46

23.2K 1K 22
                                    

Badan lansingnya dikenakan dengan dress yang bewarna biru. Rambutnya disanggul cantik. Wajahnya disolek tipis. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Nura memakai topeng muka yang bewarna hitam dan dihiasi glitter yang bewarna emas.

Malam ini merupakan malam persandingan Adrian dan Anissa ang sudah sah menjadi suami isteri pagi tadi.

Selepas berpuas hati dengan penampilannya, Nura keluar dari bilik hotel. Aurelia ditinggalkan dengan Mum dan Dad nya. Dia melangkah turun ke ballroom yang memang sudah sedia meriah. Sengaja dia turun lambat kerana risau akan bertembung dengan orang-orang yang dia kenali.

Nura melangkah ke backstage. Dia harus bersedia untuk persembahannya sebentar lagi. Dia senyum pada pengatur acara. Nura naik untuk duduk di sebuah buaian yang akan diturunkan saat persembahannya sebentar lagi.

"This is a special performance from world's best pianist, Nova Qlyn. Let us welcomed her."

Keadaan di ballroom itu mulai gelap. Hanya beberapa spotlight tertala ke atas pentas saat buaian yang diduduki oleh Nura mula turun.

Adrian dan Anissa tersenyum saat wajah Nura muncul. Walaupun separuh daripada wajahnya disembunyikan dengan menggunakan topeng muka.

Nura bangun dari buaian dan melangkah ke arah piano yang terletak di bulatan yang terdapat di atas pentas tersebut.

"This is my special gift for the couple today. I'm wishing you guys a long-lasting relationship till Jannah. Congratulations on your wedding." tutur Nura sambil senyum. Dia mula duduk di bangku yang disediakan. Tangannya mula meniti pada permukaan piano tersebut menghasilkan melodi yang indah pada pendengaran semua yang hadir pada malam itu.

Tanpa mereka sedar, seseorang sudah merancang sesuatu untuk 'memusnahkan' Nura Qistina.

Di pertengahan melodi tersebut, keadaan di ballroom itu tiba-tiba menjadi gelap sepenuhnya membuatkan semua yang berada di situ mula bising. Nura yang berada di atas pentas juga sama terperanjat. Dia membuka topeng mukanya tanpa berfikir panjang.

Bang!

Nura memandang bahagian atas dadanya yang sudah mengalirkan darah. Bibirnya diketap.

Bang!

Lagi sekali tembakan dilepaskan tepat pada dadanya. Darah mula mengalir laju. Nura berpegang pada piano tersebut sebelum badannya perlahan-lahan melorot jatuh. Matanya perlahan-lahan tertutup.

Serentak itu, lampu di dalam ballroom itu kembali terbuka.

"Nura!!"

Adrian terus melangkah laju ke arah Nura. Zarif yang turut hadir berkerut kening saat mendengar nama itu. Dia menolak kerusinya sebelum bangun dan melangkah perlahan ke arah Nura yang sudah dikerumi.

Terkedu Zarif saat melihat wajah di depannya. "Nura.."

Zarif duduk melutut di sebelah Nura yang terbaring. Adrian memandangnya. Zarif memandang darah yang mengalir laju.

"Kita kena hantar dia ke hospital sekarang juga." kata Adrian. Zarif memandangnya sebelum mengangguk. Badan Nura didukungnya.

Sementara itu, Aylie dan beberapa orang pengikutnya pantas mengejar gerangan yang menembak orang yang melepaskan tembakan tadi.

Aylie menghalang langkah gadis itu.

"Hazalia."

Hazalia mengangkat muka memandang Aylie yang mengacukan pistol kepadanya. Bibirnya diketap. Tidak menyangka yang dia dapat ditangkap oleh seorang daripada HarSha.

IF I NEVER LOVE YOU ✔Where stories live. Discover now