ✔Where stories live. Discover now